Tuesday, 20 December 2011

Dunia oh Dunia

Ketukan pintu rumah ku buka setelah tuala ku kenakan di kepala untuk menutupi rambut. Rupanya jiran sebelah rumah ingin menumpang mandi di rumahku memandangkan paip rumahnya bocor. Aku awal2 lagi telah dimaklumkan oleh tuan rumahku yg juga tuan rumah sebelah bahawa jiran sebelah akan menumpang mandi untuk beberapa hari ini.
Aku menjemputnya masuk dan terus dia ke tandas belakang. Tiba-tiba salah seorang dari housemate ku memanggil dan berbisik " akak, diorang mandi berdua. Sebab tadi saya nampak ada 2 orang yg masuk." Ku katakan padanya, "Tadi masa akak ajak diorang masuk akak tengok sorg je, xtau la plak. Xpela kita fikir positif je la sayang." Dia menambah lg, "Betul la akak, diorang mandi berdua, cuba akak pergi tengok selipar 2pasang xde."
Dalam hati aku berkata "abih budak ni cek",nk tergelak pun ada. Assignment ku tinggalkan sebentar dan menuju ke dapur memandangkan tandas yg dia masuk tu tandas di belakang. Memang selipar 2 pasang yg tiada dan tiada ku dengar suara pelik2 dari dalam tandas dan sempat aku pesan pada budak2 ni supaya fikir positif, padahal aku dah tidak sedap hati.

Aku teruskan membuat kerja yg tergendala kerana tarikh untuk submit assignment makin hampir. Tidak lama kemudian aku terdengar suara orang tergelak dari dalam tandas. Rupanya dah sudah mandi. Pantas aku pandang ke belakang, bulat mata aku yg memang dah kecik ni memandang mereka. Terkejut sampaikan jantung aku ni nak berhenti pun ada, cepat2 aku beristighfar.
Memang betul diorang mandi berdua. Salah sorangnya adalah seorang perempuan dan sorang lagi tidak dapat dikenalpasti samada lelaki ataupun pengkid. Tapi kalau dilihat dari mata kasar, ku lihat dia adalah pengkid. Tidak mungkinlah dia tu lelaki kan. Tapi segala kemungkinan boleh berlaku.
Housemate ku berkata selepas diorang keluar. " kan saya dah kata td akak xnak percaya. Lelaki ke pengkid tu kak??Diorang buat apa mandi berdua.eeeee,geli.Pengkid kan dah jiwanya lelaki, kalau nak buat dosa pun jangan buat kat rumah orang". Aku yg masih lagi terkejut ni menjawab,"ntah,akak pun xtau nak kata pe, sebab kita xtau. fikir baik jerla. Diorang just mandi sama2 je tuh." Dalam hati Allah je yg tau betapa aku takut, apala diorang ni. Agak2la nak mandi sama2 pun. Ni rumah orang kot, x fikir ke apa orang akan fikir nanti. Dunia sekarang macam2 boleh jadi.
Zaman dah beubah, Dunia makin maju, Manusia pun maju, agama pun dah ditolak ke tepi. Nauzubillah. Jauhkan kami dari kesesatan Ya Allah.

*Cerita ini sekadar untuk perkongsian dan peringatan untuk diri sendiri dan kawan2. Bukan untuk memburukkan mana2 pihak. Wallahualam.

Keep Smile (^_^)

No comments:

Post a Comment