Thursday, 5 April 2012

Secebis kasih

Kerana masih lagi hidup dalam igauan cerita semalam, janganlah terus-terusan menutup pintu hatimu pada insan lain yang masih sudi untuk memberikan secebis dari kasihnya buatmu. Kerana perpisahan itu telah lama terjadi so bukakanlah pintu hatimu untuk insan lain yang mungkin adalah lebih dari sebelumnya. Jangan kerana kisah semalam kamu terus mengunci hatimu dari menerima kasih dari insan lain. Ini tidak adil buat dirimu dan juga tidak adil untuk hatimu kerana kita berhak untuk menyayangi dan disayangi oleh insan lain. Lupakanlah segala peristiwa pahit yang telah membelenggu dirimu selama ini. Cubalah untuk menerima cinta baru. 

Mereka yang melihat mungkin tidak mengerti apa yang berlaku sebaliknya hati bagaikan dicarik-carik. Mereka yang memandangnya seolah-olah tiada duka tapi di dasar hati penuh dengan derita. Tapi yang pastinya hati ini adalah milik Allah selamanya dan Dia Maha Mengetahui atas apa yang terjadi. 


Cinta itu telah pergi
Bercinta tidak salah namun jangan sesekali menjadi hamba kepada cinta tersebut. Ingatlah, cinta yang abadi adalah cinta kepada Allah. Setiap insan ingin disayangi dan menyayangi. Cinta itu datang di saat kita langsung tidak menyedarinya. Kerana perasaan itu adalah milik Allah, Dia yang membolak balik hati kita.

Cinta yang telah pergi lepaskanlah kerana cinta itu bukanlah milik kita bukan juga milik dia ianya adalah milik Allah. Benar kata orang, cinta itu buta namun janganlah butakan mata hati kita kerana cinta itu. Bersyukurlah kerana dianugerahkan oleh Allah rasa cinta itu dan bersyukurlah kerana dikecewakan kerana itu mengajar kamu menjadi lebih matang dalam kehidupan ini.

Ketika cinta semalam menghilang
Ketika cinta itu mula menghilang bukan bermakna berahirnya hidup kita. Kebahagiaan perlu dicari bukan hanya menunggu. Perginya dia dari hidup kita mungkin ada hikmah disebaliknya. Siapa tahu mungkin dia bukanlah orang yang terbaik buat kita. Orang yang sebenar-benarnya untuk kita mungkin sekarang sedang menunggu kita cuma masanya belum sampai. Semuanya di tangan Allah.

Lupakanlah kisah lama yang telah berakhir, mulakan hidup baru kerana kita juga berhak bahagia seperti orang lain. Mungkin dia akan lebih bahagia bila tidak bersama kita so lepaskanlah ia dari jiwa dan hatimu dan jangan sesekali menyalahkan diri sendiri dan berkata, kenapa harus kita yang melalui semua ini namun katalah bahawa aku adalah insan terpilih untuk merasakannya. Belajar untuk memaafkan kerana kita akan menjadi lebih tenang. Ingat, Allah sentiasa bersama kita. Teruskan tersenyum kerana ia dapat menghilangkan segala gundah di hati.

Aku tidak mencari seorang yang sempurna namun cukuplah kamu menerima aku seadanya kerana tiada siapa yang sempurna di dunia ini. 


Keep Smile (^_^)

No comments:

Post a Comment