Tatkala bersendirian
Fikiran mula menerawang jauh.
Terbaring lesu tidak berdaya
Kesakitan yang kadang-kadang menggila
Melumpuhkan segala pergerakan
Tangisan mula melemahkan minda
Hati dan iman mula berperang
Dalam sedar dan lupa
Apa lagi yang harus dilakukan
Bilakah semuanya akan berakhir
Namun itu hanya bermain difikiran
Aku....masih begini
Dan terus begini
Andai ini yang tersurat
Aku akan terus melangkah
Walaupun ianya longlai
Kerana ini sudah ditakdirkan
Anggap saja ini dugaan dan ujian dari Yang Maha Kuasa
Dari DIA kita datang
Dan kepada DIA jua kita kembali
Bukan senang untuk diuji
Hanya orang terpilih mampu melalui
Alhamdulillah!
Allahuakbar!
Ujian adalah tarbiah dari Allah Taala
Semakin dekat kita kepadaNya
Semakin kuat pula ribut taufan melanda
Usah resah bila diuji
Pasti kebahagiaan itu bakal dimiliki
Kerana janji Allah itu pasti
No comments:
Post a Comment