Segulung ijazah kini berada di tangan.
******************************************************************
Air mata yang di tahan akhirnya jatuh
Aku sedih dalam gembira
Kerana ingatan pada arwah ayah
Cuba diseka namun makin laju ia turun
Aku tahu ibu di atas turut sama menangis
Dengan kejayaan ini
Kerana ini yang dia inginkan
Cuba mengukir sebuah senyuman buat teman disebelah
Untuk menutup kesedihan yang kian menggila
"Sabar yer"
Mungkin dia tahu aku telah kehilangan ayah kerana di saat itu video tentang pengorbanan seorang ayah sedang disiarkan oleh pihak Uitm.
Kehadiran keluarga dan teman-teman menceriakan suasana
Kerana mereka aku masih lagi di sini
Mereka sentiasa di sisi memberi semangat
Terima kasih kasih buat Ibu, Along dan Kak Su
Terima kasih buat BFF Imah, Daus dan Ari kerana sudi menceriakan suasana
Ibu dan Ayah.........
Segulung ijazah ini adalah hadiah buat kalian.
Keep Smile (^_^)
No comments:
Post a Comment