Monday, 11 March 2013

Take Note

Bismillahirrahmanirahim..
Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana masih memberikan hari yg baru buat hambamu yg hina ini.

Kenapa sekarang masih ramai lagi memandang pada darjat dan kedudukan seseorang padahal kita adalah sama di sisi Allah cuma yg membezakan hanya amal. Ada apa sebenarnya dengan pangkat tu? Datuk? Datin? Tan sri? Puan Sri? Haih, memang tak paham betul la.

Tak kira la siapa anda samada orang berada or orang kebanyakan kalau tak beriman Allah tak pandang pun. Pandangan manusia tak penting pun kalau Allah tak redha dengan segala apa yang kita lakukan. Ye tak?

Kalau meninggal nanti pun, Malaikat Munkar dan Nakir tak panggil pun kamu dengan panggilan:-
---> Wahai Datuk...
---> Wahai Datin...
---> Wahai Tan Sri... 

Malaikat Munkar dan Nakir hanya akan memanggil
---> Wahai manusia...!!!

So siapakah anda untuk merendah-rendahkan orang lain dan meninggikan diri anda yg memang takkan tinggi tu. Janganlah terlalu sombong kerana semua yg kita miliki hingga ke hari ini adalah milik Allah. DIA hanya meminjamkan sebentar kepada anda sebelum DIA mengambilnya balik.

HeartNote : Sesungguhnya pangkat dan darjat di dunia ini bukan bekalan yg akan kita bawa ke kubur nanti dan bukan juga bekalan untuk akhirat kelak. Beringatlah!!!


Keep Smile (~_^)v


No comments:

Post a Comment