Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana atas nikmat islam dan iman. Kadang-kadang terfikir sejenak kenapa orang islam sekarang ramai yang murtad padahal ramai orang bukan islam makin ramai juga memeluk islam kerana merasakan indahnya islam. Namun kita sendiri sebagai muslim tidak merasa islam itu indah. Dimanakah letaknya keindahan islam itu pada diri kita. Sepatutnya kita bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang muslim. Kehidupan di dunia adalah kehidupan yang sementara. Kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang kekal selamanya. Semua orang islam mengetahui tentang hal ini, namun berapa ramaikah yang bersiap sedia dan memahami nilai dunia di sisi Allah S.W.T?
Setiap hari kita sentiasa sibuk dengan urusan dunia sehingga kita terlupa untuk memikirkan untung nasib kita setelah meninggalkan dunia ini nanti. Sebagai muslim kita percaya bahawa kehidupan di dunia ini adalah sementara dan kehidupan yang kekal abadi adalah di akhirat nanti. Bila di flash back kehidupan aku yang telah berlalu dua dekad lalu, amalan bekalan ke akhirat amatlah sedikit sekali. Di mana bijaknya jika aku lebih banyak bekalan di dunia yang sementara ini berbanding bekalan akhirat yang kekal abadi? Sehabis saja SPM, terus menyambung ke Diploma, habis diploma terus further ke Degree. Walaupun kelas agama dan usrah tidak aku lupakan namun sedikitnya dari masa yang aku luangkan untuk belajar ilmu menuju ke akhirat sana, langsung tiada persiapan untuk menghadapi hari pembalasan nanti. Tanya pada diri, " adakah kita tergolong di kalangan orang bijak atau orang lalai?".
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menjadikan akhirat harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan menyerah diri. Tetapi sesiapa yang dunia menjadi harapannya, Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali dalam sekadar apa yang telah ditetapkan baginya.” (Riwayat al-Tirmizi)
Sepatutnya dunia kita cari dan akhirat yang kita kejar namun yang terjadi sekarang ini adalah sebaliknya. Kita lebih senang mengejar dunia hingga kita melupakan akhirat. Letaklah dunia di tangan dan akhirat di hati, insyaAllah kita akan selamat. Namun bukan mudah bagi kita yang hidup di dunia sekarang ini untuk meletakkan akhirat di hati kita. Pelbagai cabaran dan dugaan akan kita hadapi setiap hari selagi kita berada di dunia ini bermula dari bangunnya dari katil sehinggalah kita dimatikan untuk sementara waktu di malam hari.
Sesiapa yang sentiasa mengejar dunia tidak akan pernah merasa cukup dengan apa yang diperolehinya. Semakin banyak yang dia dapat semakin banyak pula yang diinginkan kerana dia tidak pernah bersyukur atas rezeki yang Allah beri. Terlalu sibuk dengan hal-hal dunia hingga melupakan akhirat yang kekal abadi dan akan menghalalkan segala cara untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. Seseorang yang hidup untuk dunia juga tidak akan memberi peluang kepada orang lain dan sentiasa menyalahkan orang lain sekiranya dia gagal padahal sepatutnya dia redha menerima segala ketentuan dari Allah.
Padahal sesiapa yang beramal untuk akhiratnya, Allah akan mencukupkan dunia untuknya. Kejar akhirat dan dunia akan datang kepadanya, itulah yang diibaratkan dengan 'dunia di tangan akhirat di hati'. Dunia memang penting. Islam tidak pernah menolak dunia seperti dalam firman Allah yang bermaksud "Carilah apa yang dikurniakan Allah terhadap perkara akhiratmu dan janganlah kamu lupa akan urusan duniamu..."
Seimbangkan lah kedua-duanya kerana hidup di dunia ini adalah sekali dan akhirat pula tempat kekal abadi. Hati kita umpama jari yang mudah dibengkokkan. Apa yang kita boleh buat ialah sentiasa bermohon kepada Allah agar diberi bimbingan dan petunjuk supaya hati kita tidak berpaling ke jalan yang dilarang dan sentiasa berada di jalanNya.
Entry ni just sebagai iktibar untuk mengingat dan mendidik diri. Usia ini sudah hampir ke penghujungnya!!
Yang Indah Itu Di Hati Bukan Di Mata
Wallahu'alam.
Keep Smile (^_^)
No comments:
Post a Comment