Monday, 2 June 2014

Sekeping Hati

Bismillahirahmanirrahim...

Hati
kenapa kau busuk
Kenapa kau iri
Kenapa kau tidak pernah bersyukur
Kenapa kau tidak pernah puas

Hati
Kenapa kau sakiti orang lain
Kenapa kau terlalu mengikut kehendak

 

Kerana hati kini ramai yang menderita
Kerana hati aku kehilangan
Kerana hati semua berantakan

Wahai hati
Janganlah kau bersedih
Janganlah sesekali kau rapuh
Janganlah kau membuatkan aku menangis lagi
Janganlah mengalah sebelum berjuang

Wahai hati
Walau di saat segalanya sukar
Janganlah kau rebah
Kerana aku perlu berjuang
meneruskan hidup ini

Wahai hati
Bersabarlah..
Kerana Allah sentiasa bersama orang yang sabar
Ingatlah bahawa Allah sentiasa melihatmu

Wahai hati
Lepaskan segalanya
Redhalah dengan segala yang berlaku
Tiada apa di dunia ini milik aku
Kesemuanya adalah milik Yang Maha Esa

Duhai hati..Tetaplah pada jalan-Nya.

Rasulullah saw. bersabda, “Hindarilah dengki karena dengki itu memakan (menghancurkan) kebaikan sebagaimana api memakan (menghancurkan) kayu bakar.” (Abu Daud).

Keep Istiqamah :)

No comments:

Post a Comment