Kehidupan seringkali dikaitkan dengan masalah. Masalah adalah kehidupan, kerana dengan masalah kita hidup di dunia yg semakin hari makin mencabar. Dengan masalah juga kita dapat mematangkan lagi diri.
Dalam hidup seseorang, masalah sering timbul samada kecik atau besar. Kehidupan kita tak akan pernah terlepas dari sebuah kata yang disebut “masalah” itu. Selagi kita masih hidup dan masih saja menghirup oksigen bumi Allah ini, maka masalah akan terus mengikuti gerak langkah kita. Jadi, jangan pernah terlalu berharap masalah akan pergi dari kehidupan kita.
U can't just let it go. Face it!!! |
Berapa ramai manusia yg tidak sedar bahawa mereka sebenarnya sedang mendepani masalah, masing2 mempunyai potensi untuk berdepan dengan masalah kerana dunia ini tiada jaminan. Lari dari sesuatu masalah tidak akan mengurangkan masalah tersebut malah akan membuatkan ia makin bertambah. Tidak dinafikan kita cepat merasa tension dan tertekan dengan segala masalah yg timbul. kadang2 masalah kita belum selesai masalah lain pula yg datang. Lumrah dunia. Hidup tanpa masalah tiada warnanya. Masalah yg mewarnai hidup manusia, tanpa masalah tidak berseri hidup ini.
Sebenarnya masalah yg timbul adalah cubaan dan dugaan kita sebagai khalifah di muka bumi Allah ini. Ia adalah untuk mengukur sejauh mana kesabaran dan keimanan kita. Allah menduga hambaNya sesuai dengan kesanggupannya. Hidup seorang mukmin itu akan sentiasa diuji tahap keimanannya. Lebih tinggi imannya kepada Allah, maka lebih hebatlah ujian yg akan menimpanya.
Seringkali kita merintih ketika diri dilanda musibah. Seringkali kita lupa bahawa Allah sentiasa bersama kita susah dan senang. Seringkali kita mengeluh dan mempertikaikan setiap kejadian yg berlaku. Seringkali kita lupa untuk mengucap syukur atas musibah yg datang.
Ia adalah tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya. Tidak dibiarkan kita terus hanyut dengan permainan duniawi. Kadang2 kita leka dengan segala nikmat dunia yg berada di depan mata. Apabila musibah melanda baru kita akan tersedar dari mimpi yg panjang. Itu tandanya Allah masih lg menyayangi kita dan sentiasa bersama kita.
Menurut Imam Hasan Al-Basri, dunia ini hanya ada 3 hari. Hari kelmarin yg sudah berlalu dan kita tidak mampu lagi untuk mengubahnya. Hari ini, kesempatan untuk kita melakukan amal soleh. Hari esok adalah misteri yang kita tidak tahu apakah kita akan masih memiliki kesempatan untuk berada di dalamnya.
Kita perlu mendepani hari ini, yang berlalu biarkan berlalu kerana ia tidak mungkin akan kembali. Maka gunakanlah kesempatan dan peluang yg ada pada hari ini untuk menjadi lebih baik.
Seperti kata Saidina Ali, rezeki yg tidak diperoleh hari ini masih dapat diharapkan hasilnya lebih banyak pada hari esok, tetapi waktu yg berlalu pada hari ini tidak mungkin kembali esok.
Hari ini dan sekarang adalah perkara yg kita hadapi dan boleh diusahakan, jadikan hari ini adalah milik kita untuk kita gunakan sepenuhnya dengan kebaikan. Jadilah pekerja, pelajar, ibu bapa dan anak yg cemerlang dan ikhlaskan niat bersungguh2 keranaNya agar apa yg kita usahakan bakal dinilai sebagai sebaik2 amalan di sisiNya, insyaAllah.
Dunia adalah peluang untuk kita menuai secukupnya amal kebaikan dan menyemai rasa cinta kepada Allah dengan sepenuh hati. Dunia tiada jaminan untuk sesiapa, dunia penuh ancaman, penuh risiko yg terpaksa ditempuh kecuali orang yg tenang hatinya dalam rahmat Allah, redha dengan ketentuan dan percaya bahawa apa sahaja yg berlaku kepadanya adalah yg terbaik daripada Allah yg Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya.
Firman Allah SWT surah Aam Nasyrah “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu? Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu, Yang memberatkan punggungmu? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.”
Firman Allah SWT surah Al Baqarah, ayat 286 : “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”
Hayatilah lagu dari Maher Zain ni:
Walau sebesar mana masalah yg datang dalam hidup, hadapinya dengan kematangan. Teruskan tersenyum walaupun dalam duka kerana senyuman itu adalah terapi jiwa. Sentiasa berfikir positif, bergantunglah dan berdoalah kepada Allah kerana Dia Maha Mendengar. Wallahualam.
Keep Smile (^_^)
No comments:
Post a Comment