Tuesday, 10 September 2013

Dreams of ordinary girl

Bismillahirahmanirahim...

I thank Allah for everyday, He wakes me up. I thank Allah for the blessings I have, and the life He has given me! Alhamdulillah. Alhamdulillah untuk segala yg telah aku dapat dalam hidup ni and alhamdulillah for what I have now. 


Kalau bercakap pasal impian memang bertahun2 la duk bercerita sebab banyak sangat. hahaha~ Tapi kalau bercakap impian mencari pasangan tu tak banyak la, tak lain tak bukan jeng..jeng..jeng.. hihihi~



Apa impian mak cik?
1. Dapat suami kaya?
2. Dapat suami hensem, kacak, bergaya?
3. Dapat suami romantik?

Ish2 mak cik ni. Tak abih2 berangan mu ek. Tu namanya angan2 mat jenin bukannya impian la der. hahaha~ Tak abih2 mak cik ni merapu meraban. ahaks~ Tapi kan mestila kena cari orang yg sekepala kan? Kalau yg menyakitkan hati mau panas jer rumahtangga. Ye dak? Saje jer mak cik panaskan keadaan yg sedia panas sekarang ni. Jangan marah na.

And ini yg sebenarnya...
Aku bukanlah seorang gadis yg cerewet dalam memilih pasangan hidup,
Cukuplah sedap mata memandang dan sejuk hati bila mendengarnya berbicara.
Siapalah diri ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yg wujud di merata tempat.
Namun aku juga punyai keinginan seperti gadis lain,
dilamar oleh seorang lelaki yg bakal dinobat sebagai ahli syurga,
memimpin ke arah tuju yg satu
iaitu Syurga ALLAH...

Encik Tunang,
Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yg mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat kerana aku bukanlah gadis yg mudah jatuh cinta.
Andainya kaulah jodohku yg tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti campakkan rasa kasih di hatiku jua hatimu bila sampai saatnya nanti.
Itu janji Allah.
Tapi.. 
Selagi kita tidak diikat dengan ijab dan qabul,
Selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu.
Juga jangan kau lampaui batasan yg telah ditetapkan syara' kerana aku takut ia akan memberikan impak yg tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak...
Cintai aku bila tiba saatnya dan pimpin aku ke syurgaNya 
Jaga hati, iman dan dirimu.
Semoga Allah redha.





HeartNote : When she stop searching her prince and make ALLAH the King in her heart, HE then help her to complete her dream become reality. Thank you ALLAH :) 


Keep Istiqamah :)



No comments:

Post a Comment