Thursday 26 June 2014

When I Miss

Bismillahirahmanirrahim...

He was my bestfriend, my ayah and my good listener
Bila rindu bertandang...
Kak tak mampu peluk ayah lagi
Tak mampu cium pipi ayah lagi
Tak mampu bercerita dengan ayah lagi
Tak mampu bermanja dengan ayah lagi

Ayah...
Tunggu kak kat sana ye
Kak rindu ayah sangat2
Terima kasih kerana selalu hadir dalam mimpi2 kak

Allah...
Tolong jaga ayah kat sana
Jauhkan ayah dari azab kubur-Mu

Al-Fatihah

I Miss You Ayah

Monday 16 June 2014

Kami S.A.H.A.B.A.T

Bismillahirahmanirahim...

Khas buatmu yang bernama sahabat, teman, kawan... MUSLIMAH SOLEHAH BINTI ISMAIL

Kita adik beradik. Berbeza ibu berlainan ayah. Namun kita sama kerana aku sayang kamu, kamu sayang aku. Kerana ukhuwah ini adalah kerana Allah. Insyaallah kekal ke syurga sana. 

Pernah tak kita gaduh erh?? Gaduh manja adalah kot. kan..kan..kihkih. Yelah kita masing-masing kan keras kepala. Asyik ikut kepala sendiri je, bukan nak dengar kata orang. hohohoho~ Even lepas aku kawin pn kt still bersama walau aku di Terengganu kau di KL. Harap ukhwah ini akan kekal selamanya. Terima kasih untuk segalanya teman.


Kau lah sahabatku setia menemaniku dalam duka dalam suka
InsyaAllah sahabatku hingga ke syurga sana



Monday 2 June 2014

Sekeping Hati

Bismillahirahmanirrahim...

Hati
kenapa kau busuk
Kenapa kau iri
Kenapa kau tidak pernah bersyukur
Kenapa kau tidak pernah puas

Hati
Kenapa kau sakiti orang lain
Kenapa kau terlalu mengikut kehendak

 

Kerana hati kini ramai yang menderita
Kerana hati aku kehilangan
Kerana hati semua berantakan

Wahai hati
Janganlah kau bersedih
Janganlah sesekali kau rapuh
Janganlah kau membuatkan aku menangis lagi
Janganlah mengalah sebelum berjuang

Wahai hati
Walau di saat segalanya sukar
Janganlah kau rebah
Kerana aku perlu berjuang
meneruskan hidup ini

Wahai hati
Bersabarlah..
Kerana Allah sentiasa bersama orang yang sabar
Ingatlah bahawa Allah sentiasa melihatmu

Wahai hati
Lepaskan segalanya
Redhalah dengan segala yang berlaku
Tiada apa di dunia ini milik aku
Kesemuanya adalah milik Yang Maha Esa

Duhai hati..Tetaplah pada jalan-Nya.

Rasulullah saw. bersabda, “Hindarilah dengki karena dengki itu memakan (menghancurkan) kebaikan sebagaimana api memakan (menghancurkan) kayu bakar.” (Abu Daud).

Keep Istiqamah :)