Bismillahirahmanirrahim.. In The Name of Allah of The Most Gracious and The Merciful.
Sesiapa yang masih lagi single mesti dah boringkan menjawab soalan2 seperti ini, "Bila nak kahwin?, Tak takut jadi andartu ker?, Tak boring ke hidup sorang2?" dan macam2 lagilah yg dipersoalkan.
Dan ini jawapan yg skema selalu dijawab, " Belum ada jodoh lagi, tak ada orang nak, nak wat camne kan jodoh tak sampai lagi, malaslah nak kahwin".
Is it a sin for still being single at the age of 26? Kalau zaman2 dulu mungkin orang pelikla kot, tapi zaman sekarang ni wanita sibuk mengejar kerjaya dulu. Even bagi aku sendiri pun walaupun terasa gatal nk kahwin tapi bila fikir balik still rasa belum bersedia. Masak pun tunggang terbalik lagi, kang tak pasal hari2 suami aku makan biskut kering cicah air teh je. sadis~ wakakaka.
Teringat kata2 dari anak sepupu semalam, " Cik Onn, fiza dah putus ngan pakwe fiza, lelaki tu penipu". Kata aku, "kan dah kata usahla main cintan cintun ni, buang masa je pun. Bila Cik onn kata fiza taknak dengar last2 kita jugak sakit hati, see me i'm happy with myself now." Dia menjawab lagi, "Fiza tak nak jadi macam cik onn, dah 26 tapi belum ada sesapa lagi, kan kahwin lambat pulak tambahan pulak nanti fiza bosan takde sesapa. Orang lain sume ade couple, so fiza pun nak ada jugak peneman untuk sms, call nanti tak la fiza sunyi". Alahai, nasib baik la aku sayang dia kalu tak lama dah aku pelangkung.hahaha~~ Umur pun baru mencecah 22 tahun dah fikir nak kahwin segala bagai, masih muda lagi aku rasa. Ayoyoyo~~
Hmmm, sometimes you thought that you are alone but you forgot one thing, Allah will always there for you. Kita je yang sombong dengan Allah, kita butakan mata hati kita dengan cintaNya kerana bagi kita cinta manusia itu lebih bernilai. Aku senang dengan keadaan sekarang ini, hati aku di jaga Allah. DIA lebih tahu siapa pemilik hati ini. Buang masa jer duk sayang pada yang belum halal. Belum tentu dia pun sayang kita dan belum tentu dia akan jadi milik kitakan?. So bila sampai masanya nanti Allah akan permudahkan segalanya. InsyaAllah
Terasa indah bila terbaca tentang kisah percintaan antara Fatimah Az-Zahra dan Saidina Ali. Cinta Dalam Diam. Mereka memendam perasaan cinta di hati masing-masing sehinggalah Allah menyatukan mereka setelah berbagai dugaan yang dilalui oleh Saidina Ali. Allah Maha Mengetahui atas segala-galanya dan kerana itu Allah menyatukan mereka di bawah redhaNya.
Sudah fitrah wanita ingin disayangi dan menyayangi namun ia menjadi complicated bila saja berbicara pasal hati, bagi aku la. Orang lain mungkin tak. Sebab hati ni mudah sangat terusik bila saja ada lelaki yang cuba mengambil berat. Cukuplah cinta dalam diam kerana Allah Maha Mengetahui, serahkan segalanya pada Allah. Itu lah yang sepatutnya.
Jika dia benar untuk kita, insyaAllah Allah akan permudahkan segalanya untuk kita. Tak payah la nak bersedih bagai nak rak kalau awak tu single...Bukannya hancur pun hidup kita kalu kita ni takde pakwe. Kita masih ada Allah, family dan kawan2 yang sentiasa di sisi bagi support kat kita ni.
Seringkali seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup dilalui, curam dan jurang sabar ditempuh. Namun apabila dia memilikinya, dia dapati insan yang dikejar hanya dedaun kering cuma.
Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk Al-Quran dan As-Sunnnah. Urusan jodoh di tangan Allah, sudah sedia tercatat seungkap nama di Luh mahfuz buat kita. Apa yang pasti samada cara kita mendapatkannya diberkati atau sebaliknya. Wallahu'alam.
Untuk awak yg saya sayang walau siapa pun awak. Awak, saya sikit pun tak jeles if diorang semua ada boypreng coz i'm lucky, Allah sedang menjaga saya. Awak, saya langsung tak kisah bila diorang story kisah cinta diorang yang sweet tu sebab saya tahu Allah sedang mengatur something yg sweet sangat for both of us. Biarlah Allah menemukan kita di saat kita betul2 bersediakan? Sekarang ni azam saya just to be a better muslimah untuk agama, family dan diri sendiri dulu. Barulah boleh berazam untuk menjadi isteri yang solehah untuk awak nanti. I know Dia writes our loves story and its amazing because Dia knows the best for us sebab tu kita tak jumpa lagi. Awak, kalau orang lain sibuk mencari cinta biarlah kita sibuk mencari iman kerana saya tidak mahu awak hanyut dalam dunia yang sementara ini. Awak, letakkan Allah di tempat tertinggi sekali dalam hati awak. Jangan cintakan saya lebih awak cintakan Pencipta kita. Bila awak utamakan Dia, awak dah dapat segala-galanya dalam hidup ini. Biarpun awak keseorangan dalam dunia ini namun Dia sentiasa bersama awak. Semoga Allah melindungi awak walau di mana jua awak berada. TAKE CARE OF YOUR IMAM, HATI and URSELF K.
Single???
Well, ALLAH is looking
at you right now and saying:
I'm saving this
person for
someone special
Kadang-kadang hati tertanya-tanya siapa dia pemilik cintaku selepas Allah dan Rasulku. Jawapannya hanya Allah yang tahu dan yang pastinya Allah adalah cintaku yang Agung.
Keep Smile (^_^)
No comments:
Post a Comment