Friday, 23 December 2011

C!nTa tAnpA SyaRaT




Itulah doa aku sebentar tadi. Entah kenapa tiba2 hati ini tersentuh dengan doa tersebut padahal setiap hari doa yg sama dibacakan. Adakah kerana rindu pada ayahanda yg sudah setahun lebih meninggalkan aku? Ya, aku terlalu rindukannya. Rindu pada gelak tawa, rindu pada setiap butir bicaranya, rindu pada pelukannya, rindu pada senyumannya, rindu untuk bercerita, rindu pada segala nasihat yg akan diberikan setiap kali diri ini diasak dengan pelbagai masalah. 

Apakah aku sedih kerana rindukan bonda di kampung? Adakah kerana bonda kesepian di sana? Aku tidak pernah lupa untuk menelefon bonda setiap hari kerana aku tahu dia sunyi walaupun tinggal bersama 3 orang anak lelakinya, dan aku satu2nya anak perempuan yg tinggal jauh darinya. 
Kata bonda "xpe, sekarang mak boleh tengok tv,dengar ceramah2 agama. Boleh tambahkan ilmu agama yg banyak kita xtahu. dah tua2 ni kena selalu dengar ceramah agama, perbetulkan apa yg kita salah, perbaiki diri agar menjadi lebih baik. Dah xde kerja nak buat. xpun baca buku yg kak beli, xabih2 lg baca. kalu xleh bangun mak baring je. xpun jln2 g rumah jiran" 

Selepas pemergian ayahanda, rumah itu seakan2 sunyi. Sunyi tanpa gelak tawa. Sunyi tanpa bebelan dari seorang ayah, sunyi tanpa gurau senda dari seorang lelaki yg bergelar ayah. Semua gelak tawa dan sedih kami adalah bersama ayah. 
Ayah dan bonda menerima aku atas segala yg ada pada diri ini. tidak kira aku degil atau dengar kata, aku rajin atau culas, aku senyum atau menjerit, mereka menerima aku sedanya aku. Mereka terus menyayangi dan mengasihi diri ini tanpa syarat. Mereka tidak pernah mengatakan bahawa semua kebaikan mereka buat selama ini perlu dibalas apabila kami telah dewasa. Kami balas atau tidak, kami ingat ingat atau lupa, tugas mereka membesarkan kami dengan penuh kasih sayang tanpa syarat. Allah memberikan percikan sifat Rahman dan Rahim untuk makhluk-Nya mengasihi tanpa syarat, hanyalah pada naluri dan hati seorang ibu dan bapa kepada anaknya. Kasih sayang mereka tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. 



KASIH IBU
Ketika kita lapar..tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus..tangan ibu yang memberi minum,
Ketika kita menangis..tangan ibu yang mengesat mata,
Ketika kita gembira..tangan ibu yang menadah syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita sakit..ibu la tidak akan tidur menjaga kita,
Ketika kita mengantuk..tangan ibu yang mendodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi..tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah tangan ibu yang membelai duka sambil berkata: sabar sayang, semuanya akan baik nanti,
Ketika ayah meninggalkan kita buat selamanya..ibu datang memberi semangat walaupun hatinya turut menangis,
ibu..betapa besar pengorbananmu tidak dapat kami balas

KASIH AYAH
Saat kita menangis..ayah datang memujuk,
Saat kita gembira..ayah turut gembira dan menitis air mata tanpa kita sedari,
Saat kita mula berjalan..tangan ayah yang memimpin tangan,
Saat kita kesepian..ayah datang membawa keceriaan,
Saat kita memerlukan perhatian..ayah sanggup mengorbankan masanya,
Saat kita berkehendak sesuatu..ayah akan berusaha bersusah payah untuk mendapatkannya demi memenuhi kehendak kita,
Saat kita sakit..Ayahlah orang yg paling akan risau,
Saat kita memerlukan teman untuk bermain..ayah yang melayan kita tanpa rasa bosan,
Saat kita memerlukan belaian..ayah datang memeluk cium dan memanjakan kita,
Ayah..jasamu tidak akan terbayar oleh apa-apa pun


Ketika ibu  dan ayah sudah tua & kelaparan…tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu dan ayah suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu dan ayah sakit…di mana tangan anak yang ibu dan ayah harapkan dapat merawat kesakitan
mereka?
Ketika nyawa ibu dan ayah terpisah dari jasad…
Ketika jenazah ibu dan ayah nak dimandikan…
di mana tangan anak yang mereka harapkan untuk menyirami jenazah mereka buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib…
Sentuhan ibu, sentuhan kasih…
Kasih ayah sanggup berkorban apa sahaja
Boleh membawa ke Syurga Firdausi…
Ciumlah tangan ibu dan ayah,
Sebelum mereka pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi…



Ya Allah ampunilah ibu bapa ku
rahmatilah mereka
dan limpahkan RahmahMu kpd mereka ..
mereka yang mengasihiku tanpa syarat,
maafkan mereka
dan limpahkan kasih sayangMu kepada mereka tanpa hisab
dan tanpa syarat
maafkan mereka
tempatkan mereka di dunia rahmat Mu
dan di akhirat redha Mu

Keep Smile (^_^)

No comments:

Post a Comment