Tuesday 15 July 2014

Turn to 28

Bismillahirahmanirahim...

14 Julai 2014, umo dah masuk 28. Alhamdulillah. 2 tahun lg dah nak masuk 3 series. Tua dah kan. Hahaha~ Syukur pada Allah sebab masih lagi benarkan aku terus bernafas di bumiNya ini. Dah 28 dah aku rupanya. Pejam celik jap je rasa. Tak sedar langsung, ingatkan masih lg 18tahun..hakhak~ tak sedar diri langsung kan?

Tahun ni tahun pertama puasa bergelar seorang isteri. Tak banyak yg berubah tetap sama macam dlu cuma sekarang kena gilir2 umah mase berbuka puasa. Yela kan, dah ada mertua kena adil kan. Kadang kat umah mak, kadang kat umah umi. Perasaan masing2 nak kena jaga jugak. Tambah2 masing2 dah takde suami. Kita isteri ikut je la kan. Tahun ni merupakan tahun ke4 beraya tanpa ayah. Al- fatihah.

Anak? Rezeki anak masih takde lagi. Tapi Allah bagi rezeki lain. Bisnes makin naik. Adanya suami sebagai penyokong dan dengan bantuan Allah semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah. Sungguh janji Allah itu benar. Berkahwinlah maka rezekimu akan bertambah. Insyaallah

Heartnote:Semoga bertambahnya usia ni makin matang la aku. Walaupun dah kawin perangai giler2 masih lagi sama. Tak kisah apa orang nak kata. Kita dah biasa.

Keep Istiqamah ;)