Salam semua. Selamat Hari Raya Aidiladha 1433H to all. Semoga korban kali ini memberi 1001 erti dalam hidup kita dan kita hayati erti pengorbanan serta selami dengan jiwa yang merendah diri sebagai hamba Allah. Indah langit kerana awan, Indah laut kerana kebiruan, Indah aidilfitri kerana kemaafan, Indah aidiladha kerana pengorbanan...
Ya Allah.. Jadikanlah setiap helaan nafas kami sebagai bukti cinta kami kepadaMu dan pengorbanan kami sebagai bukti kami mendekatiMu. Semoga amal ibadah kita akan diterima dan makin bertambah berbanding tahun2 sebelumnya.. Amin ya Rabbal Alamin..
Labbaikallahumma Labbaik Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik Innalhamda Wan Ni’mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalak...
******************************************************************
Labbaikallahumma Labbaik Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik Innalhamda Wan Ni’mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalak...
******************************************************************
Erm, bulan November bakal menjelang hanya beberapa hari lagi. Memang tersangat2 busy la aku bulan ni. Bukan busy dengan kerja tapi busy dengan majlis kawin kawan-kawan. hohohoho~ Semuanya lain-lain tempat, malah ada yang bertindih tarikh. Sorry guys, kalu muka aku yang tak berapa nak kiut ni takde kat majlis korang.hihihihi~ Ni baru gambar 6 keping kad kawin, tak termasuk lagi kad yang belum aku dapat. Rasanya bulan depan dalam 10 or 11 jemputan kawin aku dapat. Boleh tahan banyak tu.huhuhuhu~ Tapi 4 je yang mungkin aku dapat pergi. InsyaAllah. Kekangan masa dan kewangan menyebabkan aku tak dapat pergi. Sorry kepada kawan-kawan yang memang nak sangat jupe aku di majlis kawin korang. Lagipun kita nak buat reunion kelas kan?? Kelas mase tingkatan 5, kelas mase diploma dulu, kelas mase Uitm. Terlalu banyak sangat dan lain-lain tempat. Nak terbang aku takde sayap pulak. kikiki~ Yang majlisnya aku dah konfirm nak g tu, tunggu kedatangan aku........... here we go!!! hohohoho~
Last but not least, Selamat pengantin baru kepada kawan-kawan yang bakal menamatkan zaman bujang, semoga kalian bercinta hingga ke syurga sana dan semoga menjadi isteri or suami yang soleh dan solehah. Dan kepada kawan-kawan yang akan bertunang, selamat bertunang, one more step closer. Aku doakan semoga hidup kalian dirahmati Allah dan segalanya berjalan lancar. InsyaAllah.
Keep Smile (^_^)
Keep Smile (^_^)
tmboh so agi hok sy
ReplyDeletewow!!! tonah pun nok kawin ko??? thniah2..^_^
ReplyDelete