Monday 20 May 2013

Ting tong

Bismillahirahmanirrahim...

Semua orang pasti ada masalah, mana ada orang yg tak ada masalah kan. Tak kira la masalah tu kecik pun, ia tetap masalah. Semuanya bermasalah kerana dengan masalah itulah kita menjadi lebih dewasa. Kan2?? Ting tong. Kepala masuk air lagi akibat dari ketidakhadaman masalah-masalah kawan-kawan. Walaupun aku tak boleh nak bantu kamu2 at least aku cuba menjadi pendengar yg baik, mungkin kepala kamu2 tak sarat sangat dengan masalah2 kamu kan? Alhamdulillah.

Masalah yg berkait rapat dengan lelaki. Sorryla sis, teman tak kawin lagi so tak boleh nak komen or nasihat lebih2. Bukan tak paham masalah yg kamu2 hadapi, tapi nanti kamu2 terasa pulak kalu komen lebih kurang. Yerla Cik Nor ni tak kawin lg mana nak paham masalah orang kawin ni. 

Tapi satu yg aku tak paham kenapa la lelaki2 ni suka sangat buat kami kaum wanita ni menangis? Huh, solat pun tak cukup camne nak berlaku adil pada isteri2. Isteri tu kan amanah dari Allah. Kan dapat setepek kat dahi tu. hohoho~ Tak fikir langsung tentang hati seorang isteri. Dahlah isteri tengah sarat mengandung, suami pulak pergi kawin lain senyap2. Apa punya laki la. Ada yg nak kena smack down ni. Aik, si kecik ni ada hati nak smack down orang, silap haribulan awak yg sakit. Ok, ni dah melalut.hahaha~

Kalau ye pun nak kawin tunggu la isteri tu bersalin dulu. Ni tak main aci redah jer, kan dah makan hati berulam jantung isteri tu. Kesian kat baby dalam perut sebab ibunya asyik menangis jer.Yg melihat ni pun dah nak menangis sama. Aku yg tengok ni naik geram pulak. Alahai kaum Adam sebelum nak buat sesuatu tu pikir masak2 dulu, kan Allah kurniakan kepada kamu 9 akal so gunakan lah akal tu dengan sebaiknya. Jangan sampai Allah ambik segalanya dari kamu baru kamu sedar. Masa tu dah terlambat la der...

Ok, Untuk kamu... Yer, untuk kamu yang sedang bersedih tu...
Saya tahu awak kuat. Awak akan mampu untuk mengharunginya sebab awak seorang yg tabah, tidak mudah menyerah dan takkan putus asa dengan rahmat Allah. Ingatlah, Allah tidak akan menguji hambaNya melampaui batas kemampuan hambaNya. Semua yg berlaku ada hikmahnya. Allah sayang awak, Dia tak mahu awak terleka walau sekejap dan percayalah Dia takkan pernah jauh dari awak. Awak, kuatkan semangat awak ye. InsyaAllah saya dan ibu sentiasa di sisi awak. Saya doakan semoga Allah merahmati awak dan segala urusan awak dipermudahkan.

Semoga Allah redha.



Keep Smile :)

Thursday 16 May 2013

Kau pelita menyinari kami

Bismillahirahmanirrahim..

Buat semua guruku,
Di Tadika KEMAS Wakaf Tengah,
Di Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot.
Di Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot,
Di Politeknik Seberang Perai,
Di UiTM Shah Alam,
Aku merupakan insan kerdil kala berhadapan dengan kalian.

Kalau bukan kerana kamu cikgu,
Mungkin aku tidak mampu untuk mengenal siapa Tuhanku.

Besarnya jasamu cikgu,
Bukan kerana kamu mengajarku bahasa,
Bukan kerana mengajarku kira-kira,
Bukan juga kerana kamu mengajarku sejarah dan sains,
Tapi kerana kamu memperkenalkanku kepada Tuhan Penciptaku,
Kerana kamu telah mendidik aku untuk menjadi seorang hamba Allah,
Supaya Islam itu beroleh kemenangan.

Kamu mengajar kami tentang kesabaran,
Kamu mengajar kami tentang kesetiaan,
Kamu mengajar kami tentang kehidupan,
Kamu mengajar kami tentang kasih-sayang,

Dan yang paling penting
Kamu mengajar kami tentang Cinta Yang Satu....... 

Tanpa kalian kami buta tanpa ilmu,
Tanpa kalian kami tidak akan berjaya berjaya,
Tanpa kalian selamanya kami di bawah tempurung,
Tanpa kalian tidak sesekali kami menggapai cita-cita.

Semoga Allah merahmati Kalian,
Semoga Allah memanjangkan usia kalian
Untuk terus berkhidmat dalam mendidik pelajar-pelajarmu.
Amin....

TERIMA KASIH CIKGU




Without you, we would have been lost,
Thank you teacher for guiding us, inspiring us,
And making us what we are today,
HAPPY TEACHER'S DAY!


Keep Smile ^_^


Friday 10 May 2013

Dia.. permata hati

Bismillahirahmanirahim..
SELAMAT HARI IBU KEPADA SEMUA IBU-IBU. Jasa kalian terlalu besar, pengorbanan kalian tidak dapat anak-anakmu ini mampu untuk membalasnya. TERIMA KASIH IBU.

Keadaan kini tidak sama macam dulu. Kadang hati berbalut resah, kadang jiwa hilang tenang, kadang diri kehilangan arah. Kenapa? Bagaimana dan bila?? Persoalan demi persoalan menerjah ruang fikiran. Namun satu yang aku tau, dia sentiasa berada di dasar hati. Kerana dia aku masih di sini. Kerana aku seorang anak yg ingin berbakti kepada seorang ibu. Walaupun jasanya tidak dapat aku balas namun ini yg dapat aku buat untuknya ketika ini. Sentiasa berada di sisinya ketika dia memerlukan teman. Teman ketika susah dan senang. Hanya untuk dia yg bergelar ibu. 

Mana mungkin aku tinggalkan dia sendirian di sini. Mana mungkin aku tinggalkan dia ketika dia perlukan aku di sisi. Mana mungkin aku lupakan tanggungjawab aku sebagai seorang anak. Bukan tidak percaya pada adik-adik tapi cukuplah hanya 7 tahun aku berjauhan dengannya. Bukan kerana manja tapi kerana tanggungjawab sebagai seorang anak. Walaupun kadang2 aku rasa bahu ini berat tapi aku tahu semua ini mengajar aku erti kehidupan. Dan aku bahagia kini....

Dia... Permata hatiku
Dia... Menjadi ibu sekaligus ayah kepada kami
Dia... Hatinya selembut sutera
Dia... Yang hanya langsung tak pandai backup diri sendiri
Dia... Yang menangis saban malam meluahkan rahsia hati kepada Penciptanya
Dia... Yang amat menyayangi anak-anaknya
Dia.. Yang takkan sesekali aku tinggalkan sendirian
Dia.. Yang ingin sekali aku bahagiakan
Dia..Yang banyak berkorban untuk kami

Terima kasih ibu kerana sanggup melayan kerenah kami yg ntah pape, kami banyak membuatmu menitiskan air mata. Kami selalu membuat hatimu terluka. Kami degil, tidak mendengar kata. Maafkan kami. Kami sayang ibu. Ibu adalah permata kami dunia akhirat. InsyaAllah.

Ni aku punya keje.hihihi

Heartnotes: Where ever you are, when ever you are always love your mother because you cannot have another one.Ibu hanya satu, tiada pengganti. Sayangilah mereka sementara mereka masih bersama kita. Doa dan restu ibu yg kita perlukan. Semoga Allah redha.


Keep Smile ^_^