Kenapa aku memilih dia, sedangkan hati aku sekeras batu suatu ketika dulu. Hati ini, milik Yang Maha Esa. Dia yg mengetahui segalanya. Tak pernah terfikir dek akal yg aku bakal berkahwin dengan seorang lelaki yg baru aku kenal dalam masa sehari saja. Namun itulah yg dinamakan jodoh. Pada mulanya hati menolak sekeras2nya permintaan ibu namun siapa aku untuk menolak takdir. Segalanya dari Yang Maha Esa.
Cinta hadir di hati tanpa sebab, tidak diundang, tanpa syarat, tak terbatas oleh ruang, waktu dan jarak yg membentang. Andai cinta itu kerana Allah, biarkanlah Allah mengatur segalanya hingga keindahan itu datang tepat pada waktunya. Jika kita mencintai seseorang belajarlah untuk lebih mencintai Sang Pemberi Cinta itu sendiri. Hati ini mudah berbolak-balik maka serahkanlah rasa yg belum halal itu pada-Nya, berserahlah kerana hanya Allah sebaik-baik penjaga.
****************************************************
Awak, saya pilih awak kerana agama yg ada pada awak. Saya ikhlas menerima awak setelah nampak kesungguhan awak. Awak terus datang melamar saya untuk diperisteri bukan bahan cubaan dalam percintaan. Terima kasih.
Awak kata awak nak jadi imam solat saya, insyaAllah. Awak nak ganti arwah ayah jaga saya dan lindung diri saya. Awak kata awak nak masuk syurga sama-sama dengan saya sebab awak nak saya jadi bidadari awak kat syurga nanti. Awak nak jadi sebahagian dari keluarga saya. Awak sabar dengan kerenah saya yg kadang2 macam kanak2 ribena. hahaha~ Sungguh saya terharu, terkadang paip air mata ni bocor bila fikir tentang hadiah Allah ini. Begitu sayangnya Allah kat saya. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan walaupun dugaan tempoh pertunangan ni banyak sangat dugaan. Dengan orang2 sekeliling yg sentiasa tidak berpuas hati. Tapi awak selalu ingatkan saya supaya tidak cepat melatah dan kadang2 saya yg ingatkan awak pulak. kihkih~ Kita bercinta after nikah ye awak. Semoga awak menjadi suami dan ayah yg terbaik buat saya dan anak2 saya nanti.
Di kala cinta menyapaDunia begitu indah berwarnaBunga-bunga di hati bersemiHarum mewangi bagaikan kasturiWalaupun cinta tak nampakNamun ia menguasai hidupTatkala hati tersentuh cintaWalaupun cinta tidak berwarna nyataTapi ia membekas di kalbuWahai Sang Maha Pencipta cintaIndahnya cinta adalah kurniaanMuAjarilah kami hambaMu rasa bersyukur atas segala kurniaMuAjari kami bahasa cintaMu yg ikhlasAjari kami memaknai cintaMu yg damai dan penuh kasihagar bersemi di sepanjang musim tanpa pupusYa Allah, teguhkanlah hati kami untuk mencintaiMu dan RasulMu di atas segala cintaYa Allah anugerahkanlah kami keredhaanMuAmin Ya Rabbal Alamin....
Dikala hati resah memendam rindu..Hiasi diri dengan taqwa, perbanyakkan solat, zikir, tilawah, selawat, istighfar dan berbaik sangka, semoga Allah memberi jalan yang terbaik menurutNya..
Cinta bukan hanya kata-kata bermadah,
tetapi cinta adalah amanah daripada Allah.
Sesungguhnya cinta itu indah kerana ia adalah
kurnia daripada Allah yang Maha Indah.
Justeru, jagalah kesucian dan keindahan cinta itu
dengan berkata kepada kekasihmu...
"Aku cinta kepadamu kerana Allah"
(Cinta Kerana Allah, Ustaz Pahrol Mohd. Juoi)
"Dan nikahlah orang-orang yg sendirian di antara kamu dan orang-orang yg layak berkahwin di antara hamba sahayamu yg perempuan. Jika mereka miskin Dia akan memampukan mereka dengan rezekiNya, dan Allah Maha luas pemberianNya dan Maha Mengetahui (An-Nur : 32)
HeartNote : Ni rahsia Sairah dan mak, "Irah sayang Tok ngan Cik Noor sebab tok baik sangat, Cik Noor baik sangat ngan Irah." Tolong peluk cium kakak untuk saya yer :') Moga Allah redha dengan hubungan dua keluarga ini.
Keep Istiqamah :)
No comments:
Post a Comment