Thursday 27 September 2012

Tak pernah habis!!!!

"DALAM SEBUAH PENANTIAN HADIRNYA SANG JODOH"

Masih merasa gelisah dalam sebuah penantian untuk mendapatkan jodoh yang baik buat kita?

Jodoh...

Yang awalnya jauh dari kita,
Mungkin tiba-tiba mendekat dengan kita.
Yang sebelumnya acuh tak acuh kepada kita,
Mungkin tiba-tiba memberi perhatian kepada kita.
Yang tak pernah terbayang malah tidak kenal sebelumnya,
Mungkin tiba-tiba datang berkenalan dengan kita.

Begitu juga sebaliknya...

Yang sebelumnya sudah dekat,
Tiba-tiba menjauh dari kita.
Yang sebelumnya menyayangi kita,
Tiba-tiba membenci kita.
Yang dah dijadualkan hari pernikahan pun
Kadang-kadang digagalkan oleh satu pihak dengan berbagai macam alasan.

Itulah jodoh!

Suatu hal yang teramat misteri bagi kita,
Suatu hal yang teramat sulit untuk ditebak.

Jodoh adalah hak-Nya
Kita boleh berusaha sekuat tenaga untuk mendapatkannya,
Namun DIA jugalah penentu akhirnya.

Ingatlah,
Allah mempunyai cara untuk mempertemukan seseorang dengan calon pasangannya.
Allah juga ada cara untuk memisahkan seseorang dengan calon pasangannya.

Tapi yakinlah,
Allah telah menulis calon-calon terbaik buat kita. Dan bukan sesuatu yang mustahil dengan segala kuasa-Nya.
Dan ketahuilah,
Akan tiba masanya bahawa rencana-Nya bakal menghampiri kita.

Tak perlu merasa risau bukan?

Jadi tetaplah tersenyum dalam sebuah penantian untuk menjemput pasangan jodoh kita. Tentunya yang terbaik akan dipertemukan dengan kita. Kurangkan agenda untuk mencari si soleh tapi jadilah si solehah untuk mendapatkan si soleh. Jodoh kita adalah cermin diri kita sendri. Tetaplah bersangka baik pada-Nya. 
Wallahualam.


Keep Smile (~_~)

Friday 21 September 2012

Tercabut fius

Grrrrrr... Gila kentang r.
Kadang2 rasa macam dunia ni terbalik dah.
Macam2 yang jadi sekarang ni.
"This house don't feel like home anymore." Kata adik.

 Seriously ~Buntu~

Kita nyanyi dulu stikam dua..hohohoho
~Tak sanggup lagi aku mengenang kisah lalu~

Boleh gile aku lama2 kalu asyik gini.. uwaaa..
Need some space utk diri sendiri.
Mungkin ramai yang terasa kerana aku mula menjauhkan diri.
Yang menjauhkan diri pun tak kurang hebatnya.
"Kenapa senyap je sekarang ni?"
Kenapa dah lama tak dengar khabar?"
Kenapa xmesej langsung sekarang ni?"

Bukan sengaja tapi keadaan memaksa. Maaf kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Buat masa sekarang ni kena tambahkan ramuan untuk menyedapkan rasa.
Apa kena mengena sebenarnya ni??wakaka..

Kalu aku pakai kasut ni agak2 aku jadi tinggi mana??

Nama blog pun aku dah tukar dari SENYUM SOKMO kepada yang di atas sana.
Kenapa ek? Padahal tu kan trademark aku dari dulu.
Masih tersenyum atau sudah hilang?? Hanya yang mengerti akan mengetahui.
Biarlah rahsia. Berteka-tekinya dia ni.
Mungkin suatu masa ia akan terus bertukar kerana hidup sentiasa berubah-ubah.

Keep Smile ~_~