Wednesday 30 October 2013

Big gift from ALLAH

Bismillahirahmanirrahim..

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Dah lama tak update blog. Ok, rindu nak menaip sebenarnya tapi sekarang dah terbatas sikit. Almaklumlah sekarang ni dah bergelar seorang isteri. Alhamdulillah, dah 2 minggu bergelar isteri kepada seorang lelaki yg penyayang and of cos manja. :)

Orang kata 'love is sweet'.
Is it sweet like lolypop?

Tapi makan banyak lolipop boleh rosak gigi. hakhak~
Ok, dah mengarut.

Tapi betul cinta itu indah.
Its become sweet only after nikah. 

Why?
sebab couple is totally HALAL after nikah. 

"Rindu yg disubur-suburkan selepas nikah akan berbuah pahala yg tak sudah-sudah. Cinta terasa lebih indah selepas nikah" - Ustazah Fatimah Syarha


Dia lelaki yg aku tak pernah kenal sebelum ni. Namun takdir Allah mengatasi segalanya. Kami disatukan dalam ikatan suci pernikahan. Kini kami masih lagi belajar untuk menerima segala kelebihan dan kekurangan masing2. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan oleh-Nya. Allah merancang dan mengatur apa yg terbaik buat kita.

Kadang-kadang rasa macam tengah bermimpi. Ada orang sayang, ada orang rindu, ada orang yg jaga kita. Ada orang yg akan imamkan kita bila solat. Rasa selamat sangat. Dulu masa bujang semuanya sendiri tapi sekarang ni semuanya berubah. Nak kena mintak izin suami untuk segala hal. Kalau dulu semuanya ikut kepala sendiri tapi sekarang semuanya berdua. Alhamdulillah sebab aku dikurniakan seorang suami yg memahami. Hai, bukan main liat lagi lidah ni nak panggil encik suami tu abang tapi akhirnya lepas seminggu kahwin dapat jugak panggil. Sabarnya dia layan kerenah aku ni. Terima kasih ye abang. hihihihi~

Encik suami..
Silalah bimbinglah diri ini menuju jalan-Nya kerana saya bimbang saya akan tergelincir dari landasan-Nya kerana saya cuma manusia biasa yg kadang-kadang alpa dan leka dengan nikmat dunia. Tolong lah sabar dengan kerenah-kerenah saya yg mungkin akan menguji kesabaran abang suatu hari nanti. Tolong dahulukan umi dan abah dulu sebelum saya ye kerana pada mereka terdapat syurgamu. Biarlah cinta yg mula berputik ini akan terus mekar hanya kerana-Nya. InsyaAllah. 

HeartNote: Now you already be my husband and I will give all my life to you, In The Name of Allah. Indahnya cinta aturan Allah, Subhanallah. Semoga kita bercinta hingga ke jannah-Nya. InsyaAllah. Semoga Allah redha.

Keep Isitqamah (^___^)

Tuesday 8 October 2013

Just ignore it

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kita masih lagi bernafas hingga ke hari ini untuk terus beribadat kepada-Nya. DIA Yang Maha Sempurna, DIA Yang Maha Mengetahui dan DIA Yang Maha Besar. Hati ini tidak pernah lupakan DIA walau sesaat kerana tanpa pertolongan DIA tiadalah aku di bumi ini. Sampai bila? Hanya Allah Yang Mengetahui.

Mereka tak pernah berhenti bercakap.
Mereka tak pernah berhenti mengata.
Mereka tak pernah berhenti menyindir.

Tapi,

Telinga mungkin dah kebal.
Hati semakin kuat.
Mulut dah terkunci rapat.

Kerana suatu hari nanti,
Mereka akan berhenti bercakap.
Mereka akan berhenti mengata.
Kerana hati mereka juga milik Allah

Arwah ayah dah pesan awal2 lagi "Biar apa orang nak kata, masuk telinga kanan keluar telinga kiri, abih cerita.Yang penting kita tahu apa yg kita buat, just ignore the others". Thanks dad.


HeartNota: Hati tolonglah terus bertahan demi ibu. Nak kuat macam bumblebee kan? So please be strong for your mother . Jangan biarkan air matanya terus mengalir akibat dari mulut2 manusia yg terlampau comel itu.  Biarkan mereka terus berkata2. Semoga mereka2 diberi hidayah oleh Allah.. Semoga Allah redha.


Keep Istiqamah :)


Sunday 6 October 2013

Aku memilihnya kerana DIA

Bismillahirahmanirrahim....

Kenapa aku memilih dia, sedangkan hati aku sekeras batu suatu ketika dulu. Hati ini, milik Yang Maha Esa. Dia yg mengetahui segalanya. Tak pernah terfikir dek akal yg aku bakal berkahwin dengan seorang lelaki yg baru aku kenal dalam masa sehari saja. Namun itulah yg dinamakan jodoh. Pada mulanya hati menolak sekeras2nya permintaan ibu namun siapa aku untuk menolak takdir. Segalanya dari Yang Maha Esa.

Cinta hadir di hati tanpa sebab, tidak diundang, tanpa syarat, tak terbatas oleh ruang, waktu dan jarak yg membentang. Andai cinta itu kerana Allah, biarkanlah Allah mengatur segalanya hingga keindahan itu datang tepat pada waktunya. Jika kita mencintai seseorang belajarlah untuk lebih mencintai Sang Pemberi Cinta itu sendiri. Hati ini mudah berbolak-balik maka serahkanlah rasa yg belum halal itu pada-Nya, berserahlah kerana hanya Allah sebaik-baik penjaga. 

****************************************************

Awak, saya pilih awak kerana agama yg ada pada awak. Saya ikhlas menerima awak setelah nampak kesungguhan awak. Awak terus datang melamar saya untuk diperisteri bukan bahan cubaan dalam percintaan. Terima kasih.

Awak kata awak nak jadi imam solat saya, insyaAllah. Awak nak ganti arwah ayah jaga saya dan lindung diri saya. Awak kata awak nak masuk syurga sama-sama dengan saya sebab awak nak saya jadi bidadari awak kat syurga nanti. Awak nak jadi sebahagian dari keluarga saya. Awak sabar dengan kerenah saya yg kadang2 macam kanak2 ribena. hahaha~ Sungguh saya terharu, terkadang paip air mata ni bocor bila fikir tentang hadiah Allah ini. Begitu sayangnya Allah kat saya. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan walaupun dugaan tempoh pertunangan ni banyak sangat dugaan. Dengan orang2 sekeliling yg sentiasa tidak berpuas hati. Tapi awak selalu ingatkan saya supaya tidak cepat melatah dan kadang2 saya yg ingatkan awak pulak. kihkih~ Kita bercinta after nikah ye awak. Semoga awak menjadi suami dan ayah yg terbaik buat saya dan anak2 saya nanti.
Di kala cinta menyapa
Dunia begitu indah berwarna
Bunga-bunga di hati bersemi
Harum mewangi bagaikan kasturi
Walaupun cinta tak nampak
Namun ia menguasai hidup
Tatkala hati tersentuh cinta
Walaupun cinta tidak berwarna nyata
Tapi ia membekas di kalbu
Wahai Sang Maha Pencipta cinta
Indahnya cinta adalah kurniaanMu
Ajarilah kami hambaMu rasa bersyukur atas segala kurniaMu
Ajari kami bahasa cintaMu yg ikhlas
Ajari kami memaknai cintaMu yg damai dan penuh kasih
agar bersemi di sepanjang musim tanpa pupus
Ya Allah, teguhkanlah hati kami untuk mencintaiMu dan RasulMu di atas segala cinta
Ya Allah anugerahkanlah kami keredhaanMu
Amin Ya Rabbal Alamin....
Dikala hati resah memendam rindu..
Hiasi diri dengan taqwa, perbanyakkan solat, zikir, tilawah, selawat, istighfar dan berbaik sangka, semoga Allah memberi jalan yang terbaik menurutNya..

 Cinta bukan hanya kata-kata bermadah,
tetapi cinta adalah amanah daripada Allah.
Sesungguhnya cinta itu indah kerana ia adalah
kurnia daripada Allah yang Maha Indah.
Justeru, jagalah kesucian dan keindahan cinta itu
dengan berkata kepada kekasihmu...
"Aku cinta kepadamu kerana Allah"
(Cinta Kerana Allah, Ustaz Pahrol Mohd. Juoi)
"Dan nikahlah orang-orang yg sendirian di antara kamu dan orang-orang yg layak berkahwin di antara hamba sahayamu yg perempuan. Jika mereka miskin Dia akan memampukan mereka dengan rezekiNya, dan Allah Maha luas pemberianNya dan Maha Mengetahui (An-Nur : 32)
HeartNote : Ni rahsia Sairah dan mak, "Irah sayang Tok ngan Cik Noor sebab tok baik sangat, Cik Noor baik sangat ngan Irah." Tolong peluk cium kakak untuk saya yer  :') Moga Allah redha dengan hubungan dua keluarga ini. 


Keep Istiqamah :) 


Saturday 5 October 2013

Dad, I will get married

Bismillahirahmanirrahim..

Ting...Ting... Kini menghitung waktu demi waktu untuk menggalas tanggungjawab besar bergelar seorang isteri. Ayah, adakah anakmu ini mampu untuk menggalas tanggungjawab tersebut? Sungguh, kak rindu ayah. Rindu untuk dipeluk, rindu untuk menangis di bahumu melepaskan segala beban yg berada dalam kepala tika ini. Kalau ayah masih di sini mungkin ayahlah orang yg paling sibuk menguruskan segalanya. Sungguh, aku rindu pada seorang lelaki yg bergelar seorang ayah tika ini.

Ayah, kak telah khatam Quran dengan jayanya. Alhamdulillah. Ayah selalu kata dulu, kita akan adakan majlis khatam Quran untuk kak. Sejadah yg ayah beli lama dulu untuk guru mengaji telah selamat kak bagi bersama2 sepasang telekung sembahyang. Tidak ada majlis, tidak ada pulut kuning yg selalu ayah angankan. Maaf. Kak hanya khatam Quran disaksikan Allah yg akan menjadi saksi bahawa seorang guru itu berjaya mengajar anak ini mengenal ayat2 Allah dan mengamalkannya sehingga sekarang. Alhamdulillah. InsyaAllah.

Masih banyak perkara yg belum selesai. Rasa macam tak cukup tangan nak selesaikannya sendirian. Namun di saat itu, Allah menghantarkan kepada anakmu ini ramai pembantu2 untuk meringankan beban. Begitu banyak bantuan yg diterima untuk majlis kesyukuran ini. Semuanya begitu mudah. Allah memudahkan segala urusan anak yatim ini. Sungguh kasih sayang Allah tiada tandingnya. Tidak dibiarkan anakmu ini sendirian melakukan segalanya. Alhamdulillah, terima kasih Allah. 

HeartNote: Kepada semua sponsor2 tudung, pelamin, langsir, makanan untuk majlis tahlil arwah dan majlis kesyukuran yg akan berlangsung nanti, terima kasih banyak2 dari kami sekeluarga. Semoga Allah mengurniakan kalian dengan rezeki yg melimpah ruah. Sungguh anak ini terharu. Moga Allah redha.

Keep Istiqamah :)