Sunday 24 February 2013

Jawapan sebuah persoalan

Menongkat dagu mengusir sepi
Memikirkan apa yang terkandung di hati
Termenung aku sendiri
Kerana hati telah diracuni

Hati bertalu melontarkan pertanyaan
Otak mula ligat mencari jawapan
Apakah kini yang dirasakan
Adakah hanya satu permainan

Dalam diam hati ini telah dicuri
Dalam diam hati mula menyukai
Dalam diam aku mula menyendiri
Dalam diam aku mula merindui

Kerana dalam diam tersimpan kekuatan
Kerana dalam diam tersimpan harapan
Kerana dalam diam tersirat satu perasaan
Mungkin saja akan jadi kenyataan

Namun aku takut ianya satu dosa
Aku takut ianya satu permainan semata
Hadirnya tidak aku duga
Di saat aku ingin mencari redha-Nya

Berkali Engkau pertemukan kami
Berjalan berselisih bahu memang terjadi
Engkau letakkan kami di tempat yang sama
Namun tidak pernah sekali bertegur sapa

Takdir-Mu melebihi segalanya
Kami bertemu juga akhirnya
Ia berlaku tidak ku pinta
Namun sudah tersurat segalanya

Tidak pernah terlintas di fikiran
Kami mula berkenalan dan berkawan
Padahal sudah sekian lama berpandangan
Kerana Allah kami dipertemukan

Aku mula merindui
Dalam diam aku mengasihi
Aku memohon kepada-Nya diberikan kekuatan
Terasa perit apa yang dirasakan

Selesa bergandingan sebagai teman
Itu yang kami rasakan
Kerana antara kami tiada ikatan
Biar Allah yang menentukan

Cinta Allah yang perlu kami dapatkan
Dengan cinta-Nya kami hidup
Kerana cinta-Nya yang kami dambakan

Namun kini tersingkap jua jawapannya
Takdir-Mu melebihi segalanya
Bukan dia jodoh yg ditunggu
Bukan juga bakal imam yg dicari
Kerana kini dia telah dimiliki

Walau bukan ini yg dipinta
Namun segalanya telah tertulis oleh-Nya
Aku redha mengikhlaskan segalanya
Melepaskan segala rasa yg terkurung sekian lama
Kerana ini adalah dari-Nya

Ku usir pergi sebuah kesedihan
Kepada-Nya aku serahkan hati
Memohon kekuatan untuk bangkit kembali 
Dan yakin dengan janji-Nya
Masanya akan tiba jua nanti



Namun....
Aku bersyukur dengan rasa ini
Aku bersyukur dipertemukan dengan dia
Dia membuat aku mencari-Nya
Dia membuat aku lebih cintakan-Nya
Hatiku tenang saatku mengadu pada-Nya
Sesungguhnya DIA sebaik-baik pendengar
Dan kini cintaku pada DIA melebihi segalanya


Keep Smile (^_^)

Thursday 14 February 2013

Fall in love

Dunia............
Aku telah jatuh cinta

Walaweh....
Biar betul minah nih

Mestilah betul
I'm fall in love

Opppssss..
Jangan salah sangka pulak

Sebenarnya....
Jatuh cinta pada alunan Qasidah

Pertama kali dengar memang terus jatuh cinta
Tak dengar sehari macam tak lengkap hidup
Memuji Rasulullah membuatkan diri makin sayang pada Rasulullah
Menyedarkan diri bahawa betapa beruntungnya kita sebagai umat Nabi Muhammad

Baik dengar qasidah dari dengar lagu yg ntah pape jer. kan2?? :)
ni salah satunya... enjoy!!!!

Ya hanana (betapa beruntungnya kami)



Monday 11 February 2013

kepak kepung

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. Syukur pada-Mu Ya Allah. Kau tak pernah tinggalkan diri ini sendirian. Kau tak pernah biarkan aku salah dalam membuat keputusan. Alhamdulillah. Terlihat siapa dia yang sebenarnya. Mujur tidak melangkah lebih jauh. Sesungguhnya kasih sayang-Mu padaku melebihi segalanya. 

*************************
Kepak kepung kepak kepung bunyi kompang bulan ni. Agak ramai kawan-kawan dan cousins yang menamatkan zaman bujang pada tahun ini nampaknya. Tumpang gembira untuk mereka. Semoga mereka bahagia till jannah. Tanggungjawab yang besar bakal mereka pikul. 

Siapa kata makcik tak terasa melihat mereka. Of cos la makcik terasa, dah 27 tahun dah makcik tahun ni.hahahaha~ Tapi keterasaan tu lebih kepada rasa +ve. Sebab masanya belum tiba lagi untuk makcik. Sabar dalam penantian kerana Allah Yang Mengetahui segalanya. Lebih kepada berhusnuzon. Ada hikmah di setiap apa yang berlaku.

Senyum tak perlu kata apa-apa.

Kita merancang dan Allah merancang tapi perancangan Allah yang terbaik kerana DIA lebih tahu apa yang terbaik buat diri kita. 


Keep Smile (~_^)v

Friday 8 February 2013

Bahang rambang

Bismillahirrahmanirrahim. Sebelum mula baca entry ni apa kata kita semua bersyukur. Alhamdulillah for today for another day and another life. Tarik nafas dalam2 and alhamdulillah for new breath. Menenangkan diri dari keserabutan bukanlah senang sebenarnya. Tapi bila ingat yg banyaknya nikmat yg Allah bagi selama ni serabut tu terus hilang. Siyes..siyes..

Ok, sekarang back to the topic. Siyes serabut bila orang masuk campur dalam hidup kita kan. Diorang ni nak tolong aku untuk serabutkan jiwa aku ker erh? Takde jawapan la pulak. Adoi.. Ada ke patut pergi jual nombor fon aku kat kawan2 diorang. Apa kes. I'm not desperate lagi la nk kawin. Dah tu nak memaksa pulak. Takde keje dah korang ek. Ke korang tengah praktis camne nak jadi ejen cari jodoh ek. Kalau nak jadi ejen cari jodoh pun janganlah jadikan aku bahan ujukaji. Tension tau. *Tersenyum teringat mesej yg dapat*

Yang sorang bagi anak sedara dia, yang sorang lagi bagi kawan baik dia. Diorang ni pun agak-agakla. Aku tak mintak pun korang cari jodoh kat aku kan. Kalau nak kawan tu no hal la tapi ni paksa aku kawin pulak. Kenal pun tidak nak kawin. Takde kes g cari kes.huhuhu. Aku nak jodoh dari Allah.

Sindir aku segala bagai, paksa aku terima yang tak tahan tu. Ok bro, awak pun tak kenal saya pun tau. Yang awak nak g dengar mak sedara awak tu apa kes. Saya ni bukan perempuan melayu terakhir la. Jangan nak puji melambung2, kena sekeh baru tau. hahaha~ Look. saya memang tak memilih tapi biarla saya kenal awak tu sape dulu. Ni tak main aci redah jer nak kawin ngan saya. Ntah awak ni cukup solat ke tak, baik ke jahat, jenis pukul wanita ke tak saya tak tahu, bukan leh caya bila awak cakap. Lelaki kan. Kata-kata lebih manis dari gula. Kena urung ngan semut baru tau.muahaha.

Memang la sebelum awak kawan ngan saya awak mintak izin ngan ibu saya dulu. Hmmm, mungkin dah gentleman kot tapi kalu main redah luah sayang cinta bagai tu tak boleh la. Siyes geliiiiii. Aku bukan boleh orang2 jiwang ni. Bukan suami aku lagi. eeee, anybody help me!!! hohohoho~ Ibu saya pun tak pernah paksa saya kawin tau, tak pernah desak saya pun. Awak sape nak desak2 saya bagai. Kenal batang hidung pun tak. Ish dia ni memang nak kena la. Tak kenal lagi cik Onn ni sape. Kalau marah singa pun kalah tau. hakhak~ Kan dah kena basuh ngan ibu Cik Onn, gara2 awak paksa her only daughther ni. Padan muka.hikhik~

Macam mana nak cakap ek? Bukan saya menolak kalau betul awak jodoh saya cuma biarla Allah yang menentukan segalanya. Serik?? yes, saya serik. Orang yg jadi suami saya je saya akan sayang. Orang lain tak boleh. Paham??? Marah ni tau..hihihihi~

Doa banyak2 jangan duk canang cinta dan sayang awak tu. Saya tak nak dengar tu sume. Yang penting istikharah la. Mintak petunjuk kat Allah. Allah kan lebih tahu apa yg terbaik buat kita. Kalau betul saya ni jodoh awak doakan agar Allah permudahkan segalanya dan jumpala ibu dan abang saya. Jangan main bahang rambang jer. Saya ni hak Allah yang diamanahkan kepada ibu dan abang untuk dijaga sementara waktu.

Mak ai, panjangnya cik Onn mengarang. Kenapa la dia ni suka mengarang ek. Ada jer yang dia nak karang. Takde keje betul la dia ni. Ok la, dia nak kena g beli ikan, ayam, sayur mayur pulak. Satu lagi kejenya sekarang ni memasak walaupun tak sedap.wakaka. Ibu dah seminggu lebih tak boleh bangun. Please pray for my mom k. Doakan dia cepat sembuh. Tq guys..


Keep Smile (~_^)v


Sunday 3 February 2013

Pergilah kesedihan


Jiwa sakit, badan sakit. Hilai tawa diganti dengan makian, tepikan dan sergahan. Andai masa bisa diundur ingin kembali ke masa lalu. Masa yang dipenuhi dengan senda gurau ayah, ibu, abang dan adik-adik. Namun semuanya hilang dengan hilangnya seorang ayah. Tabahkan hatiku Ya Allah. Sesungguhnya aku hamba yang lemah. Tanpa-Mu aku hilang arah. Kuatkan hati dan diri ini dalam melalui hari-hari mendatang. Ada hikmah disebalik semua ini. Bantulah aku untuk terus tersenyum walau dalam tangisan. 


Keep Smile (~_^)v