Monday, 12 November 2012

Eyes

Menangislah wahai mata,
kerana itu adalah tugasmu,
Menangislah wahai mata,
kerana itulah kamu diciptakan.

Mata,
Kau banyak memberi jasa kepadaku,
Tika hati mulai tersentuh titisanmu sentiasa mengalir laju,
Menemani aku di saat kesedihan bahkan jua ketika gembira dan kesepian,
Dan kau juga menjadi saksi aku dan Yang Maha Esa,
Ketika sujudku menyembah Allah Yang Satu.

Mata,
Terima kasih kerana sentiasa mengajar aku erti sabar,
Di saat kesedihan tidak dapat dibendung,
Namun kau kuatkan aku dengan tidak menitiskan mutiara mahalmu,
Sabar untuk menahan gegaran hati,
Yang hampir menggugat keimananku.

Mata,
Aku tahu kau pasti sudah letih menangis,
Dan kadangkala hampir kering airmatamu untuk mengalir,
Maafkan aku....
Kini aku bersyukur dengan nikmat penglihatan Yang Allah berikan ini,
Kerana dengannya aku insaf,
Betapa kerdilnya aku di bumi ini,
Terima kasih Ya Allah atas nikmat yang berharga ini,
Kerana tanpa mata bagaimana mungkin aku melepaskan amarah pada diri.

Menangislah wahai mata,
Kerana diri ini amat memerlukanmu,
Dengan menangis aku lebih tenang,
Selagi rasa sendu terus meratapi,
Selagi Allah meminjamkan padaku,
Dan selagi aku masih bernafas di muka bumi ini..


Keep Smile >_<

No comments:

Post a Comment