Thursday 30 August 2012

Qalbu



Wahai hati..
Apakah perkhabaran dirimu sekarang?
Sihatkah dikau dalam menempuh hari-hari yang makin sukar ini?

Aku tidak pasti kenapa aku kerap mengingatkan dikau kini,
Kata orang kau semakin berubah,
Jika dulu kau sentiasa sejuk dengan zikrullah,
Kini kau semakin culas dengannya.
Mengapa bisa jadi begitu wahai hati?

Jika dulu dikau rajin berjalan menuju ke Masjid di subuh hari,
Berpakaian suci dan bersih
Untuk bertemu Rabbmu Yang Maha Agung,
Namun mengapa kini kau jarang ke sana?
Cukup jarang sekali...

Ke mana dirimu di waktu subuh?
Masih dibuai mimpi lena yang tiada sudah,
Ketika setiap hamba menyahut seruan Illahi,
Mengorak langkah ke masjid,
Memperbanyakkan zikir dan fikir,
Ke mana dirimu saat itu wahai hati.

Jika dulu setiap kata-katamu cukup berhemah,
Diselangi dengan ayat-ayat Allah,
Rasa takut dan gerun dengan azabNya,
Mengapa kini lidahmu tidak bertulang,
Cukup mudah dikau bermadah,
Walau songsang maksud dan tiada tujuannya.

Wahai hati...
Kesibukan apakah yang sedang melanda dirimu?
Apakah dikau asyik memikirkan soal duniamu?
Hingga dikau tidak lagi seronok bersama Rabbmu.

Di mana Tahajjudmu?
Di mana Dhuhamu?
Di mana Hajatmu?
Di mana Taubatmu?
Kini jarang sekali dikau dirikan
Atau mungkin dirimu telah hanyut dalam duniawi
Hingga Dia kau lupakan.

Sedarkah dirimu wahai hati,
Urusan duniamu untuk siapa?
Insaflah wahai hati.
Insaflah untuk selamanya...

Duhai hati...
Sungguh aku takut,
Sungguh aku risau,
Sungguh aku gerun,
Tidak mahu dikau berterusan begini.

Rosak dirimu maka rosaklah seluruh diriku,
Baik dirimu maka eloklah diriku,
Besegeralah engkau ke arah mencapai MardhatillahNya,
Mencari REDHA ILLAHI....

Tuesday 28 August 2012

Bersawang

Dah lama rasanya tak terupdate blog ni..Berhabuk tambah berdaki dah blog ni, bersawang pun ade agaknya..kikiki~ Bukan sebab sibuk tp disebabkan ketiadaan internet akibat dari modem dipanah petir sehari sebelum raye..Arini barulah ok bile modem baru terpasang..
Hai, labah2 dah buat sarang..hahahha

Padan muka...Tula sape suruh main tenet bile dengar guruh kat langit nung.. (Ni adik aku punya pasal la ni)

Kita masih dalam suasana raye lagi kan?? Biar lambat pun, aku nak ucap jugak Selamat Hari Raya buat semua. hihihih~ Raye yg tak seperti raye pun bagi aku tahun ni..

Nak tau sebabnya?? Ntah, aku pun tak tau.wakakaka (Gelong dah aku ni rupenya)
Raye bertiga kot, tu yg tak best tu.. Along pulak turn raya di kedah tahun ni. Dah jadi orang Aloq Setaq dah abang aku tu..hihihi~

Anyway semakin lame rseny makin teruk keadaan aku ni..Awat leh jadi lagu ni erk?? No answer for that question.. Jangan mereng sudahla..hahaha~ Yang aku tau aku rindu pada yg tiada di sisi... Namun he's always in my heart.. Kak sayang ayoh~

Keep Smile (0_0)

Saturday 11 August 2012

Hidup dan aiskrim

Kata orang "Hidup ini macam aiskrim, nikmatilah ia sebelum cair"
Namun sedarkah kita bahawa terlalu banyak aiskrim akan memudaratkan juga..kikiki~

Selalu terdetik di hati kenapa aku harus menghadapi hidup yang sulit sedangkan semua orang aku lihat bahagia saja. Aku tahu hidup setiap orang tidak sama namun itulah yang sering terlintas apabila sesuatu masalah mula menimpa sedangkan aku tahu tidak sepatutnya aku mengeluh dengan masalah yang terjadi kerana itu adalah dugaan dariNya. Namun itulah sikap manusia kan. huhuhuhu~

Kata ibu, "Kesedihan tidak akan abadi..tersenyumlah kerana itu yang lebih sesuai denganmu"

Roda kehidupan selalu berputar dan tidak akan pernah berhenti sehinggalah sampai masanya nanti. Adakalanya bahagia terasa, sedih merintih juga air mata.

Namun tanpa kita sedar Allah selalu melihat kita dan tahu apa yang terbaik buat kita. Allah memberi apa yang kita perlukan bukan apa yang kita inginkan. Hidup akan terus berjalan meski hati tidak menginginkannya, yang kita cintai pasti akan pergi jua, yang didamba juga akan hilang namun Allah sentiasa di sisi kita tanpa kita sedari.

Ini semua adalah ujian dariNya dan Allah tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan seorang hamba itu. Bukankah hadirnya manusia itu untuk di uji? Kerana hidup ini adalah satu ujian. Untuk menguji setakat mana keimanan kita kepadaNya.

Seorang hamba akan rapuh tanpa tuannya, begitu juga kita sebagai seorang hamba kepada Pencipta kita. Maka hanya padaNya tempat kita menggantungkan segala harapan. Allah yang selalu memberi di saat kita meminta. Dia akan berikan apa jua yang terbaik buat kita maka tidak ada alasan bagi kita untuk mengeluh atas semua pemberianNya.

Yang terjadi adalah kehendak dariNya. Semuanya berjalan atas rencanaNya. Selalu ada hikmah disebalik musibah, selalu ada kemudahan setelah kesulitan. Janji Allah itu pasti.

Semua akan indah pada masanya, maka bersabarlah wahai hati.

Maniskanlah hidupmu
Indahkanlah harimu
Jangan sesekali leka
Jangan alpa
Ingatlah Allah
Setiap detik, setiap masa
Berbahagialah dalam keindahan dan kemanisan iman.....

"Tersenyumlah wahai sahabat..Semua yang terjadi akan berakhir dan kembali kepadaNya"

Keep Smile (~_~)

Sunday 5 August 2012

Perjalanan

Serasa lama jari tidak menari di sini. Semakin banyak kejadian yang menimpa semakin kuat dirasakan. Namun sekuat mana pun bertahan aku tetap manusia. Perjalanan semakin berliku namun masih panjang selagi masih bernafas dan nadi terus berdenyut.

Ramadhan semakin menuju ke pengakhirannya, syawal pula makin menjelma. Mungkinkah akan ada lagi ramadhan untuk aku pada tahun depan? Hanya Dia yang mengetahui. Hidup aku tetap begini. Sampai bilakah semua ini akan berakhir hanya Allah yang mengetahuinya.

Hanya 3bulan aku dapat bertahan, kini kembali pada asalnya. Seorang pengganggur terhormat. hihihi~ Bukan ini yang aku mahukan tapi ini yang terjadi. Dugaan kian mencabar kesabaran. Namun aku sedar ada hikmah disebalik semua ini.

Bukankah Allah turunkan ujian tanda kasih sayangnya? So tabahlah wahai hati. Yakinlah akan janji Penciptamu.


Keep Smile (^_^)