Friday, 1 June 2012

Aku perlukan DIA

Di keheningan pagi
Sejadah aku hamparkan di celah-celah kegelapan malam
Membawa diri yg hina ini menghadapNya
Diri ini begitu kerdil di hadapanNya
Diri ini yg terlalu banyak khilaf dan dosa

Waktu yg berlalu begitu cepat aku rasakan
Waktu yg tidak akan pernah kembali lagi
Waktu yg tidak dapat diundur lagi
Telah ku tinggalkan tanpa sebarang amalan kepadaNya
Waktu yg banyak terisi dengan dosa antara sedar atau tidak

Kuhabiskan sisa-sisa malam dengan terus membasahkan bibir ini 
mengingatiNya, beribadat kepadaNya
Pasrah dan menyerah akan diri yg terlalu penuh dengan noda dan dosa
Noda-noda yg membuatkan hati ini keras dari mengingatiNya

Kuhadapkan hati menghadapNya
Ku biarkan jiwa ini 
Bebas sebebasnya
Ku lepaskan hati yg selama ini merantai jiwa
Hanya kepadaNya aku berserah

Perasaan yg kerap kali aku layan
Perasaan yg sepatutnya aku tinggalkan
Aku lepaskan sewaktu sujudku kepadaNya
Aku berusaha menjernihkan minda
Melapangkan hati
Menyerah segalanya padaNya

Aku ceritakan segalanya dalam doaku
Aku luahkan segala yg terbuku di hati
Sesungguhnya hati ini terlalu sakit
Terlalu pedih
Kerana tidak sepatutnya rasa ini menghantuiku

Kulafazkan pengakuan demi pengakuan
Sesungguhnya apa yg terjadi bukan kehendakku
Adakah ia anugerah dariNya atau mainan syaitan semata-mata
Akan ku bebaskan diri dari dibelenggu rasa ini 
kerana ia menyesakkan ku

Di kala ini aku dambakan kasihNya
KeredhaanNya, KerahmatanNya
Aku dambakan keampunanNya
Layakkah aku untuk meminta kepadaNya
Kerana tanpa aku sedari diri ini selalu melupakanNya

Nikmat duniawi seringkali membuat diri ini alpa
Dunia yg terlalu banyak dengan tipu daya
Dunia yg penuh dengan kepura-puraan
Diri ini terlanjur melakukan khilaf tanpa disedari
Diri ini engkar tanpa disedari

Aku hambat pergi segala urusan duniawi
Yg mengurung aku di lembah nafsu
Yg seringkali merantai hati ini dari keinsafan
Yg mengeraskan hati ini dari mengingatiNya

Dialah satu-satunya tempat untuk mengadu
Dialah satunya-satunya tempat untuk bergantung
Dialah pelindung di kala kecelakaan menimpa
Dialah pemberi di kala diri ini memerlukan
Dialah pengingat di kala tipu daya duniawi memenuhi diri
Kerana Dialah satu-satunya yg berhak disembah

Aku bertafakur di sepertiga malam ini
MentauhidkanNya
Hanya kepadaNya
Hanya keranaNya
Kerana yg aku perlukan hanya Dia

Aku lepaskan segala kepura-puraan duniawi
Dunia yg penuh kepalsuan
Aku rapatkan dahiku menyentuh sejadah
Agar keinsafan sentiasa di hati
Bahawa sujudku hanya untuk Illahi

Kerana Dia
Nafas ini masih dapat ku sedut
Kerana Rezeki dariNya
nasi yg disuap masih lagi masuk ke mulut ini
Kerana Ihsan dariNya
Nadi terus berdenyut buat diri ini

kerana Dia
aku masih terus kukuh berada di sini
Kerana Dia 
Iman masih lagi menapak di hati ini
Kerana Dia 
Kesabaran masih lagi dalam genggaman
Kerana yg aku perlukan hanyalah Dia



(^_^) Keep Smile


No comments:

Post a Comment