Dugaan yang datang kadang-kadang begitu menguji diri. Kita terduduk dan air mata mula mengalir laju turun ke pipi. Terdiam sendirian berfikir apakah ini suratan atau kebetulan. Tiada siapa yang dapat menolak kehadirannya kerana ia adalah ketetapan dari Allah. Kun Fayakun. Bukan hanya kita saja yang terpaksa menghadapi semua dugaan dan cabaran ini bahkan hampir semua orang bukan? Kerana itu adalah kasih sayang Allah kepada kita.
Mungkin sesetengah orang akan berkata "Cakap senanglah, cuba rasa sendiri." Bercakap memang senang namun untuk menghadapinya memerlukan jiwa yang kental tidak terkecuali aku sendiri. Setiap hari ada saja masalah yang datang, ada saja yang menguji iman di hati. Namun kita cuma insan biasa yang tidak dapat lari semua ini.
Aku tahu ramai teman-teman di luar sana ketika ini sedang bergelut dengan pelbagai masalah. Inilah yang dinamakan kehidupan. Kadang-kadang mengingatkan diri bahawa ini adalah tanda kasih Allah kepadaku namun aku cuma manusia biasa yang memerlukan seseorang di sisi ketika jatuh, bangun dan duduk. Begitu sukar untuk mendepani semua ini seorang diri walaupun kita tahu Allah sentiasa bersama kita. Teruskan berdoa kerana Allah Maha Mendengar dan Dia rindu pada setiap rintihan kita.
Kadang-kadang kita rasakan tiada langsung jalan keluar untuk segala masalah yang berlaku. Namun di sebaliknya Allah sentiasa membantu kita. Tak percaya? Look at yourself, setelah menghadapi segalanya kita become strong right? Kadang-kadang kita rasa kita tidak mampu untuk menanggungnya kerana ianya terlalu berat namun akan ada tangan yang membantu di setiap kali kita terjatuh kerana Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu.
Kepada teman-teman di luar sana yang ketika ini sedang berdepan dengan dugaan Allah aku doakan semoga kalian tabah menghadapinya, kuatkan semangat kalian dan semoga semuanya akan dipermudahkan olehNya. Ingatlah Allah tidak memberi ujian kepadamu melainkan kamu boleh menanggungnya. Allah sentiasa bersama kalian.
Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat,
Tapi banyak pula dugaan yang datang,
Kadang-kadang kita minta cerdik.
Namun masalah yang bertandang,
Kadang-kadang kita minta kebahagiaan,
Tetapi huru-hara pula menjelma..
Dugaan menjadikan mental kita kuat,
Masalah menjadikan kita berfikir,
Huru-hara menjadikan kita tabah..
Sentiasalah berprasangka baik kepada Allah,
Semua aturanNya ada himah tersembunyi...
Spesel untuk~~
Tonah~ Kak Onn pun missing to speak with you, sharing all joy and pain with you. I'll always be there when you needed me ok. Kak Onn tahu awak kuat dan awak mesti boleh laluinya. Kak Onn percaya awak boleh laluinya seperti dulu dan seperti sekarang. Keadaan tetap sama walaupun mungkin masalahnya berbeza kan? I believe you can do it sayang. Ada hikmah di setiap ujian yang datang. Kak Onn doakan awak kuat dan semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya. InsyaAllah.
Anak buah, Fiza~ Ni sorang lagi yang tengah bersedih, jangan sedih-sedih ye sayang. Cik Onn belanja aiskrim nanti. Macam pujuk budak kecik pulak.hahaha~ Jangan sesekali bandingkan diri kita dengan orang lain kerana kita adalah kita tidak mungkin akan sama seperti orang lain. Just be yourself dear. Awak kuat, mesti boleh laluinya. Ingat, your Jannah is under your mom's feet. Walau apapun yang terjadi dia tetap ibu awak. Ibu awak sayang awak walaupun kadang dia tidak sedar dia sedang membezakan kasih sayangnya. Cik Onn sentiasa ngan awak. InsyaAllah.
Keep Smile (^____^)
bkpo kito di bagi dugee yo kak noor
ReplyDeletetok sume ore Allah bg dugae kan??Aggp je la kt ni inse terplih yg Allah sengajo pilih utk melalui sume ni.. Allah syg kt Tonah spy kt ingt sokmo kt Dia. Spy kt doa sokmo kt Dia.. InsyaAllah awk kuat..
Deletesaya pun telah diduga dan diuji skng ni tpi saya cuba redha dgn apa yang berlaku...semua itu ada hikmahnya...
Deletesaya pun telah diduga dan diuji skng ni tpi saya cuba redha dgn apa yang berlaku...semua itu ada hikmahnya...
DeleteLin...sume org akn d uji Allah slame kt hidup di dunia ni.. Sbb ape?? sbb Allah syg kt..Kt adlh antra org2 tplih..sme2 kt bersyukur yer..InsyaAllah ade hikmah dsbalik stiap kjadian..
Delete