Wednesday, 25 January 2012

Rindu bertandang lagi...

                Kepulangan ke kampung kali ini membuatkan diri makin merindui dirinya. Cuba untuk menipu orang di sekeliling dengan berlagak biasa amat payah aku rasa. Bercerita dalam ketawa padahal dalam hati hanya Allah yang tahu. Setahun lebih belum cukup untuk menghindar dari kerinduan yang menggunung ini.
Sebaik sahaja turun dari bas setibanya di Kuala Terengganu, terus ku cari nombor ayah untuk dihubungi. Tersedar dari mamai, terus kuingatkan diri bahawa aku tidak mempunyai ayah lagi. Ku kutip telefon yang telah berkecai terjatuh, malunya bila menjadi perhatian orang ramai di stesen bas. Aku cuba untuk berlagak seperti biasa walau dalam hati mula merasakan sedih. 
       Sudah menjadi kebiasaan bila sampai di stesen bas ayah la orang yang akan aku hubungi. Rindunya aku untuk mengatakan "Ayah, kak dah sampai. Ayah sampai xlagi?". Rindunya aku pada seorang lelaki yang bergelar ayah, rindu pada ayah yang akan menyambut kepulanganku di setiap kali pulang ke kampung. 
       Apabila melihat keadaan sekeliling dan memandang ayah2 orang lain yang menyambut anak2nya menambahkan hiba di hati. Bukan aku tidak menerima ketentuan Allah, bukan aku tidak redha akan pemergiannya cuma hati ini terlalu rindukan dirinya. Rindu pada seorang lelaki yang bergelar ayah.
      Selama setahun lebih ini aku cuba untuk kikis perasaan hiba di setiap kali pulang ke kampung tapi aku tewas. Tewas bila melihat orang lain yang masih mempunyai ayah untuk bermanja sedangkan aku sendirian membelah sunyi di subuh hari menunggu ketibaan bas harian untuk pulang ke rumah. Bukan tidak biasa, setahun lebih sudah cukup untuk membiasakan diri namun kadang2 kenangan itu menerpa ruang hati.
      Terengganu banyak meninggalkan kenangan aku dan dia. Ke mana sahaja berdua sehingga ada yang menggelarkan aku adalah 'aweknya'. Ayah yang akan hantar di setiap kali aku 'dating' dan menungguku hingga kami habis berbicara. Tidak pernah marah bila aku kata aku nak jumpa 'seseorang' asalkan aku di depan mata. Memahami jiwa seorang remaja. Masih ada lagikah ayah seperti dia yang cukup2 menjaga anak perempuannya?.
     Aku rindukan dia bila di setiap kali diri ketensionan dan mempunyai masalah, dia sentiasa di sisi mendengar mulut ini berceloteh, membawa diri ini ke pantai. Dia tahu aku akan tenang bila aku menghadap pantai dan menghayati kebesaran Allah. Bila aku jauh, sentiasa mengingatkan aku jangan lupa baca al-Quran walaupun dirinya bukanlah sealim mana, tidak pernah lupa untuk memberi semangat untuk aku bila aku terjatuh. Sungguh, aku rindu saat itu. Hati ini terlalu sarat dengan kerinduan terhadapnya dan hanya kepada Allah aku mencurahkan segala2nya.
      Kini semuanya telah tinggal kenangan dan aku hidup dalam kenangan itu. Dan kerana kenangan itu yang membuatkan aku makin tabah dalam melalui hari2 tanpa dia di sisi. Tidak akan sesekali aku lupa bahawa aku pernah mempunyai ayah yang lain dari orang lain kerana dialah kawan, dialah musuh, dialah teman, dialah ayah kepada satu2nya anak perempuan yang bermanja hanya dengannya. Dialah ayah terbaik buat kami. Alhamdulillah, kami sempat merasakan nikmat kasih sayang dari seorang ayah berbanding kawna2ku yang telah kehilangan ayah sejak kecil. 
       Seringkali diingatkan pada diri bahawa aku kuat dan aku mampu kerana ibu, abang dan adik2 masih memerlukan aku. Aku akan terus berada di sisi mereka selagi di izinkan Allah kerana hidupku adalah untuk mereka. Dan yang pasti ALLAH sentiasa bersamaku kerana DIA aku masih lagi bertahan dalam menghadapi semua dugaan yang datang. Yang pergi tetap pergi yang hidup kena teruskan hidup. Semua manusia akan meninggalkan dunia yang sementara ini bila tiba saatnya nanti.
      Pusaranya akan aku lawati di setiap kali pulang ke kampung kerana itulah satu2nya cara untuk aku melepaskan rindu padanya walaupun aku tahu wanita tidak manis ke kubur. Aku ingin jadi anak yang solehah yang dapat berbakti kepadanya walaupun aku tahu dia tiada tapi dia sentiasa di sisi dan hati ini. Ya Allah Engkau cucurilah rahmat ke atas roh bapaku, tempatkan dia bersama orang2 soleh dan jauhkanlah dia dari azab seksa kuburMu. Amin Ya Rabbal'alamin.

Keep Smile (^_^)

1 comment: