Sunday 16 June 2013

Aku sayang dia

Bismillahirahmanirrahim...

Selamat Hari Bapa kepada semua yg bergelar ayah, abah, walid, abi, papa, daddy or anything else yg sme mksudnya dengan seorang ayah. Kalau 3 tahun lepas pada waktu ni mesti aku tengah berbual dengan ayah mengucapkan selamat hari bapa kepadanya. Rindu? Of cos la aku rindu, rindu nak dengar suaranya bercerita itu ini. hihihi~


When my father still alive, I didn't even say I love him but now he is in my prayer everyday. From bottom of my heart, I just want to say that I am very thankful to Allah SWT because made you to be my dad. I would not chosen any other dad other than you if the choice has given to me. Ayah, I love you.

HeartNote: I just want to be the best daughter. Semoga ayah tenang di sana. Al-fatihah.


Keep Smile :)


Wednesday 12 June 2013

Aku yg masih sendiri

Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Bersyukur kerana Allah masih memberikan peluang untuk terus hidup dan melakukan ibadah hanya kepada-Nya. Subhanallah. Begitu besar nikmat yg Allah bagi kepada kita semua. So siapa kita untuk membesarkan diri yg memang takkan pernah besar tu.

Bagi mereka-mereka yg masih sendiri dan masih dalam pencarian akan belahan jiwa pastilah akan penuh dengan tanda tanya. 

Di mana dia??
Siapa dia??
Bagaimana rupanya??
Dia yg akan menyempurnakan separuh lagi agamaku...
Dia yg akan menjadi pendamping hidup...
Dia yg akan menjadi imamku...
Dia yg akan menemani dalam suka dan duka...
Dia yg akan memimpin tangan ini bersama2 menuju jannah Allah...


Di kala menyendiri, gelisah dan resah seringkali singgah ditangkai hati, menghadirkan segunung tanda tanya yg tidak tidak akan terjawab oleh sesiapa. Sehinggakan letih mula menyerang diri dan mula pasrah pada segala apa yg akan berlaku,

Namun....
.
Jangan sesekali biarkan itu terjadi kerana sesuatu yg bererti harus diperjuangkan. 
Andai penat mula melanda berehatlah sejenak tapi jangan sesekali berhenti kerana bila saja perjalanan ini berhenti maka hidup ini sudah berkesudahan. Segala perjuanganmu selama ini tidak bererti dan sia-sia.
Yakinlah dan katakanlah pada hati, bahawa janji Allah itu pasti. Segala sesuatu untukmu telah ditetapkan termasuk jodohmu. Semua itu tidak pernah salah, keliru apalagi tertukar. Semua ada masanya. Masa yg tepat sesuai yg dikehendaki dan direncanakan oleh-Nya.

Dan....

Semestinya rencana-Nya pasti sentiasa baik dan indah.
Jadi bersangka baiklah pada-Nya

Heartnote: Apabila sampai masanya, Allah pasti mempermudahkan segalanya. Bersabarlah wahai hati. Semuanya akan indah apabila tiba masanya nanti. Semoga Allah redha.


Keep Smile (~_^)

Friday 7 June 2013

Trg - KL - Johor

Bismilllahirahmanirahim...

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah.. Selamat tiba di negeri tercinta setelah hampir 2 minggu menghabiskan masa di KL and JB. Mak ai, jalan saje cik Kiah ni. hahaha. Nak buat camne dah mengikut rombongan kawin kan? Diri sendiri tak tahu bila kawin so kita ikut rombongan cukuplah.kihkih~ Selamat Pengantin Baru.















Baru setahun tak ke KL dah salah naik tren. Kelakar betul la cik Kiah ni. Dah la bawak orang, boleh pulak dia menonong naik tren tak tengok platform.kahkah~ Alahai cik Kiah. Tapi alhamdulillah sampai jugak tempat yg dituju.hihihi~ Orang kata tak sesat kita tak belajar kan? Dah banyak kali naik tren pun boleh salah lagi ker? Tula, lain kali jangan menonong jer jalan tu tak tengok kiri kanan, main hentam jer.

Hilang segala stress2 yg ada dalam kepala bila keluar dari kampung ni walaupun sekejap. Ai, bunyi macam patah hati jer. huhuhu~ Hati ni dah membara beb, nasib baik beloved bestfren ajak g Johor kalau tak mahunya aku meletup kat umah ni akibat dari mulut2 cabul yg suka jaga tepi kain orang.

Aku keluar payah, aku tak keluar pun payah. Bila keluar umah dituduhnya keluar ngan jantan. Bila tak keluar pulak katanya aku ni kera sumbang. Manusia...ooo..manusia.. Alahai mak cik, saya ni walaupun tak berapa nak baik sangat tapi saya ni bukan jenis keluar ngan jantan tau. Saya ni tak main la pakwe2 ni, takde class..hahaha~ Lain kali sebelum nak kata kat orang mak cik tengok anak sendiri dulu yer?? Lagi bagus rasanya dari jaga tepi kain saya yg tak koyak ni.

Walaupun saya ni tak berapa nak baik sangat, mak dengan arwah ayah dah bagi didikan agama kat saya. Saya boleh pk mane baik mane buruk la mak cik. Saya sayang ibu and ayah saya, saya nak kami sama2 masuk syurga bukan heret diorang ke neraka. Ayah saya hantar saya belajar tinggi2 utk saya jadi orang berguna bukan menconteng arang kat muka diorang. Nasib la saya ni bukan jenis berjawab kalu ngan orang tua, kalau tak masuk angin keluar asap la makcik tu kena ngan mulut pedas saya ni.

Ni la contoh orang Melayu, bukan ke kita kena selalu berhusnuzon ker?? Sentiasa bersangka baik dengan jiran bukannya duk mengumpat mengata yg bukan2. Ni tak, sume citer aku nak dijadikan sensasi. Tu tak termasuk lagi cerita2 lain. Kalau tak tau duk diam2 sudah. Macam orang yg tak bertamadun je. Panas jer telinga cik Kiah ni dengar tau.

Tapi takpela, diorang nak bagi aku pahala free. Time kasih ye pak cik and mak cik semua. Time kasih bebanyak. Hanya Allah yg dapat balas segalanya. Peace no war.
Semoga Allah redha


Keep Smile (~_^)