Monday, 5 December 2011

mEnCaRI RedHA ALLAH...

Ya Allah... 
Redhakanlah aku menerima segala ketentuanMu dengan tabah
Betapa berat bahu ini menerima segala cubaanMu 
hanya Engkau yg tahu
Betapa kerdilnya diri ini yg sentiasa mempersoalkan tentang segala yg berlaku
Betapa lemahnya imanku dalam menerima semua cubaan dan dugaan dariMu

Ya Rahman...
Engkau Maha Mengetahui
Setiap kali kesakitan ini menjengah tabahkan hatiku
Bantulah aku untuk menghadapinya dengan tabah
Hanya kepadaMu tempat aku mengadu
Sekiranya kesakitan yang Engkau berikan ini adalah untuk mengurangkan dosa2ku
Engkau kuatkan lah aku untuk menghadapinya.

Ya Rahim.....
Kuatkan lah imanku
Jangan biarkan aku terleka dalam nikmat duniawi ini
Jangan biarkan aku tersesat dan terpesong dari jalanMu
Jangan tinggalkan aku keseorangan dalam melalui duri2 kehidupan
Tunjukkan lah aku jalan yg lurus
Jalan dalam mencari keredhaanMu Ya Allah

Ya Allah...
Bantulah aku untuk menolak segala rasa cinta yg hadir dalam diri ini
Cinta yg bukan untukMu
Cinta yg masih belum halal untukku
Yg mula bermukim jauh disudut hati ini
Sesungguhnya aku tidak mampu untuk menahan rasa ini dari terus hadir
Engkau bataskanlah segala cinta yg hadir dalam hati ini
Engkau hindarkanlah segala perasaan yg berlandaskan nafsu semata2 yg hadir dalam diri ini
Yang semestinya akan merosakkan imanku yg telah sedia nipis ini

Ya Allah... 
Engkau Maha Penyayang
Seandainya cinta yg hadir ini haram di sisiMu
HambaMu ini bermohon luputkan dia dari ingatanku
Jika hadirnya bukan untukku, hidupku dan matiku
Jauhkanlah dia dari pandangan mataku ini
Seandainya rasa ini mengundang murkaMu dan membuatkan aku alpa padaMu
Aku bersujud memohon kepadaMu bantulah aku lari jauh dari dirinya
Hilangkan segala perasaan yang mula bertakhta dalam hati ini

Ya Allah..
Aku kini hanya mencari cinta yg halal di sisiMu
Cinta yg menyedarkan aku tentang kebesaranMu
Cinta seorang lelaki yg dapat membuatkan aku makin mencintaiMu
Cinta yg Engkau redhai dan rahmati
Apa yg aku ingini hanyalah keredhaan dan keberkatan dariMu

Ya Allah...
Engkau permudahkanlah segala urusanku di dunia dan akhirat
Engkau berikanlah kebahagiaan kepadaku dan keluargaku
Berikanlah kesihatan yg baik kepadaku dan ibuku supaya kami dapat beribadat kepadaMu
Jauhkanlah kami dari segala bahaya dan malapetaka
Cucurilah rahmat ke atas roh bapaku
Tempatkanlah bapaku bersama kekasih2 Mu

Ya Allah..
Segala yg berlaku adalah ketentuanMu
Engkau Maha Mengetahui apa yg tersurat dan yg tersirat
Kerana apa yg terbaik buat hambaMu hanya Engkau yg tahu
Tabahkan aku dalam menghadapi segala cuban dan dugaan yg bakal mendatang
Kerana Engkau yg mengetahui setiap hikmah atas apa yg berlaku
Aku redha atas segalany......





No comments:

Post a Comment