Saturday, 3 December 2011

Sebuah Jawapan

Bila berbicara tentang soal hati, perasaan, kasih dan sayang kadang2 membuatkan kita berfikir sejenak tentang keadaan diri bila cinta yang mula hadir dalam diri yg kadang2 menjerat diri sendiri. 
Memang kita tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta tp tanpa kita sedari perasaan tu bercambah dalam hati dan makin berkembang. Cinta yang di maksudkan adalah cinta kepada seseorang yang belum halal untuk kita. 

Adakah kerana kita terlalu memikirkannya ataupun kita terlalu menginginkannya atau kita terlalu melayan perasaan atau sekadar suka2? 

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Memang sudah menjadi lumrah naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. 
Ini adalah antara perkataan yang aku pernah terbaca dalam artikel bila berbicara tentang cinta sebelum kahwin:
“Ala, aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..”
“Saya cintakan awak kerana Allah..”
“Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..”

Tidak dinafikan sesetengah remaja menghalalkan sesebuah hubungan itu atas dasar sebuah agama. Tidak terkecuali juga aku, yang memang dulu pernah terlibat dengan "couple". Mungkin kita menyukai seseorang itu atas dasar agama yg terdapat dalam dirinya. Tapi bila berlakunya 1 pergaduhan dan kononnya 'putus cinta' kita mula kecewa, hanyut dalam dunia buatan kita sendiri. 
Itu lah yg pernah terjadi, tp insyaAllah Allah akan sentiasa bersama kita bukannya lelaki yg pernah 1 masa dulu kita sayang. DIA yg sentiasa bersama kita ketika susah dan senang tanpa kita sedari.

Apabila aku mula dihujani dengan berbagai soalan tentang 'couple', sekarang lebih mudah utk aku jawab "perlu ke aku bercouple?" "Yakin ke dia betul2 jodoh kita, bercouple berpuluh tahun pn klau dia bukan ditakdirkan utk kita, kita tetap xkn dapat bersama". Sesiapa yg mendengar mesti mengatakan aku pernah terluka. that's right. Aku pernah kecewa, kecewa ditinggalkan lelaki yg aku sayang kerana dia telah berkahwin dengan orang lain. Mungkin bukan jodoh yg tertulis utkku.


~Cinta manusia seringkali membawa kepada kekecewaan~

Alhamdulillah, setahun lebih sudah semuanya berlalu dan aku redha. Ini semua adalah dugaan dr Allah krn kasih sayangNya buatku. DIA tidak pernah meninggalkan aku walau sesaatpun.
Memang tidak dinafikan hati seseorang perempuan cepat tersentuh bila ditanya tentang persoalan jodoh. 


 Ya Allah seandainya dia adalah untukku Engkau dekatkanlah hatiku dan hatinya,
Satukanlah kami di bawah redhaMu,
Ya Allah, Jika dia bukan untukku Engkau luputkanlah ingatanku padanya, 
Jauhkanlah aku dari rasa kecewa,
Kerana Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
KepadaMu aku berserah segalanya.


Jodoh, pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan Allah. kita hanya merancang. Allah jua merancang tetapi sesuatu yg lebih baik buat kita. Hanya Allah yg mengetahui segala2nya. DIA tidak memberi apa yg kita mahu tp DIA memberi apa yg kita perlukan kerana DIA Maha Mengetahui apa yg terbaik buat diri hambanya. 


" Bak kata roomateku a.k.a CIK TONAH awal pagi td : Kasih sayang itu bukan milikku". Terima kasih utk segala jawapan untuk persoalan di pagi hari. Segalanya adalah milik Allah. Wallahualam~~

No comments:

Post a Comment