Thursday 27 December 2012

Kemaafan



Ya Allah...
Ketika aku melakukan kesalahan kepada orang lain,
Anugerahkanlah aku kekuatan untuk meminta maaf.

Dan..
Ketika orang melakukan kesalahan kepadaku,
Anugerahkan aku kekuatan untuk memberi kemaafan.

Keep Smile (~______~)

Monday 24 December 2012

Kerana aku seorang muslimah

----> Kerana aku seorang muslimah... Aku bersyukur apa adanya aku. Aku belajar menerima takdir dari-Nya dengan redha. Aku di sini kerana cinta-Nya buatku. Walau aku dicaci dan dihina, tidak sesekali aku mengalah.

----> Aku bukan muslimah yang mudah menyerah kalah. Aku tidak pernah kenal erti jatuh yang tidak bisa bangun. Aku bukan muslimah yang lemah dan lembik. Allahuakbar!!!

----> Aku bukan muslimah yang mengada-ngada. Tidak mampu berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri yang hanya tahu bergantung kepada orang lain. Aku bukan muslimah yang penakut dan pengecut dan aku tidak akan kalah pada cabaran hidup.

----> Aku ingin menjadi muslimah yang lembut namun tegas. Yang mempunyai hati yang kuat. Yang tidak akan lari dari masalah tetapi menghadapinya dengan berani. Dengan bersandarkan keyakinan bahawa DIA sentiasa di sisi, aku tidak akan pernah takut. Aku ingin memiliki hati yang bisa dilentur namun tidak mudah untuk dipatahkan.

----> Akan ku sapu air mata ini dengan semangat yang baru. Semangat yang lahir dari kekuatan yang dihembus oleh-Nya. Aku muslimah yang ditarbiyah. Aku ada DIA. Cukup DIA, Allah Yang Maha Esa. Kerana aku adalah seorang muslimah.




Keep Smile (^_^)


Sunday 23 December 2012

Aku yang menangis lagi

Sungguh aku sakit.
Teramat sakit.
Muka mula membengkak akibat tumbukan sebentar tadi
Tangisan mula menggila.
Teresak-esak menahan tangis.
Siapa yang akan menolongku kini.
Kepada-Mu aku berserah Ya Allah.



Ya Tuhan, dugaan apa yang sedang Engkau berikan kepada hamba-Mu ini. Sungguh aku tidak kuat lagi.  

Hadiah dari Allah

Tatkala bersendirian
Fikiran mula menerawang jauh.
Terbaring lesu tidak berdaya
Kesakitan yang kadang-kadang menggila
Melumpuhkan segala pergerakan
Tangisan mula melemahkan minda

Hati dan iman mula berperang
Dalam sedar dan lupa
Apa lagi yang harus dilakukan
Bilakah semuanya akan berakhir
Namun itu hanya bermain difikiran


Aku....masih begini
Dan terus begini
Andai ini yang tersurat
Aku akan terus melangkah
Walaupun ianya longlai
Kerana ini sudah ditakdirkan

Anggap saja ini dugaan dan ujian dari Yang Maha Kuasa
Dari DIA kita datang
Dan kepada DIA jua kita kembali
Bukan senang untuk diuji
Hanya orang terpilih mampu melalui
Alhamdulillah!
Allahuakbar!

Ujian adalah tarbiah dari Allah Taala
Semakin dekat kita kepadaNya
Semakin kuat pula ribut taufan melanda
Usah resah bila diuji
Pasti kebahagiaan itu bakal dimiliki
Kerana janji Allah itu pasti


Keep Smile (^_^)v


Friday 14 December 2012

I don't mind

Biar dia salah sangka.
Biar dia salah menduga,
Biar dia salah anggap.
Biar dia tahu yang buruk,
Sebelum dia mengharap sesuatu yang baik-baik dari aku,
Kalau betul dia ikhlas,
Dia akan menerima segala kekurangan yang ada,
Dari mengharap yang baik dan sempurna,
Biar dia tahu aku tak pandai itu, tak pandai ini,
Biar dia tahu aku tak mungkin dapat memenuhi kriteria dia yang tinggi melangit itu,
Biar dia tahu aku pernah mempunyai masa lalu,
Namun aku masih lagi mempunyai masa depan,
Biar dia tahu, biar dia buat keputusan,
Siapa diri aku yang sebenarnya,
Diri yang kekurangan mengatasi kelebihan,
Supaya dia tidak tertipu,
Supaya dia tidak akan menyesal kelak,
Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan,
Sedangkan diri ini banyak kelemahan dan kekurangan,

Kalau dia mencari yang solehah
Ternyata bukan aku
Kalau dia melihat pada kecantikan luaran
Dia takkan sesekali pandang pada aku
Kalau dia mencari yang cerdik pandai
Jauh sekali dengan diriku
Kalau dia mencari yang perlu dibimbing,yang perlu diajar
Ternyata itu adalah aku
Kerana aku masih berusaha untuk menjadi seorang muslimah untuk agamaku

Kadang-kadang tanpa sedar marah tidak semena
Kadang-kadang berkecil hati tidak tentu pasal
Kadang-kadang suara tertinggi tidak sedar
Namun itulah aku
Kerana ini adalah aku yang sebenarnya.

So, i really2 don't mind. Ada jodoh ada lah kan?? I put my trust on Allah more :')
Aku lebih preferred dilihat sebagai diri aku yang serba tak sempurna, biarlah dia nampak segala kekurangan diri dari membiarkan dia terus berangan bahawa aku adalah seorang yang sempurna. 
Nobody perfect kan? Except Allah. :')
I am who I am. I am glad to be me and I just show the true of me. Tak payah nak plastik2 sangatlah. Tergedik sana sini, buat sakit mata orang lain jer. 



If you love somebody it doesn't mean that you must show it. Just keep silent and pray hard so that one day Allah will reunite both of you with His blessing and full of barakah. InsyaAllah.


Keep Smile (~_^)v



Wednesday 5 December 2012

#Wordless on Wednesday

Bahagia.
(~_o)
Itu yang tiba-tiba dirasakan kini. Rasa itu sangat indah seperti berada di taman bunga yang penuh dengan bunga sakura. (~_o) wink2

 

Saat pertama aku mengenal jalan tarbiyyah, aku terus jatuh cinta. Hari-hari aku terlakar dengan senyuman. Ya Allah, terima kasih atas perasaan ini. Kerana perasaan cinta, bahagia dan suka itu sesungguhnya dari Engkau. Dan aku akan terus belajar dan belajar untuk mensyukuri segala nikmat-nikmat yang Engkau berikan kepadaku. Eventhough I'm the weakest person but Allah always there for me. Semoga Allah redha dengan segala yang dirasakan kini.

Keep Smile (~_*)v

Monday 3 December 2012

Dia bukan untukku

Teman....
Pernahkah kamu merasakan bahawa kamu telah dipertemukan dengan seseorang yang sekepala denganmu sehingga kamu merasa bahawa dialah teman sehaluanmu. Namun kamu harus merasakan kekecewaan kerana 'dia bukan untukmu'.

Teman....
Pernahkah kamu ingin menjerit sekuat hati dan membiarkan seluruh alam mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu tatkala kamu tidak dapat melenyapkan 'dia yang bukan untukmu' dari hati dan fikiranmu?

Teman....
Pernahkah kau ingin menangis melepaskan segala beban di hatimu namun 'dia yang bukan untukmu' itu terus berada kuat dalam hatimu?

Teman....
Pernahkah kamu begitu rindukan dia bahkan dalam lenamu kamu masih merinduinya walaupun kamu merasakan telah melupakan 'dia yang bukan untukmu'?

Teman....
Pernahkah kamu terus dan terus berusaha untuk menjaga hati dan mengisi hatimu dengan 'taqarrub Illallah' kerana kamu sedar bahawa semua ini adalah sebahagian dari ujian untukmu kerana Dia amat menyayangimu?



Untukmu 'sayang yang bukan sayangku', di saat aku tengah bergelut untuk lebih kaffah dan istiqamah dalam menjalankan ajaran agamaku, di saat aku sedang berusaha menyalakan kembali keislamanku yang semakin redup, kamu datang padaku membawa kesejukan, membawa semangat perjuangan untukku sehingga kebimbangan dan ketakutan berlalu pergi dariku. Namun 'sayang yang bukan sayangku', mengapa kamu datang di saat yang tidak tepat?

Duhai 'sayang yang bukan sayangku', mengapa kamu tiba-tiba datang dalam hidupku tanpa sempat aku mengelak dan berlari menghindar dan menjauhimu? Tanpa sempat aku dirikan tembok dan benteng yang kukuh sehingga kamu tidak bisa memasuki hidupku?

Wahai 'sayang yang bukan sayangku'. aku sedar dirimu tidak bisa aku salahkan bahkan aku selalu berhusnuzon terhadapmu kerana aku yakin kamu pun langsung tidak menyedari bahawa dirimulah penyebab semua ini. 

'Sayang yang bukan sayangku', sebenarnya banyak pertanyaan yang ingin aku ajukan kepadamu. Pertanyaan yang tidak bleh aku temui jawapannya kerana hanya kamu yang ada jawapannya, namun itu adalah mustahil.

Ya Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Aku memonhon kepada-Mu..
Bila rasa yang pernah ada padaku untuk 'sayang yang bukan sayangku' adalah hal yang salah dan tidak Engkau redhai, amunilah aku hamba-Mu yang penuh dengan dosa ini. 
Semoga Engkau mempertemukanku dengan si dia yang baik untuk diriku, keluargaku dan agamaku.


Keep Smile (^_^)v

Saturday 1 December 2012

#WordLess

Aku telah berusaha..
Aku telah mencuba..
Tapi....
Adakah aku harus menunggu dan menunggu..
Bilakah pelangi indah itu akan muncul...


Innalillahiwainnailairojiun.. Aku di uji lagi Ya Allah.
Allahuakbar...Kau kuatkanlah aku menghadapi semua dugaan ini demi menggapai redha-Mu.


Keep Smile (~_^)v