Sunday, 1 April 2012

Kita hanya pelakon

Hidup ini bagaikan roda
Kadangkala kita di atas 
kadangkala kita dibawah 
Dan tidak akan pernah berhenti berputar
Hingga tiba masanya nanti

Aku adalah pelakon
Begitu juga dirimu
Pelakon yang akan melakonkan 
seberapa banyak watak yang ingin dimainkan

Namun corak lakonan terletak pada hati kita sendiri
Hanya kita yang akan mencorakkan kehidupan kita sendri
Kita yang memilih arah jalan hidup kita
Samada baik atau buruk atas pilihan kita

Kita semua adalah pelakon
Pelakon di pentas dunia ini
Baik, jahat, iri , hasad, dendam dan benci
Kita yang memilih watak kita sendiri

Tapi aku kini masih mencari
Mencari watak aku sendiri
Kerana di pentas ini aku keliru
Tapi kau tetap gah dengan lakonanmu

Namun Allah tidaklah kejam
Dugaan yang datang untuk mengingatkan
Sebagai peringatan agar tidak merana
Bahawa kita semua hanya pelakon di pentasNya



Walau setinggi manapun darjatmu,sehina manapun keturunanmu,secantik manapun wajahmu,sehodoh manapun rupamu,sebanyak manapun hartamu,sedaif manapun hidupmu...namun kita semua sama saja sebagai pelakon dunia yang hanya sementara...Pujian dan cacian lumrah dunia janganlah kita leka dan terluka......

Keep Smile (^_^)

No comments:

Post a Comment