Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka".
Banyak peristiwa penting yang berlaku pada tarikh ini atau dipanggil Hari Aasyura. Diantara peristiwa yang paling utama adalah ALLAH SWT mencipta alam ini. Diantara lain adalah :
- Nabi Adam a.s dan Hawa dimasukkan ke dalam syurga.- Nabi Ibrahim a.s dilahirkan dan diselamatkan daripada dibakar hidup-hidup. - ALLAH SWT menengelamkan bahtera Firaun. - ALLAH SWT menyembuhkan penyakit Nabi Ayub. - Terjadinya tragedi Karbala dimana kebangkitan perjuangan Hussain cucu Rasullullah SAW menegakkan Islam dan menentang kekufuran yang dibawa oleh Yazid Muawiyah. - Terjadinya kiamat pada hari Jumaat 10 Muharram. 14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram, bersamaan selasa, 6 Disember 2011) 1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2 fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini. 2. Memuliakan fakir miskin fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti. 3. Menahan marah fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha. 4. Menunjukkan orang sesat fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya. 5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya. 6. Bersedekah fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini. 7. Memelihara kehormatan diri fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan. 8. Mandi Sunat fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala' 9. Bercelak fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu. 10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti. 11. Sembahyang sunat empat rakaat fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala' Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali. 12. Membaca 'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru' fadhilat - Tidak mati pada tahun ini . 13. Menjamu orang berbuka puasa fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa. 14. Puasa Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala' fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Wallahualam~
|
No comments:
Post a Comment