Friday, 20 April 2012

Al-kisah yang tak berapa nak kisah

Sedih + hepy la plak hari ni. Apa ke jenis mood la harini penangan dari Alkisahnya yang tak berapa nak jadi kisah. Akibat darinya kepala ku menjadi sedikit gelong hingga kesukaran untuk melelapkan mata. Kepeningan mula melanda akibat dari ketidakcukupan beradu. hahaha~~ 
Seorang kawan baru menyatakan sesuatu yang telah membuatkan aku berada di awang-awangan untuk membuat pilihan. Mesti korang fikir lain kan?? hahaha~~ Alkisahnya adalah dia telah mendapat kerja tapi kena posting ke sarawak nun jauh di sana. Apa lagi menangis la dia kerana tidak sanggup berjauhan dengan 'pakwe' tersayang. huhuhu~ Disebabkan hal itu dia terpaksa membuat rayuan untuk ditempatkan saja di Semenanjung ni.
Hish, kalu aku la kan kecik tapak tangan nyiru aku tadahkan. Best apa duk jauh2. wakaka~
Tapi yang sedihnya kalau dia tak dapat tukar kat sini dia takkan dapat datang konvo kami.huhuhu~~ Dahla kami konvo bertiga je sebab tula berfikir perlu ke aku ke konvo itu. Baru je rasa nak happy sikit walaupun aku tak teringin langsung nak pergi konvo tu tapi disebabkan oleh desakan mereka barula terasa ingin menghadirkan diri yang dah tak berapa jadi diri ni.wakaka~ Tapi kalu tinggal ber2 je mana best kan? huhuhu. nak pergi ke tak...
Bukan apa, rasa malas nak pergi sebab keseorangan tanpa family tersayang. Walaupun sedikit sedih tapi happy jugak la sebab kejayaan untuk mendapatkan segulung ijazah akhirnya tercapai.  Hadiah untuk ibu dan arwah ayah sebenarnya. Hampir gelong jugakla nak habiskan degree yang sememangnya banyak menekan minda.hahaha~ Masa kecik2 dulu impian nak belajar kat U tercapai jugak.kihkih~ Now, i am a degree holder walaupun masih lagi jobless.hohoho~~


Berfikir untuk menyelesaikan masalah pengangguran yang makin berleluasa kerana kemasukan aku ke lembah pengangguran ini membuatkan graf pengangguran makin meningkat. wawawa~Pengangguran ini sekali lagi membenamkan kepalaku jauh ke dasar kerak bumi.hahaha~ Agak malu bila ada orang bertanya "kau tak kerja lagi ke, buat apa belajar tinggi2 kalau just duk umah?", tu la sapa suruh berhenti kerja kan? Aku kerja apa kat umah ni. Basuh baju, sidai baju, lipat baju, masak, mengemas umah, menyapu. Kerja jugak tu, kerja surirumah.hahaha~ Boleh kawin dh ni, berangan lagi.hahaha~~ Hish, aku nak kerja. Bosan sudah.
Dalam hari yang sama, mesej dari adik sekali lagi membuatkan aku berfikir "Kak, bulan 8 ni Amat nak tunang, boleh yer?" wakaka~ Langkah bendul betul adik ku yang sorang ni. Tak menyempat langsung. Tapi aku tak kisah pun, kalu dah masa untuknya dah sampai buat apa aku halangkan. Apa orang nak kata, katala. Ada aku kisah~
Bulan depan banyak invitation dari kawan2 untuk majlis kahwin, tak kurang juga yang ingin aku jadi pengapit. No,no, no. Tak nak la aku menonjolkan muka aku yang tak berapa nak kiut ni. Kan orang berkenan susah.kahkah~ Kawan2 dah mula bising sebab aku masih sendiri. Aku pun bercinta apa, bercinta ngan Allah, ibu, abang, adik2..hihihi~~ Tak salah kan kalu just menunggu jer, lagipun aku tengah menunggu putera raja datang pinang aku. Berangan tak abih2.wakaka~
Ok la, kepada rakan-rakan yang akan mendirikan masjid tu aku doakan kalian bahagia la yer dan semoga dapat bercinta hingga ke syurga sana. Semoga menjadi ibu dan bapa yang soleh dan solehah. InsyaAllah.

Keep Smile (^__^)

2 comments:

  1. ooo langkah bendul...untung kak..selalunya kalau langkah bendul ni..pihak pengantin lelaki kena bagi hadiah untuk kakak yg sulung..ooo but depends untuk menerima ataupun tak nak..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya istilah langkah bendul tu xblh guna.sbb adik kak tu laki..hihihi.

      Delete