Tuesday 17 July 2012

Seharusnya

I still remember that word....
"Kalu boleh aku nok mung tunggu aku, 3 tahun lagi. insyaAllah. Tapi kalu mung jupe orang lain xpela namun kalu boleh aku nok mung tunggu aku, aku berharap sangat. Biarlah masa yang menentukan."

Sampai sekarang aku still remember it. Kerana kata-kata itu jugaklah aku berharap. Namun kuasa Allah tiada siapa yang tahu.
Redha Allah dan CintaNya yang aku cari. Biarlah semuanya menjadi rahsia.

Silence.
Kerana itu aku tidak meluahkan apa yang aku rasa dan aku hanya berserah kepada Allah.
Namun aku redha kalau ini yang tersurat dan tersirat.
Siapa aku untuk mengubahnya.
Masa tidak memihak kepada aku dan sekali lagi aku kecewa kerana dia memilih yang lain.

Punah. Sekali lagi hati hancur.
Adakah aku tidak berhak bahagia??
Astaghfirullah. Aku tidak sepatutnya berfikiran sedemikian.

No words to say. Just accept it, redha.
Aku yakin dengan janjiNya.

Masa berjalan seperti biasa malah makin laju dari kebiasaannya. Terasa hari-hari yang dilalui semakin pendek.
Adakah khayalan atau kenyataan???

Aku doakan semuanya baik-baik belaka dan aku tetap di jalan ini.

Keep Smile (^_^)

Saturday 14 July 2012

O tanjō-bi omedetōgozaimasu

Alhamdulillah. I'm 26 already. Sungguh cepat masa berlalu. Bermakna bertambah lagi usia. Cuba flashback balik ape yang telah terjadi selama 26 tahun ni. Suka. Duka. Pahit. Manis. Masam. Masin. Tawar. Gembira. Sedih. Semuanya ada. Cukup lengkap Allah bagi. Alhamdulillah.

Jalan hidup ini indah sangat. Ceritanya ditulis oleh Allah dan aku sebagai pelakonnya. Langsung tiada cacat cela kerana Allah Maha Sempurna so jalan ceritanya semuanya sempurna. There are no error or mistakes. Ceritaku yang selama ini dipenuhi dengan kegembiraan, tangisan. Jatuh bangun semuanya ada. Perfect kan? So siapalah aku untuk mendustakan nikmat yang telah Allah berikan.


Walaupun dah 26 tahun hidup namun rasanya baru beberapa tahun aku mengenal erti hidup. Baru terasa yang hidup ini begitu bererti. Baru beberapa tahun aku mengenal-Mu. Umur yang boleh dikira sebagai baru nak belajar bertatih. Kini cintaku padaNya mula bertasbih. Walaupun di saat itu kesakitan yang dirasakan namun aku tahu Kau tak pernah jauh menjadikan aku lebih tegar untuk melangkah. Menjadikan aku lebih kuat dalam menghadapi segalanya. Dan aku tetap memilih jalan yang telah Kau sediakan untukku. Tidak pernah sesekali berfikir untuk berundur. Semoga aku terus istiqomah di jalan-Mu. Sebak. Tangisan itu menyedarkan aku tentang kebesaran-Mu Ya Allah.

Nak dapat syurga bukan mudah kan?? Bila ditanya samada syurga or neraka yang menjadi pilihan semestinya syurga yang akan dijawabkan? Namun apa yang kau buat di dunia ini untuk memperoleh syurga?
Beringat kepada diri jangan judge orang lain dengan mata kasar kerana pandangan mata selalu menipu. Kita semua adalah sama di mata Allah. Yang membezakan hanyalah amal kita.

Bersyukur kerana masih lagi diberi kesempatan untuk membahagiakan orang-orang di sekeliling walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan diri sendiri namun itu semua sudah cukup untuk membuat aku tersenyum bahagia. Kebahagiaan mereka adalah kebahagiaan aku.

Hope dengan masuknya umur 26 ni, i will be more matured. Tidak semua apa yang kita nak kita akan dapat. Berusaha untuk mendapatkannya bukan menunggu untuk dapat. Allah tidak akan mengubah nasib hambaNya melainkan hambaNya berusaha untuk mengubahnya. Wallahualam


Keep Smile (^_^)


Saturday 7 July 2012

Kasih manusia...Cinta Allah

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih tuhan tiada bertepi
sayang Tuhan janjinya pasti

~Raihan ~

Benarlah, kasih manusia itu bermusim. Sayang manusia akan hilang. Hanya cinta Allah yang akan menyinari hidup. 

Dia........datang kemudian pergi
Segala kata-katanya masih terngiang
"Biarlah masa yang menentukan"
Dan kini semuanya telah berlalu
Aku..........hanya teman di kala kesunyian
Mutiara jernih itu gugur lagi
Mungkin ini yang terbaik
Aku redha melepaskan segalanya

Ya Allah berikan aku sedikit kekuatan kali ini
Kerana hati ini mulai rapuh
Jika dia bukan jodohku
Jauhkan aku dan dia

~Fake Smile~
Mula menghiasi bibir

**********************************************
Hati....
Mengapa kau degil
Aku pernah bilang dulu
Sekarang sakitnya kembali kau rasa

**********************************************
Kebahagiaan akan menjelma jua
Yakin lah dengan janji Tuhan-Mu
Mungkin ini yang terbaik untukmu kali ini

Kini.....
Kembali pada asalnya.


Keep Smile ~_*

no words II

Seorang demi seorang
Lari meninggalkan diri
Terkontang kanting
Tiada lagi tangan menggapai

Kini keseorangan
Mutiara itu gugur lagi
Semakin lama semakin laju
Hanya Allah yang mengetahui

Lari..............
Sejauh-jauhnya
Bukan kerana dendam
Tapi menenangkan keadaan

Andai ini yang tersurat
Akan aku cuba terima
Walaupun payah
Namun ini yang terbaik

Senyum walau dalam duka

^_~ Keep Smile

Wednesday 4 July 2012

Hujan di malam Nisfu Syaaban

Alhamdulillah...
Hujan yg turun setelah selesai bacaan yassin dan tahlil di surau menunjukkan betapa Allah menurunkan rahmat di malam Nisfu Syaaban.

Betapa hati sayu melihat turunnya hujan.
Bukan kerana kesedihan
Namun kerana kebesaran Allah
Lebat turunnya ke bumi
Membasuh dosa-dosa semalam

Aku lihat gugurnya ke bumi
Setidaknya ia mampu membasuh hatiku
Semoga aku terus istiqamah di jalanNya

Indahnya malam Nisfu Syaaban kali ini
Hujan rahmat hadiah dariNya
Semoga kita sama-sama berubah ke arah kebaikan
Redha Allah yang kita dambakan.



~_~ Keep Smile