Monday 28 January 2013

Sebuah kehilangan

"Kalau ayah aku takdok memang aku tak boleh hidup la"
Itulah yg aku ungkapkan suatu masa dulu bila aku ditanya kawan baik aku tentang ayah kerana dia telah kehilangan ayah masa dia masih berada di sekolah rendah. Dan sekarang aku sendiri telah rasakan kehilangan seseorang yang bergelar ayah.


Mesti antara kita pernah kehilangan seseorang yang bererti dalam hidup kita kan?

Manusia tidak pernah memiliki sesuatu pun kerana semuanya adalah hak Allah yang diamanahkan kepada kita untuk menjaga termasuklah diri sendiri. Namun kenapa ramai yang seakan-akan tenggelam dalam kesedihan yang berlebihan ketika kita kehilangan yang penting dalam hidup kita. 

Kerana kasih kan?? Kasih kita kepadanya membuatkan kita sayang, namun tanpa kita sedar kasih Allah terhadap hamba-Nya melebihi segalanya. DIA sentiasa mendengar kita berbicara. DIA tidak pernah meninggalkan kita walau sesaat pun. DIA yang tak pernah mengecewakan kita. DIA yang tidak pernah jemu mendengar kita meminta. DIA Yang Penyayang walaupun kita sering melakukan dosa, buktinya pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-Nya. 

Cinta abadi hanya cinta Allah. Namun kasih antara insan diibaratkan pungguk yang sering merindui bulan kerana kita tidak mampu untuk meraihnya dan selamanya kita menjadi penanti. Ditinggalkan jauh lebih menyakitkan daripada diputuskan, Putus mungkin bisa saja bersambung namun ditinggalkan tidak mungkin akan kembali lagi. Lebih menyakitkan bila kita tidak pernah mengerti kadangkala Allah ambil orang yang kita sayang untuk kebaikan kita sendiri. Kehilangan akan membuat kita rapuh tapi di sisi lain kehilangan membuat kita tabah.

Sekuat apapun jiwa dan diri, setiap dari kita tidak pernah lepas dari merasa kehilangan. Kerana cerita di dunia ini adalah corat coret yang harus didengari, dipenuhi dan dilalui.

Sebuah kehilangan tidak menjadikan kita kosong kerana kita tetap dipenuhi dengan kenangan-kenangan yang ditinggalkannya. *Senyum segaris*

Redha dengan segala yang berlaku dan akan berlaku kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya.

HeartNotes: Al-Fatihah buat ibu saudara yang telah kembali ke rahmatullah pada 12 Rabiulawal 1434H baru-baru ini. Semoga arwah beliau ditempatkan bersama orang-orang beriman. InsyaAllah. Amin.


Keep Smile (~_^)v

Friday 25 January 2013

Pain make people change

Salam Maulidur Rasul. Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu(iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan banyak mengingati Allah
 [Al-Ahzab : 21]

***********************************************************
Hebatnya dugaan yang Allah bagi kepada kita untuk menjadi orang yang sabar, Ketika orang lain menyakiti kita dan kita berpeluang untuk membalas tapi kita memilih untuk berdiam diri, tidak membalas dan memaafkan. Kita terus berbuat baik kepada mereka dan terus bersabar. Kerana kita tahu kita hidup hanya untuk redha Allah bukannya mencari redha manusia. Dan sesungguhnya hanya Allah yang layak membalas setiap perbuatan manusia. 

Kesakitan itu mengajar manusia menjadi lebih baik. Kita manusia yang alpa dan mudah terleka. Kadang-kadang dengan kesakitan kita akan lebih mengingati Allah dan mula mensyukuri segala nikmat-Nya. Am I right? Bila datang ujian baru kita mula sedar. Sentiasalah bersangka baik kepada Allah. Ada hikmah di setiap ujian yang bertandang dan suatu hari nanti akan terlihat apa hikmah disebalik semua itu berlaku. 


Bukan manusia yang memberi rezeki tapi hanya DIA YANG SATU. Jangan letakkan pergantungan pada manusia tapi serahkan segalanya pada Allah. Biar manusia membenci kita namun jangan sesekali biarkan Allah murka kepada kita. Allah Maha Mengetahui segalanya. 

Hidup ini kalau tak diisi dengan ilmu maka kejahilan akan mengisinya. Kalau tak diisi dengan pahala maka dosa yang akan memenuhinya. Nauzubillah. Jalanilah hidup dengan sebaiknya.

Don't waste your time looking back on what you've lost. Move on, for life is not meant to be traveled backwards.

Footnote: Sedang mengajar diri untuk belajar memaafkan kesalahan orang lain kerana kita semua melakukan kesalahan. Nobodies perfect, isn't it? Wahai hati teruslah bersabar dan yakinlah dengan janji Allah.

Keep Smile (^_~)v

Saturday 19 January 2013

I'm still a student

Kerana aku seorang pelajar di universiti kehidupan......


Di kala kehendakku tidak dipenuhi, aku mula belajar untuk bersabar dan terus bersabar. Belajar untuk mensyukuri apa yang aku miliki. Bersyukur dengan apa yang dianugerahkan DIA. Kerana aku sedari segalanya adalah milik Allah Yang Esa. Ini menjadikan aku lebih matang dalam menilai erti kehidupan.

Di kala aku disapa ujian, aku mula belajar mengenal kehidupan. Bahawasanya hidup bukan saja ada suka dan duka malah kadang2 terselit juga kedukaan dan air mata. Lalu aku belajar untuk tersenyum walau hiba terus menerus mendatang. 

Aku belajar dan terus belajar menjadi diri aku apa adanya. Belajar menjauhkan perasaan cemburu melihat kelebihan orang lain. Kerana Allah menjadikan kita tidak sama dan berbeza. Dan aku yakin kita memiliki kelebihan masing-masing namun kita bukanlah sempurna. Nobodies perfect. Isn't it?

Dan sehingga kini aku masih lagi belajar dan akan berhenti hingga aku kembali kepada Penciptaku. 



Keep Smile (^_*)v

Friday 11 January 2013

#Wordless


Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau
Dan....
Tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan


Masa lalu jadikan ia pengajaran,
Kerana darinya kita belajar tentang hidup.

Alhamdulillah...
Terima kasih Ya Allah atas segalanya.


Keep Smile (~_^)v

Tuesday 8 January 2013

Speechless



Pesan pada hati, kuatkan iman perbanyakkan zikrullah...
Pesan pada diri, cekalkan hati kuatkan semangat...
Pesan pada naluri, jangan mengeluh jangan kecewa...
Allah sentiasa bersamamu..
Teruskan perjuangan hingga ke akhirnya!!!


Keep Smile (~_^)v

Saturday 5 January 2013

Dia...1st time berpisah dgn ibu

" Kak, ator la sapik g asrama. Dokkan sapik nok g sorg. Kak g neh,". 
"Ye, kak ator. 
" Sapik g 3 hari sapik balik deh?"
"Apa ni dik?? Lama2 adik biasalah, best duk asrama ni.. Cayela. Tiap2 minggu boleh balikkan sayang."
"Mok ngan kak nok buang sapik ker?"
"Adik tolongla pham bakpe kak buat gini."
"Yela, pham2".


Pujuk punya pujuk, akhirnya pergilah budak tu walaupun dalam keadaan terpaksa. Aduhai buah hati pengarang jantung aku yang sorang ni, luar nampak keras tapi hatinya lembut serupa kakak dia jugak. wakakaka~

Cepatnya dia membesar malah lebih besar dari kakaknya yg sememangnya takkan besar ni. kihkih~ Anak bongsu arwah ayah kini sudah berusia 17 tahun. Adik bongsu yang kurang pandai berdikari, yang tersangatlah manja even dia seorang lelaki. Kadang2 penat nak melayan kerenahnya. Namun dia tetap menjadi buah hati ibu. Jeles tau. hahahaha~

Alhamdulillah, selesai sudah proses pendaftaran kemasukan adik ke Asrama Anak Yatim dan Fakir Miskin Darul Akhyar. Dari air mukanya aku tahu dia terpaksa. Terpaksa untuk berjauhan dengan ibu. Maafkan kakak sayang. Kakak terpaksa demi masa depanmu. 

SPM yg menanti dia tahun ni menyebabkan aku terpaksa hantarnya ke asrama. Keadaan di rumah yg tidak menentu akan menjejaskan pembelajarannya. Aku mahu dia fokus kepada pelajarannya. Biarlah dia meneruskan cita-cita arwah ayah yg inginkan anak bongsunya ini berjaya lebih dari abang dan kakaknya.

Suatu hari nanti adik akan paham kenapa kakak buat semua ini. Kakak sentiasa doakan kejayaan buatmu adik. Kejayaan di dunia dan akhirat. Kamu tetap menjadi kesayangan kami buat selamanya. InsyaAllah.


Keep Smile (~_~)v


Thursday 3 January 2013

Roda Kehidupan



Hidup ini bagaikan roda
Berpusing dan berputar-putar
Kadang di atas dan kadang kita di bawah
Apabila berada di atas ramai yang menyanjung
Bila tiba di bawah ramai yang menjauhkan diri
Semua akan hilang di mata...

Inilah lumrah hidup
Ketika senang ramai yang mengelilingi dan mendekati
Bila susah ramai yang mula menghilang
Kalau adapun hanya tinggal seorang dua

Orang yang biasa susah sudah lali
Kerana terbiasa dengan cacian, makian dan penghinaan
Namun mereka yang menghina tidak sedar
Mungkin mereka juga akan berada di bawah suatu ketika nanti
Kerana semuanya ketentuan Allah

Esok, lusa, tulat...
Tiada siapa yang tahu
Apa yang akan terjadi pada diri kita
Dan di sini lah bagi orang yang bertaqwa
Mereka selalu mensyukuri nikmat dan rezeki
yang diberikan Allah kepada mereka

Keep Smile (^_^)


Tuesday 1 January 2013

Ahlan Wasahlan 2013

 

Selamat tinggal 2012 dan selamat datang 2013. 2012 yang banyak meninggalkan kenangan dan memberi kesan yang besar dalam hidup. Pejam celik akhirnya setahun berlalu tanpa pengisian yang sepatutnya buat hati. I cry, I laugh, I sad, I smile, I fall, I rise, I get hurt, I make mistake, I learn and I repent. But I am thankfull that Allah always with me all the times. Alhamdulillah :)

Azam tahun baru??? Aku tak pernah ada azam baru pun sebab setiap hari aku berazam. Bangun je tido aku nak jadi lebih baik dari sebelumnya dan aku nak jadi seorang muslimah yang tabah. Walaupun bukan senangkan. Masalah yang seringkali bertandang pun berlalu macam tu je. Air mata yang tak terkira tumpahnya pun kering begitu saja. Kan Allah tu ada. So, siapalah kita ni nak sombong kan. Udara ni milik Allah, nafas ni milik Allah bahkan kita sendiri pun milik Allah. We have nothing. Islam memberi kita ruang setiap waktu untuk memperbaiki diri selagi nadi terus berdenyut, selagi nafas ini dipinjamkan kepada kita dan selagi nyawa dikandung badan.

Dan yang pastinya usia semakin bertambah. Menginjak ke no 27. Oh no!!! hahaha~ Yang penting aku nak jadi lebih baik dari sebelum ni. Semoga Allah redha dengan segala yang aku lakukan.  Semoga tahun ini juga memberi kebahagiaan buat semua. Kebahagiaan dunia dan juga akhirat. InsyaAllah.


Keep Smile :)