Friday, 29 March 2013

Ke-trauma-an

"Eh,mu sape nok sepak terajang kakok aku?"-adik
"Eh,mu sape nok tumbuk adik n mok aku ha?"-kakak
"Kamu belum serik2 yer? Ingat siapa yg mu nok bunuh tu? Dia ibu yg melahirkan mu. Anok jenis apa mu ini"-kakak

Tangan dia belum lagi melepaskan leher ibu yg dicengkamnya. Sungguh aku yg terasa sakitnya. Sakit akibat sepak terajang sebentar tadi terus hilang. Adik yg mendengar suara bising meluru ke dapur untuk meleraikan namun dia pula yg disepak. Kakak yg melihat meluru menumbuk sambil menarik tangan ibu dan adik. 

Tapi tangannya langsung tidak melepaskan leher ibu malah lebih kuat dicengkamnya sampailah ibunya terjatuh. Adik terus menyepak dan kakak menyambut ibu yg hampir jatuh. Diiletak ibunya dan terus meluru menumbuk dia yg sedang menggila. Akhirnya ketiga-tiga menjadi gila. Si ibu meraung menyuruh menghentikan segalanya namun syaitan yg menguasai ketika tiada siapa dapat halang. Akhirnya kakak terjatuh akibat kepala yg dihentak dan bibirnya mula kelihatan darah mengalir. Adik yg berang melihat kakak  dan ibunya diperlakukan sebegitu mula naik marah tapi adik pula dicengkam leher dan dipusing. Namun kudrat lelaki masih lagi mampu melawan dan nombor balai polis yg di dail oleh kakak kerana tidak lagi sanggup untuk melihat segala kesakitan yg dialami mereka.

Dia meluru ke bilik mengambil baju melarikan diri melalui pintu belakang rumah. Melihat air mata ibu, empangan kakak dan adik turut pecah. Si ibu memeluk si kakak dan ubat di tangan disapu ke bibir yg telah pecah terkena penumbuk, kepala yg bengkak mula disapu ubat. Namun si kakak dan si adik tetap tersenyum memujuk ibu agar jangan menangis. 

********************************************* 

Aku ingat semua ini hanya berlaku dalam filem semata tapi bila berlaku didepan mata sendiri baru aku tahu semua ini bukan khayalan tapi kenyataan yg harus ditempuh. Terbang hilang sudah kasih sayang yg dipupuk dari kecik. 

Seorang anak yg sanggup melakukan apa saja kepada keluarganya asalkan kemahuannya dipenuhi. Tidak kenal lagi siapa ibu, siapa kakak dan siapa adik. Aku tahu si ibu pasti sangat kecewa dengan anaknya. Anak yg dibesarkan dengan kasih sayang, anak yg tidak dibenarkan seekor nyamuk pun gigitnya masa kecik namun bila besar anak itu juga yg sanggup memukulnya. Ke mana hilangnya iman di hati sehingga sanggup memperlakukan seorang ibu sedemikian rupa. Sungguh tiada jawapannya.

Anak-anak diluar sana hargailah ibumu selagi dia masih ada di dunia ini bersamamu. Sayangilah mereka seperti mana mereka mengasihanimu semasa kamu masih kecil. Hilangnya seorang ibu tiada dapat dicari ganti. Jangan menyesal apabila semuanya sudah terlambat.

Ya Allah kuatkan hati kami dalam menempuh setiap cubaan dan dugaan-Mu,
Jangan palingkan kami dari agama-Mu ini walau berapa banyak duri yg terpaksa kami tempuh,
Hanya kepada-Mu lah kami memohon. Allahuakbar.

Heartnotes: You give me such a big headache. Be nice to me please!!! The old me please come back, i need you now!!!!

Keep Smile (^_^)v

No comments:

Post a Comment