Kawan atau sahabat??? Bunyinya macam sama kan namun perbezaannya terlalu besar.
Kawan~
Seseorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi dan yang selalu berinteraksi dengan kita. Kita juga menghabiskan masa dan berseronok bersama. Mungkin kerana mempunyai hobi, sikap tabiat dan pemikiran yang sama menjadi kita 'sekepala'. Seorang kawan juga mungkin boleh berkongsi kegembiraan dan kesedihan namun kebiasaannya seorang kawan hanya akan ada bila kita gembira sahaja. Malah sekiranya tidak sependapat hubungan kawan mungkin boleh putus. Hal kecil akan menjadi besar apatah lagi hal yang besar. Seorang kawan bisa melupakan kawannya bila dia senang.~Dulu terlalu ramai kawan tapi seorang demi seorang menghilangkan diri~
Sahabat~
Berbeza dengan seorang sahabat, biasanya sahabat merasakan mempunyai tanggungjawab terhadap diri kita walaupun tidak sedarah. Seorang sahabat berupaya mewujudkan hubungan persaudaraan just like sisters and brothers. Seorang sahabat adalah seorang yang setiakawan dan boleh membantu apabila berada dalam kesusahan, berkongsi suka duka bersama, menyimpan segala rahsia bersama dan sentiasa melindungi antara satu sama lain. Seorang sahabat tidak semestinya mempunyai minat atau pendapat yang sama tetapi mereka sentiasa boleh bertolak ansur dan akan sentiasa ada di sisi memberi semangat kepada kita. Sabahat adalah seseorang yang benar-benar menyayangi kita dan menerima kita apa adanya. Seorang sahabat adalah kawan dan teman kepada kita. Bersahabatlah kita kerana Allah.2 important women in my life. MOM & BFF |
"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang baik terhadap jirannya" (HR al-Hakim)
Rasullullah saw prnah berpesan, "Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya". Oleh itu hendaklah kita berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.
******************************************************************************
So, persoalan tentang aku terlalu baik untukmu tidak perlu timbul sebenarnya. Kerana bagi aku, aku perlu menjadi diri aku sendiri bukan mengubah diriku mengikut acuan zaman sekarang. Kerana itu kau jauhkan diri, kadang-kadang kepelikan melanda diri.hahaha~ Masihkah kita bersahabat? Jawapan hanya padamu kawan kerana aku tetap juga di sini.
~Maafkan aku...
~Maafkan aku...
Andai aku belum menjadi sahabat dan kawan yang baik buat kalian,
Andai pernah membuat kalian tersisih,
Andai pernah melukai hati kalian,
Terima kasih kerana menjadi kawan dan sahabatku,
Walau hanya di alam maya,
Walau hanya kenal sekadar rupa,
Apatah lagi kawan-kawan lama,
Di alam persekolahan, perkuliahan, pekerjaan dan sebagainya,
Yang paling dekat bahkan pernah tinggal bersama,
Yang mengenali aku,
Yang menerima aku apa adanya,
Sudah cukup membuatkan aku bahagia,
Semoga Allah memberkati hidupku dan hidup kalian,
Semoga Allah sentiasa menyayangi kita...~
Cara untuk kita memperoleh kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Cara untuk kita memperoleh kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.
Keep Smile ~_~
No comments:
Post a Comment