Langkah kaki mulai songsang
Walau beribu kali aku cuba bertahan
Namun ianya tidak semudah ABC dan 123..
Hati dan akal mula berperang
Tidak terkecuali iman juga...
**************************************************************
"bagi kami mu terlalu mulia nor...(baik sangat) sampaikan kami rasakan yang kami tidak layak untuk orang sebaik mu...mu jangan marah ak kabo gitu"
Berderai air mata membasahi pipi, laju... Sesak mula terasa di dada saat terpandang sebaris ayat itu. Bukan kerana dia menganggap aku baik tapi kerana dia menjauhkan diri dari aku kerana itu.
Sudah kujangka antara kami pasti ada yang berlaku disebaliknya apabila dia mula mendiamkan diri sebulan lebih dan petang tadi dia muncul memberi sebaris ayat itu.
Ya Allah, aku telah berusaha menyelamatkan persahabatan kami dari dulu sampai sekarang kerana aku menganggapnya sahabat baik namun kenapa ini yang harus dia fikirkan. Aku cuma manusia biasa yang juga mempunyai hati dan perasaan wahai sahabat.
Sungguh........... hati ini sakit....
Ketahuilah wahai sahabat, aku berkawan dengan kamu bukan kerana rupamu, bukan jua kerana kekayaanmu. Aku menerima kamu seadanya sepertimana aku inginkan kamu menerima aku seadanya. Persahabatan yang terjalin ini adalah anugerah dari Allah, itu yang aku selalu ingatkan kerana tanpa kita sedar kita jadi rapat. Aku ingin kita terus bersahabat hingga ke syurga tapi aku tahu tidak mungkin kerana dalam diam kamu mula menjauhi...jauh...sejauh-jauhnya....Namun semuanya telah berlaku dan tidak dapat diundur walau sedikit pun.
Terima kasih kerana sentiasa bersama aku dalam susah dan senang suatu ketika dulu dan terima kasih atas segala semangat yang telah dihulurkan. Hanya Allah yang bisa membalasnya. Aku doakan kalian sentiasa bahagia. Seandainya kamu mempunyai masalah aku akan sentiasa ada untukmu, insyaAllah.
Aku bukanlah sahabat yang baik untuk kamu dan segala salah dan khilaf mohon dimaafkan. Dan aku bukanlah sebaik yang disangka. Semua orang melakukan salah dan dosa kerana kita cuma insan biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesalahan. Tiada siapa yang dapat menilai diri kita kecuali Allah s.w.t.
************************************************************
Langkah kaki ini akan kuteruskan jua
Walaupun kini kelihatan songsang di mata semua
Membawa diri kembali kepada fitrahNya
dan mula berpijak di bumi yang nyata
Keep Smile (^_^)
sapokah gerangan sahabatmu itu wahai cik onn
ReplyDeleteyou know who is...... tp not u la.. gelong sero bilo kejdie tk dingini ini blaku...huhuuh
Deletegelong itu aponamo
ReplyDeletegelong itu adalah sejenis kegilaan..hahaha
Delete