Bismillahirahmanirrahim...
Mereka menunding jari mengatakan kami salah.
Mereka mengata di belakang tanpa kami sedari.
Mereka memutuskan tali yg menyambungkan kami selama ini.
Tanpa mereka sedari Allah itu melihat.
Kami tidak pernah kisah apa yg mereka kata.
Kerana hidup bukan untuk mencari redha manusia.
Tidak mereka sedar mereka telah berlaku zalim kepada anak-anak yatim.
Namun siapa kami untuk mempertikaikan semua ini.
Kami langsung tidak diberi pilihan untuk mempertahankan diri.
Tidak pernah kami berfikiran bahawa kami betul.
Tidak juga berkata bahawa kami tidak bersalah.
Namun kami meminta maaf walaupun salah itu bukan datang dari pihak kami.
Kerana kami sedar tidak masuk syurga orang yg memutuskan silaturrahim.
Kerana kami sedar bahawa ada Yang Maha Berkuasa sedang melihat.
Kerana kami hidup bukan untuk dunia semata.
Kami masih lagi belum cukup dewasa dalam menilai erti hidup.
Sepatutnya kamu yg dewasa menunjukkan arah kepada kami bukan meminggirkan kami.
Kami terima segala nasihat yg datang.
Kami berlapang dada atas segala dugaan yg datang.
Ada berbagai hikmah di sebaliknya.
Namun pabila mereka melihat kami,
masing2 cuba untuk melarikan diri.
Adakah itu juga salah kami.
Kalau itu juga adalah salah kami berjuta kemaafan kami pohonkan.
Dan kepada mereka2,
Kamu sudah cukup2 dewasa untuk menjadikan kami sebagai musuh kamu.
Darah yg sama mengalir di dalam tubuh setiap dari kita.
Kerana itu ia takkan sesekali berubah.
Hingga ke hujung nyawa sekalipun.
Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.
HeartNote: Ya Allah kuatkan lah hati kami agar kami terus berpegang teguh pada tali-Mu. Agar kami jauh dari kesesatan. Bantulah kami untuk melembutkan hati mereka2 untuk kami meneruskan silaturrahim ini. Kami yakin dengan setiap janji-Mu. Engkau tidak pernah menganiaya kami bahkan kami yg menganiaya diri kami sendiri. Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui apa yg tidak kami ketahui.
Keep Istiqamah :)
No comments:
Post a Comment