Wednesday, 12 June 2013

Aku yg masih sendiri

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Bersyukur kerana Allah masih memberikan peluang untuk terus hidup dan melakukan ibadah hanya kepada-Nya. Subhanallah. Begitu besar nikmat yg Allah bagi kepada kita semua. So siapa kita untuk membesarkan diri yg memang takkan pernah besar tu.

Bagi mereka-mereka yg masih sendiri dan masih dalam pencarian akan belahan jiwa pastilah akan penuh dengan tanda tanya. 

Di mana dia??
Siapa dia??
Bagaimana rupanya??
Dia yg akan menyempurnakan separuh lagi agamaku...
Dia yg akan menjadi pendamping hidup...
Dia yg akan menjadi imamku...
Dia yg akan menemani dalam suka dan duka...
Dia yg akan memimpin tangan ini bersama2 menuju jannah Allah...


Di kala menyendiri, gelisah dan resah seringkali singgah ditangkai hati, menghadirkan segunung tanda tanya yg tidak tidak akan terjawab oleh sesiapa. Sehinggakan letih mula menyerang diri dan mula pasrah pada segala apa yg akan berlaku,

Namun....
.
Jangan sesekali biarkan itu terjadi kerana sesuatu yg bererti harus diperjuangkan. 
Andai penat mula melanda berehatlah sejenak tapi jangan sesekali berhenti kerana bila saja perjalanan ini berhenti maka hidup ini sudah berkesudahan. Segala perjuanganmu selama ini tidak bererti dan sia-sia.
Yakinlah dan katakanlah pada hati, bahawa janji Allah itu pasti. Segala sesuatu untukmu telah ditetapkan termasuk jodohmu. Semua itu tidak pernah salah, keliru apalagi tertukar. Semua ada masanya. Masa yg tepat sesuai yg dikehendaki dan direncanakan oleh-Nya.

Dan....

Semestinya rencana-Nya pasti sentiasa baik dan indah.
Jadi bersangka baiklah pada-Nya

Heartnote: Apabila sampai masanya, Allah pasti mempermudahkan segalanya. Bersabarlah wahai hati. Semuanya akan indah apabila tiba masanya nanti. Semoga Allah redha.


Keep Smile (~_^)

No comments:

Post a Comment