Ya Allah...
Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisi-Mu, tidak sesekali Ya Rabb
Engkau pun tahu dulu aku hanyalah hamba-Mu yang pernah berbuat salah,
Dan aku pun tahu tiada seorang pun yang sempurna melainkan Engkau Ya
Allah
Maka, aku meminta seseorang yang tidak sempurna supaya dia merasa
sempurna dengan kehadiran aku di sisinya.
Seorang lelaki yang akan kusayangi kerana kelembutan hatinya,
Seorang lelaki yang akan kucintai kerana keindahan akhlaknya,
Seorang lelaki yang akan kukasihi kerana kehalusan budinya,
Seorang lelaki yang akan kukagumi kerana kesantunan sikapnya,
Seorang lelaki yang akan kupuja kerana kerendahan hati dan
kesederhanaannya,
Seorang lelaki yang akan menerima aku seikhlas hatinya..
Seseorang yang tidak akan pernah ku duakan hingga akhir hayatku tiba..
insyaAllah.
Seorang lelaki yang akan kuhiburkan dikala dia bersedih,
Seorang lelaki yang akan menjadikan bahuku untuk bersandar di saat
kepenatan,
Seorang lelaki yang akan kudengar segala keluh-kesahnya,
Seorang lelaki yang akan kupertaruhkan nyawaku demi menjaga
kehormatannya,
Seorang lelaki yang akan memiliki ketulusan dan kesetiaan hati ini..
Yang akan kutemani sehingga malaikat maut menjemputku pulang ke sisi-Mu
Dan..
Seseorang yang akan memimpin tanganku
untuk menuju ke jannnah-Mu...
Yang Allah...
Yang memegang rahsia segala sesuatu,
Redhakanlah aku terhadap apapun yang
telah Engkau tetapkan untukku
Kerana Engkau tahu apa yang terbaik
untukku..
Sesungguhnya aku tidak mengetahui,
Sedangkan Engkau mengetahui segalanya,
Jadikan lah aku seorang yang redha
dengan segala apa yang berlaku..
Amin....
Keep Istiqamah :)
No comments:
Post a Comment