Mesej dari seorang rakan yg mengajak aku untuk ke HUKM hari ini aku setuju je. Sebab aku dah memang xde kerja nak dibuat. Lagipun memang kami ke sana untuk melawat salah seorang adik kawan kerana dia telah ditempatkan di sana kerana menghidapi Leukimia.
Sampai di sana kami terpaksa menunggu di luar wad terlebih dahulu kerana hanya 2 orang pelawat sahaja yg di benarkan masuk dalam satu masa. Sementara menunggu kawan kami mengajak masuk, kami bersembang dengan kakak ipar adik tersebut. Dari situ kami dapat tahu bahawa adik tersebut baru berusia 10 tahun dan telah disahkan menghidapi leukimia seminggu yg lepas. Dari hospital Teluk Intan dia telah di pindahkan ke HUKM.
Masuk ke dalam wad, kami tengok semua pesakit tersebut hanya budak2 kecik mungkin mereka di asingkan dari wad2 pesakit leukimia yg telah berumur. Kawan kami membawa kami masuk ke bilik tv memandangkan adiknya berada di bilik tv. Sampainya di sana, kami tengok dia tengah menonton tv. Memang nampak sihat je budaknya.
Ibunya kami salami dan dia mula bercerita. Adik tersebut adalah seorang budak perempuan yg aktif di sekolah dan merupakan pelajar harapan sekolah. Kami menegur adik tersebut tp dia hanya memandang kosong ke arah kami. Ibu dia lantas berkata, sebelum dia tahu dia sakit dia adalah seorang gadis yg periang, banyak cakap tp sekarang dah berubah menjadi pendiam. Tahulah kami bahawa sakit tersebut memberi kesan yg besar ke atas dirinya.
Tidak dapat aku bayangkan adik2 di wad ini yg semuanya masih lg terlalu kecil, yg masih tidak mengerti hidup ini bertarung dengan penyakit leukimia ini. Menjalani kemoterapi setiap hari menjadi kebiasaan bagi diorang. Tidak dapat aku bayangkan betapa sakitnya ketika air tulang sum-sum mereka diambil.
Walaupun kami cuba untuk mengajaknya berbual tapi mulutnya terus dia tutup dan matanya terus memandang ke arah tv yg mash lagi terpasang. Ibunya memberitahu lagi bahawa setiap kali di suntik dan di ambil air tulang sum-sum dia akan menangis, betapa sakitnya bagi seorang budak untuk mengalaminya. Aku lihat ibunya menahan sendu, sedih aku melihat keadaan mereka tapi ini semuanya dugaan dari Allah, siapa kita untuk menolaknya.
Ingatan aku pula melayang kepada arwah ayah yg meninggal setahun yg lepas. Adakah ini yg ayah rasakan setiap kali dia sakit, walaupun mulutnya sentiasa mengatakan yg dia tidak sakit. Kami hanya mengetahui ayah menghidap leukimia seminggu sebelum dia meninggal. Masa tu kami langsung tidak tahu apa yg harus dilakukan kerana kami tahu masa makin suntuk tp cuba untuk berfikiran positif. Aku yg jauh di Shah Alam dan tengah menghadapi final exam langsung tidak tahu apa yg harus dilakukan just berdoa agar semuanya akan baik. Tapi Allah lebih menyayanginya.
Kami memberi kata2 semangat kepada adik tersebut dan dia hanya mengangguk memandang kami. Kami meminta diri untuk pulang untuk memberi peluang kepada kakak ipar adik tersebut untuk melawatnya, sebelum kami keluar makcik tersebut telah berkata bahawa betapa beratnya dugaan yg ditanggungnya kini. Lantas aku berkata, "setiap orang ada dugaan masing2.At least makcik mengetahui anak makcik sakit awal, tapi sy tahu ayah sy sakit dah lambat, dah tidak dapat berbuat apa, ini dugaan yg Allah bagi so kita kena redha. InsyaAllah semuanya akan baik."
Dia yg terkejut bertanya lagi, aku terpaksa bercerita lebih panjang. Tapi yg boleh aku katakan, semua orang Allah akan duga sebab Allah sayang kita. Sebab kasih sayangNya lah kita kena hadapinya dengan sabar, jangan tunjukkan kita sedih nanti pesakit tu akan fikir bukan2. Hidup ni kadang kita di atas dan kadang kita di bawah, jangan hanya mengingati Allah hanya ketika senang tp juga setiap masa tidak kira masa susah dan senang. InsyaAllah Allah akan sentiasa bersama hamba2Nya. Air mata yg hampir keluar aku tahan.
Kami tinggalkan HUKM dengan 1001 rasa.
Ya Allah sungguh berat dugaan ke atas mereka, dugaan tersebut telah aku rasakan setahun yg lepas dan masih lagi tidak dapat dilupakan dan alhamdulillah aku masih lagi kuat untuk terus hidup di bumiMu ini. Ya Allah Engkau kuatkanlah hati2 mereka dalam menghadapi dugaanMu. Sembuhkanlah penyakit adik tersebut. Moga setiap urusan mereka dipermudahkan olehMu kerana hanya Engkau yg Mengetahui segalanya. DariMu kami datang dan hanya kepadaMu kami akan kembali.
Keep Smile (^_^)
No comments:
Post a Comment