Wednesday 25 April 2012

Hujan dan Panas

Hujan!!!! Bagaikan mengerti segalanya.
Tonah, adikku sayang, Kak Onn sayang awak. Kalau awak perlukan seseorang awak boleh cari Kak Onn. InsyaAllah kita boleh berkongsi suka dan duka seperti biasa. Kenapa dan mengapa Allah bagi ujian ni kat kita, tu yang selalu bermain di minda kan? Jahat sangatkah kita? Kenapa orang lain senang je nak dapat sesuatu tapi kita susah? Allah tidak sayangkan kita ke?

Kita mula terduduk dan hujan mula menerpa ruang hati, berfikir bilakah pelangi akan muncul buat kita. Tapi kita sendiri tiada jawapan tu kan sayang. Sebab kita tak tahu bila ianya akan berakhir. Semuanya adalah ketetapan dari Allah. Bukan kerana Dia tidak sayang tapi kerana kasih sayangNya la kita dipilih untuk melalui semua ini. Semua orang akan ada ujian untuk dirinya dik. Allah lebih mengetahui akan segala sesuatu. InsyaAllah semuanya akan berakhir dan kita akan mampu tersenyum kembali selepas ini. Kak Onn doakan kita sentiasa kuat menghadapi semua ini. Tabahkan hatimu dik.

Wah!!! Apa kena pulak tajuk hujan dan Panas ni yang jadi idaman kali ni. 

Bila hujan kita nak panas, bila panas kita nak hujan balik kan.

Hujan di hati sebenarnya. Sebabnya paip ni dah rosak agaknya sebab air mata asyik nak keluar aje.
Air mata tetap akan keluar juga kan sebab ia takkan pernah habis selagi Allah izinkan. Panas tak muncul-muncul lagi. Musim banjir agaknya.hihihi~~
Serasa semangat Cik Onn dah hilang di tiup angin....
Hai, mana perginya Cik Onn ni. 
Ilang doh gamoknya... Grrrrr~~ 

"Saya nak awak yang saya kenal 8 tahun lepas"
wah wah!! Tetiba tacing bila dia kata camtu, apa nampak sangat ke aku lain sekarang ni.
Proses untuk mencari diri yang dulu telah lama bermula sebenarnya tanpa dia sedari. hohoho~

Tapi dulu kan baru je 18 tahun, ni kan dah nak masuk 26 mesti la dah lain kan.
Manusia kan berubah awak. Saya pun rindukan saya yang dulu  sebenarnya.
Yang sentiasa happy, yang sentiasa menyenangkan hati semua pihak, yang tak pernah fikirkan diri sendiri, yang kuat, yang sentiasa tersenyum, yang sentiasa ceria bagaikan tiada masalah.

Saya tahu awk cukup-cukup paham perangai saya kan? hihihi~
Awak je yang boleh terima segala kekurangan saya.
Yang sentiasa ada untuk saya. hohoho~
Tak kirala saya hujan ke panas ke berembun ke sejuk ke awak yang sentiasa hulurkan tangan untuk menyambut saya daripada jatuh.
Awak je yang berani marah saya. lalalala~

Jangan bandingkan awak dengan Aaron Aziz la.
Saya tak layan sangat la pelakon-pelakon ni.
Just minat gitu-gitu je.
Awak adalah awak. Ok???

Bila saya perlukan pendengar,
Allah hadirkan awak kepada saya.
Bila saya perlukan teman baik,
Allah datangkan awak kepada saya.
Bila saya perlukan semangat,
Allah dekatkan awak kepada saya.
Walau hakikatnya kita jauh. hahaha~

Akankah ada lagi sahabat seperti dia??
Suka dan duka dikongsi bersama.
Yes, aku sangat-sangat perlukan dia.
Tapi jangan salah paham pulak, Allah la yang paling aku perlukan.
Allah tidak pernah meninggalkan kita sendirian dalam menghadapi setiap dugaanNya.
If Allah brings you to it, He will bring you through it... In happy moments, praise Allah... In difficult moments, seek Allah... In quiet moments, worship Allah.. In painful moments, trust Allah... In every moments, thank Allah...

Saya mula belajar, belajar dan belajar bahawa awak adalah anugerah dari Allah untuk saya.
Persahabatan antara awak dan saya adalah anugerah dari Allah.
Terima kasih sebab melayan saya yang kadang-kadang tidak matang. muahahaha~
Suatu masa nanti kita akan dapat jawapan dariNya.
Letakkan segala pengharapan hanya pada Allah.
Sehingga saat itu tiba persahabatan ini tidak akan pernah terputus. InsyaAllah.

Jaga Diri, Jaga Peribadi, Jaga Iman dan Jaga Hati.

Keep Smile (^_^)

Tuesday 24 April 2012

Broken Heart

Bestnya kalau di saat ini terbentang laut ciptaan Allah yang indah. Boleh menghilangkan segala keserabutan yang melanda jiwa yang kering kontang ini. Tapi ianya angan semata-mata. Nak berjalan pun 1 kaki jer, mana mungkin berjalan hingga ke pantai. uwaaaaaa~~ Cepatla sembuh wahai kaki. huhuhu~

Kaki makin membiru dan membengkak membataskan perjalanan aku yang sememangnya suka berjalan. Akibat darinya aku hilang selera makan dan selera untuk bercakap. Ada kaitan ke sakit kaki dengan bercakap. kahkah~ Lantakla, asal bahagia sudah.

Emosi asyik terganggu. Kejap rasa sedih kejap rasa hepy. Yang aku tau aku rindu sangat kat arwah ayah. Kalau dia ada mungkin dia akan pujuk aku kan. U must strong babe!!! Kalau ada bola depan mata ni dah aku sepak untuk melepaskan geram. Tak sedar diri langsung kaki kiri sakit tu, awak kan kidal. MSN Onion Emoticons huhuhu~

Strong! Kuat! Strong! Kuat! Tu je cara aku pujuk hati aku yang sekarang ini sakit bagaikan ditusuk belati tajam. hahaha~

Keserabutan makin bertambah apabila tiba-tiba kepala aku dihempuk abang petang tadi. Aku buat salah lagi. uwaaaa~ sakitnya. Hati sakit kepala pun sakit. Hati semua pihak aku kena jaga walaupun hati aku sendiri dah koyak rabak. hahaha~ Agaknya kalau dicantumkan balik akan sama tak dengan asalnya??? Janganlah migrain pun bertandang pas ni.huhuhu~

Mood: Broken Heart   

Tawaran untuk kursus SL1M TM yang aku dapat petang tadi buat aku hepy. Tapi bila je cek balik email, mak ai buat aku sedih balik. Mana sempat nak siapkan semua dalam satu ari. Lusa dah nak kena daftar kat Melaka. Kalau bagi aku masa satu minggu sempatlah aku siapkan semua urusan. Mana taknya urusan konvo pun masih tak siap ni nak uruskan untuk kursus tu pulak.

Bila saja abang tahu dia suruh aku ambik tiket terus ke Melaka malam ni juga. Mana aku nak tidur wahai abangku sayang. Melaka bukan tempat aku, ke mana aku nak tuju pun aku tak tahu. Dah la sorang-sorang pulak tu, aku ni dah la perempuan. Aku tahu la aku ni tercampak kat mana pun aku pun boleh hidup tapi agak-agakla, aku pun ada perasaan takut jugak. Aku katakan aku akan tolak je tawaran tu sebab masa untuk buat persiapan tak cukup, akibat kemarahannya kepala aku yang comel ini menjadi mangsa. uwaaaa~~ Bukannya nak tolong hatar ke Melaka, dahla aku ni jarang sampai ke melaka mana la aku tahu tambah-tambah dengan kaki sakit lagi. Bukan tanya aku ok ke tak. Tak boleh nak manja langsung. wakaka~~
 Ayah really2 miss u......MSN Onion Icons

Hmmm, mengeluh lagi walaupun dah tahu tak baik.

Petang tadi secara tidak langsung juga saya buat awak sedih...
Jangan sedih-sedih ye awk.
Saya tak ada niat pun.
Maaf kalau saya salah.
Saya doakan semoga semua urusan awak dipermudahkan olehNya.
Saya pun dah jadi macam awak.
Stress
Stress
Stress
Stress
Tapi awak jangan stress k..

Mata ni dah jadi paip yang rosak agaknya. Tak reti-reti nak berhenti kuar air. hahahaha~
Nak cover punya pasal (masuk pasir agaknya) hohohoho~
Yang penting Senyum Sokmo...

Keep Smile (^_^)

Monday 23 April 2012

Sekali lagi

Sekali lagi aku terduduk sendirian, air mata yang laju mengalir sudah puas aku kesat. Namun tiada tanda-tanda untuk berhenti. Tertanya-tanya kenapa harus aku menangis sedangkan Allah sentiasa bersama aku. Di kala ini aku tidak kuat untuk melaluinya seorang diri. 

Apa yang telah aku perbuat sehingga ini yang aku terima. Sakit...Itu yang aku rasakan. Jasad dan hati ini terlalu sakit untuk meneruskan semua ini. Aku letih menangis, aku lelah disisihkan. Kenapa tiada siapa yang memahami. Mungkin ini adalah kafarah atas dosa-dosa ku atau ini adalah ujian untuk menguatkan iman ku kali ini. Hanya Dia Yang lebih Mengetahui akan segala yang terjadi.

Degil? Bekeng? Pendendam? Itu kata-kata yang ditujukan kepada aku. Kerana kedegilan itu yang menjadikan aku kuat untuk melalui hidup ini. Kerana bekeng itu dapat menjaga diri aku. Namun jika pendendam yang ditujukan, itu bukanla aku. Kenapa harus aku berdendam?? Kenapa perlu ada dendam?? Sedangkan aku sendiri tahu itu hanya akan memakan diri aku sendiri.

Apa yang orang perbuatkan tiada sedikit pun niat di hati untuk aku balas. Bukan ke Allah tu Maha Melihat so kenapa aku harus berdendam? Aku tahu aku bukanlah sebaik orang lain namun setiap masa aku mencuba untuk menjadi seorang yang baik. Walau aku mencuba sedaya upaya, aku tetap jahat di mata mereka namun siapalah aku untuk membetulkan pandangan orang kepada aku.

Berat...Itu yang aku rasakan. Sabar je yang aku mampu lakukan. Memohon agar Allah meringankan kesakitan yang aku rasakan kini. Sungguh ia mula memakan diri seperti yang dikatakan oleh dia. Namun siapa aku untuk menolak semua ini sedangkan semua ini berlaku dengan izin Allah. Hanya kepadaNya aku berserah. Semua ini akan berakhir juga suatu hari nanti. InsyaAllah, jika diizinkan Allah. Yang penting bibir akan tetap terus tersenyum.

Hidup ini terlalu penuh dengan cabaran
Terkadang aku lemas di bawa arus deras
Seperti layang-layang terputus talinya
Hidup tanpa tujuan dan matlamat
Namun Allah tetap di sisi tanpa disedari...


Saat ini aku memerlukan kesabaran untuk bisa memahami kemarahan
Saat ini aku memerlukan keikhlasan untuk bisa memahami kepedihan
Saat ini aku memerlukan senyuman untuk bisa memahami kekecewaan

Keep Smile (^_^)

Friday 20 April 2012

Al-kisah yang tak berapa nak kisah

Sedih + hepy la plak hari ni. Apa ke jenis mood la harini penangan dari Alkisahnya yang tak berapa nak jadi kisah. Akibat darinya kepala ku menjadi sedikit gelong hingga kesukaran untuk melelapkan mata. Kepeningan mula melanda akibat dari ketidakcukupan beradu. hahaha~~ 
Seorang kawan baru menyatakan sesuatu yang telah membuatkan aku berada di awang-awangan untuk membuat pilihan. Mesti korang fikir lain kan?? hahaha~~ Alkisahnya adalah dia telah mendapat kerja tapi kena posting ke sarawak nun jauh di sana. Apa lagi menangis la dia kerana tidak sanggup berjauhan dengan 'pakwe' tersayang. huhuhu~ Disebabkan hal itu dia terpaksa membuat rayuan untuk ditempatkan saja di Semenanjung ni.
Hish, kalu aku la kan kecik tapak tangan nyiru aku tadahkan. Best apa duk jauh2. wakaka~
Tapi yang sedihnya kalau dia tak dapat tukar kat sini dia takkan dapat datang konvo kami.huhuhu~~ Dahla kami konvo bertiga je sebab tula berfikir perlu ke aku ke konvo itu. Baru je rasa nak happy sikit walaupun aku tak teringin langsung nak pergi konvo tu tapi disebabkan oleh desakan mereka barula terasa ingin menghadirkan diri yang dah tak berapa jadi diri ni.wakaka~ Tapi kalu tinggal ber2 je mana best kan? huhuhu. nak pergi ke tak...
Bukan apa, rasa malas nak pergi sebab keseorangan tanpa family tersayang. Walaupun sedikit sedih tapi happy jugak la sebab kejayaan untuk mendapatkan segulung ijazah akhirnya tercapai.  Hadiah untuk ibu dan arwah ayah sebenarnya. Hampir gelong jugakla nak habiskan degree yang sememangnya banyak menekan minda.hahaha~ Masa kecik2 dulu impian nak belajar kat U tercapai jugak.kihkih~ Now, i am a degree holder walaupun masih lagi jobless.hohoho~~


Berfikir untuk menyelesaikan masalah pengangguran yang makin berleluasa kerana kemasukan aku ke lembah pengangguran ini membuatkan graf pengangguran makin meningkat. wawawa~Pengangguran ini sekali lagi membenamkan kepalaku jauh ke dasar kerak bumi.hahaha~ Agak malu bila ada orang bertanya "kau tak kerja lagi ke, buat apa belajar tinggi2 kalau just duk umah?", tu la sapa suruh berhenti kerja kan? Aku kerja apa kat umah ni. Basuh baju, sidai baju, lipat baju, masak, mengemas umah, menyapu. Kerja jugak tu, kerja surirumah.hahaha~ Boleh kawin dh ni, berangan lagi.hahaha~~ Hish, aku nak kerja. Bosan sudah.
Dalam hari yang sama, mesej dari adik sekali lagi membuatkan aku berfikir "Kak, bulan 8 ni Amat nak tunang, boleh yer?" wakaka~ Langkah bendul betul adik ku yang sorang ni. Tak menyempat langsung. Tapi aku tak kisah pun, kalu dah masa untuknya dah sampai buat apa aku halangkan. Apa orang nak kata, katala. Ada aku kisah~
Bulan depan banyak invitation dari kawan2 untuk majlis kahwin, tak kurang juga yang ingin aku jadi pengapit. No,no, no. Tak nak la aku menonjolkan muka aku yang tak berapa nak kiut ni. Kan orang berkenan susah.kahkah~ Kawan2 dah mula bising sebab aku masih sendiri. Aku pun bercinta apa, bercinta ngan Allah, ibu, abang, adik2..hihihi~~ Tak salah kan kalu just menunggu jer, lagipun aku tengah menunggu putera raja datang pinang aku. Berangan tak abih2.wakaka~
Ok la, kepada rakan-rakan yang akan mendirikan masjid tu aku doakan kalian bahagia la yer dan semoga dapat bercinta hingga ke syurga sana. Semoga menjadi ibu dan bapa yang soleh dan solehah. InsyaAllah.

Keep Smile (^__^)

Tuesday 17 April 2012

Dugaan...Tanda Allah sayang kita


Dugaan yang datang kadang-kadang begitu menguji diri. Kita terduduk dan air mata mula mengalir laju turun ke pipi. Terdiam sendirian berfikir apakah ini suratan atau kebetulan. Tiada siapa yang dapat menolak kehadirannya kerana ia adalah ketetapan dari Allah. Kun Fayakun. Bukan hanya kita saja yang terpaksa menghadapi semua dugaan dan cabaran ini bahkan hampir semua orang bukan? Kerana itu adalah kasih sayang Allah kepada kita.

Mungkin sesetengah orang akan berkata "Cakap senanglah, cuba rasa sendiri." Bercakap memang senang namun untuk menghadapinya memerlukan jiwa yang kental tidak terkecuali aku sendiri. Setiap hari ada saja masalah yang datang, ada saja yang menguji iman di hati. Namun kita cuma insan biasa yang tidak dapat lari semua ini.

Aku tahu ramai teman-teman di luar sana ketika ini sedang bergelut dengan pelbagai masalah. Inilah yang dinamakan kehidupan. Kadang-kadang mengingatkan diri bahawa ini adalah tanda kasih Allah kepadaku namun aku cuma manusia biasa yang memerlukan seseorang di sisi ketika jatuh, bangun dan duduk. Begitu sukar untuk mendepani semua ini seorang diri walaupun kita tahu Allah sentiasa bersama kita. Teruskan berdoa kerana Allah Maha Mendengar dan Dia rindu pada setiap rintihan kita.

Kadang-kadang kita rasakan tiada langsung jalan keluar untuk segala masalah yang berlaku. Namun di sebaliknya Allah sentiasa membantu kita. Tak percaya? Look at yourself, setelah menghadapi segalanya kita become strong right? Kadang-kadang kita rasa kita tidak mampu untuk menanggungnya kerana ianya terlalu berat namun akan ada tangan yang membantu di setiap kali kita terjatuh kerana Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu. 

Kepada teman-teman di luar sana yang ketika ini sedang berdepan dengan dugaan Allah aku doakan semoga kalian tabah menghadapinya, kuatkan semangat kalian dan semoga semuanya akan dipermudahkan olehNya. Ingatlah Allah tidak memberi ujian kepadamu melainkan kamu boleh menanggungnya. Allah sentiasa bersama kalian.

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat,
Tapi banyak pula dugaan yang datang,
Kadang-kadang kita minta cerdik.
Namun masalah yang bertandang,
Kadang-kadang kita minta kebahagiaan,
Tetapi huru-hara pula menjelma..


Dugaan menjadikan mental kita kuat,
Masalah menjadikan kita berfikir,
Huru-hara menjadikan kita tabah..
Sentiasalah berprasangka baik kepada Allah,
Semua aturanNya ada himah tersembunyi...

Spesel untuk~~
Tonah~ Kak Onn pun missing to speak with you, sharing all joy and pain with you. I'll always be there when you needed me ok. Kak Onn tahu awak kuat dan awak mesti boleh laluinya. Kak Onn percaya awak boleh laluinya seperti dulu dan seperti sekarang. Keadaan tetap sama walaupun mungkin masalahnya berbeza kan? I believe you can do it sayang. Ada hikmah di setiap ujian yang datang. Kak Onn doakan awak kuat dan semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan olehNya. InsyaAllah.

Anak buah, Fiza~ Ni sorang lagi yang tengah bersedih, jangan sedih-sedih ye sayang. Cik Onn belanja aiskrim nanti. Macam pujuk budak kecik pulak.hahaha~ Jangan sesekali bandingkan diri kita dengan orang lain kerana kita adalah kita tidak mungkin akan sama seperti orang lain. Just be yourself dear. Awak kuat, mesti boleh laluinya. Ingat, your Jannah is under your mom's feet. Walau apapun yang terjadi dia tetap ibu awak. Ibu awak sayang awak walaupun kadang dia tidak sedar dia sedang membezakan kasih sayangnya. Cik Onn sentiasa ngan awak. InsyaAllah.

Keep Smile (^____^)

Friday 13 April 2012

Ketakutan itu

Rasulullah s.a.w bersabda, Bukanlah orang yang sabar kecuali yang banyak menerima cubaan, dan bukanlah orang yang bijak kecuali yang banyak pengalaman.

Onn membaca apa yang tertulis di buku walaupun perlahan namun dapat ditangkap oleh telingaku. Lalu dia renungi mataku dengan soalan...

"Kak Ria pernah rasa takut tak?"

Terbeliak mataku memandangnya. Namun dia ketawa mengekek seketika. Nakal. Namun kembali muram. Kemudian dia menyambung kata. Nadanya agak memilukan. Aku hanya diam menanti tutur bicaranya.

"Onn pernah takut kak. Takut untuk meneruskan hidup ini. Pengalaman itu sangat sakit sehingga sukar untuk Onn lupakan. Kita boleh cakap kita berani, segalanya tidak akan apa-apa dan akan baik-baik saja namun hakikat disebalik semua itu hanya diri dan Allah saja yang tau. Bukankah kita sedang menipu diri kita sendiri kak?"

"Orang tidak pernah tahu yang saya pernah dianggap tidak ubah seperti sampah. Saya dibiarkan menghadapi segalanya seorang diri. Saya diberi janji dan harapan tetapi ditinggalkan. Saya diminta menanti namun akhirnya terpaksa mengalah dengan keadaan. Saya ikhlas membantu orang lain tetapi dibalas dengan cemuhan dan hinaan. Saya menyayangi sejujurnya dan tidak pernah menuntut apa-apa kecuali sedikit pengertian untuk menerima saya seadanya tapi.. saya tak dapat semua tu kak. Malah saya dihina dan difitnah secukup-cukupnya. Bahkan orang yang saya percaya, saya kasihi juga mencurangi perasaan saya. Tiada siapa yang menyebelahi saya. Tiada siapa yang tahu kesakitan yang saya alami". 

"Masa itu baru seminggu ayah meninggalkan saya, tapi mereka semua mula membuat cerita bukan-bukan malah pelbagai cacian dan hinaan yang saya dapat atas perkara yang langsung tidak pernah saya lakukan. Bayangkanlah kesedihan kehilangan seorang ayah cukup berat namun ditambah lagi dengan penghinaan demi penghinaan yang menerjah ke ruang telinga menyukarkan lagi keadaan. Bukan mereka tidak tahu ketika itu saya sedang bergelut dengan peperiksaan akhir. Akibatnya semua paper saya gagal kak. Semua itu membuatkan saya tertekan dan takut. Semua itu juga yang membuatkan saya mula tidak mempercayai sesiapa. Orang yang saya sayang pun meninggalkan saya untuk wanita lain. Siapa akan berani jika menghadapi situasi seperti ini kak?"

Terkesima Ria mendengar luahannya tiba-tiba. Perasaan yang telah lama terpendam diluahkan bagaikan peluru menembak jiwanya. Ria tunduk melihat pada rumput di kaki. Berharap agar Onn terus meluahkan apa yang terpendam selama ini. Biar habis semua yang berbeku di hatinya. Sungguh dia nampak kuat disebalik senyumannya namun tiada siapa yang tahu apa yang bermain di fikirannya. Dia nampak tenang dengan membantu orang lain bila mereka mempunyai masalah namun disebalik senyuman itu rupanya tersimpan 1001 rahsia. Namun Onn terus terdiam mungkin menahan permata mahalnya daripada jatuh ke pipi. 

"Onn berdendamkah dengan semua kejadian itu?". Sungguh sukar Ria menebak apa yang bermain di fikiran Onn ketika itu. Sungguh dia tidak pernah tahu apa yang dialami oleh gadis riang itu.

"Tak kak, Saya tidak pernah terfikir untuk membalas semua itu. Tiada sekelumit dendam pun pada mereka di hati ini. Saya tidak pernah membenci mereka kerana mereka juga adalah keluarga saya. Saya sayangkan mereka kak. Mereka adalah keluarga ayah saya walaupun kini hubungan itu telah mereka putuskan. Saya masih menganggap ini sebagai ujian dan takdir. Yes takdir. Allah berhak ke atas diri saya so Dia memberikan saya sedikit ujian agar saya berpaut padaNya. Saya menyepikan diri dari semua orang kerana mungkin dengan berdiam diri ia akan meredakan keadaan. Namun saya silap kak, makin banyak cerita yang keluar dari mulut mereka. Keadaan ibu mula membimbangkan saya kerana mereka mula datang menyerang ke rumah. Saya mengalah bukan bermaksud saya takut namun untuk apa menang jika itu hanya akan mendatangkan kesusahan kepada orang lain. Semua itu cukup membuatkan saya takut kak."

"Semua itu telah berlalu kak. Setahun lebih sudah semuanya berlalu namun tidak pernah sedetik pun saya lupakan apa yang mereka kata pada saya dan ibu. Betapa jahat dan hinanya saya di mata mereka. Malah anak buah yang saya pernah sayang suatu ketika dahulu sanggup mengatakan celaka kepada saya. Apa dosa saya kepada mereka kak. Selama ini saya banyak berdiam diri walaupun pelbagai cacian yang mereka lemparkan. Tapi selepas ketiadaan ayah makin teruk saya dihukum. Apa salah saya kak?. Alhamdulillah, sehingga sekarang saya masih lagi mampu untuk berdiri bahkan pengajian berjaya saya habiskan walaupun ianya mengambil sedikit masa. Kekuatan dan semangat ayah sentiasa ada dalam diri saya namun tidak dinafikan saya takut semuanya akan berulang lagi."

Ria melepaskan keluhan. "Sudahlah Onn, jangan dikenang lagi. Itu semua kenangan yang lepas. Let bygone be bygone. Kegagalan, kesakitan yang lepas adalah ilmu untuk kita. Itu adalah guru yang terbaik buat kita dan merupakan proses untuk kita belajar tentang hidup. Kalau tidak kerana semua itu mungkin Onn tidak akan bertahan sehingga ke hari ini. Betapa Allah sentiasa di sisi Onn mendengar segala curahan dan aduan padaNya. Dia tidak pernah meninggalkan Onn sendirian kan? Redhalah dik... Yakinlah pada kehendak Allah Ta'ala. Jika Dia menghendaki semua ini maka ianya akan berlaku. Kita semua adalah milik Allah. Segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Tengoklah pada diri Onn sekarang. You're strong enough. Masih mampu melemparkan senyuman walaupun di hati tiada siapa yang tahu. Melupakan memang payah namun semua itu akan mematangkan kita malah mendewasakan kita. Jangan mengurung diri kita dengan kenangan yang lepas dik, dunia luar mungkin akan memberi banyak erti yang lebih indah lagi."

"Tapi... macamana kalau ianya berulang kembali kak?

"Kak Ria percaya Onn tetap perlu mengahadapinya dan boleh hadapinya seperti dulu dan seperti sekarang juga kan? Jangan berdoa ianya berulang tapi doakanlah agar kita dikuatkan iman. Jangan sesekali lupa Allah walau dalam kecewa dan marah. Dia beri ujian itu kepada kita kerana kasih sayangNya. Bertahanlah dik! Sederhanakan rasa takut itu. Onn boleh terus berhati-hati tapi jangan berterusan dalam ketakutan itu. Cari hikmah disebalik semua yang telah berlaku. InsyaAllah Allah akan sentiasa membantu. Setiap yang Allah beri itu tidak diberinya sia-sia. Ambil pengajaran darinya sayang, kak Ria tau awak kuat untuk menempuhnya. InsyaAllah.


Kata Jihad
Iringi setiap langkah kakimu dengan hati yang berani, tabah dalam mengharungi segala pahit getir dalam perjuangan mencapai keredhaan Allah. Ukirlah senyuman di bibirmu meskipun hatimu sakit di panah ujian. Sampaikanlah segala harapan dalam doa yang tulus dari hatimu. Ketahuilah...sesungguhnya Allah sentiasa menyayangimu, walau seberat mana ujian yang diberikan padamu, tidak pernah sedetik waktu pun dari masa yang berlalu Dia meninggalkanmu. Kerana itulah tandanya Dia merindui dan mencintaimu...

Keep Smile (^___^)

Thursday 12 April 2012

Istimewa

Seseorang yang istimewa
Bukanlah yang sentiasa di depan mata

Bukan jua yang selalu ada di sisi
Tapi dia yang setia di hati &
yang selalu mengingati kita dalam setiap doanya....





Keep Smile (^_^)

Tuesday 10 April 2012

Kau ni tak romantik la..


Romantic??? what is mean behind this word actually??? Kehadiran mesej dari seorang teman petang semalam mengejutkan aku yang sedang enak menjamu selera.hahaha~~ Sudah kukira dia mempunyai masalah kerana mana mungkin dia akan menghantar mesej jika tiada apa terjadi. Aku kan pakar motivasi untuk teman-teman dari dulu sampai sekarang. hohohoho~~

Katanya dia cemburu dengan seorang rakan sekerjanya yang baru saja menerima sejambak bunga ros dari kekasih hatinya. Dia pun teringin seperti itu, namun tiada siapa yang perlakukan dia seperti itu. romantik sangat2. Kat mana bestnya tak tahu la aku..huhuhu~~ Tidak semua yang kita nak kita akan dapat. Mungkin apa yang kita nak tu tak baik untuk kita siapa tahu. Kenapa kita nak bandingkan diri kita dengan orang lain sedangkan kita sepatutnya bahagia dengan cara kita sendiri.

Aku katakan dengan bagi bunga tu langsung tidak romantik sementelah aku bukannya suka bunga ros. Baunya pun dah buat aku pening. Balasan mesej darinya membuatkan aku tergelak. Kau ni langsung tak romantik la..kahkah~~ Mungkin bagi sesetengah orang perkara tersebut di anggap romantik tapi tidak bagi aku. Jiwa aku bukan jenis camtu, lain orang kan lain caranya. 

Perkara romantik bagi aku bila saja seorang lelaki melafazkan "aku terima nikahnya aku bin ayahku........." Ha, kan romantik tu dah halal. Ni tak, buat apa bazirkan duit untuk seseorang yang belum tentu jadi pasangan kita pun. Baik duit tu disedekahkan kepada yang memerlukan dari membazir membeli bunga yang akan layu dan kering jua akhirnya. Kalau cinta kita tu ibarat bunga tu maknanya bila dah layu hilanglah cinta kita pada orang tu kan. Tak mahulah aku cinta aku layu dan kering seperti bunga itu. Hihihihihi~~

Perlu ke cinta itu ditunjukkan dengan cara bagi bunga ke, coklat ke, or anything else. Tak kot. Tapi oleh kerana halusnya jiwa seorang wanita bila tengok orang lain kita pun teringin kan. Tapi bagi aku bila seorang suami yang memperlakukan kita sebegitu barulah indah. Teringin juga ada seorang suami tapi bila tu tak tahu la. Berangan je lebih..Kuangkuang~~

Wallahualam.

Keep Smile (^_^)



Sunday 8 April 2012

Ape kes ni???

Fikiran melayang mengingat kembali bait-bait perkataan yang dilemparkan oleh seorang hamba Allah baru-baru ini. Alangkah bagusnya jika saat ini terbentang di depan mata lautan luas ciptaan Allah dengan angin  sepoi-sepoi bahasa yang bertiup. Tapi sekarang ini hanya dinding bilik di depan mata. hahaha~~


Tiada kata yang dapat digambarkan betapa luluhnya hati ketika ini. Tiada kata yang dapat diluahkan betapa sedihnya hati kerana kata-kata itu begitu menghiris hati. hukhuk~~ Aku sedar siapa aku, aku sedar aku tidak setanding dia, aku tidak layak untuk bergandingan dengan seorang EO. Namun itu bukan tiket untuk menghina aku. Yes, aku bukanlah seorang wanita yang baik namun aku sedang memperbaiki diri aku sendiri. 

Berapa kali harus aku terangkan bahawa aku dan dia hanyalah sahabat. Tiada ikatan yang istimewa antara kami. Dia mempunyai pilihannya sendiri dan yang pastinya orang itu bukan aku. Kenapa tidak bertanya pada empunya diri, kenapa mesti aku. Aku letih dalam permainan hidup ini, aku lelah dalam percaturan hidup. Aku juga ingin hidup tenang seperti kamu juga wahai wanita. Seperti yang kamu pinta akan aku jauhkan diri dari dia walaupun dia juga bukan milikmu kerana dia adalah milik Pencipta kita Yang Maha Esa.

Memujuk diri dengan mengatakan ini adalah dugaan kali ini, insyaAllah aku mampu tempuhinya.Terima kasih kerana mengingatkan aku tentang siapa aku, terima kasih juga kerana menghina diri yang hina ini. Bersendirian menghadapi semua ini makin membuatkan aku makin tabah. Terima kasih kepada kamu. Daripada Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan kembali. Tiada yang sempurna di dunia ini. Antara kau dan aku tiada bezanya.

Wallahualam.

Keep Smile (^_^)


Thursday 5 April 2012

Secebis kasih

Kerana masih lagi hidup dalam igauan cerita semalam, janganlah terus-terusan menutup pintu hatimu pada insan lain yang masih sudi untuk memberikan secebis dari kasihnya buatmu. Kerana perpisahan itu telah lama terjadi so bukakanlah pintu hatimu untuk insan lain yang mungkin adalah lebih dari sebelumnya. Jangan kerana kisah semalam kamu terus mengunci hatimu dari menerima kasih dari insan lain. Ini tidak adil buat dirimu dan juga tidak adil untuk hatimu kerana kita berhak untuk menyayangi dan disayangi oleh insan lain. Lupakanlah segala peristiwa pahit yang telah membelenggu dirimu selama ini. Cubalah untuk menerima cinta baru. 

Mereka yang melihat mungkin tidak mengerti apa yang berlaku sebaliknya hati bagaikan dicarik-carik. Mereka yang memandangnya seolah-olah tiada duka tapi di dasar hati penuh dengan derita. Tapi yang pastinya hati ini adalah milik Allah selamanya dan Dia Maha Mengetahui atas apa yang terjadi. 


Cinta itu telah pergi
Bercinta tidak salah namun jangan sesekali menjadi hamba kepada cinta tersebut. Ingatlah, cinta yang abadi adalah cinta kepada Allah. Setiap insan ingin disayangi dan menyayangi. Cinta itu datang di saat kita langsung tidak menyedarinya. Kerana perasaan itu adalah milik Allah, Dia yang membolak balik hati kita.

Cinta yang telah pergi lepaskanlah kerana cinta itu bukanlah milik kita bukan juga milik dia ianya adalah milik Allah. Benar kata orang, cinta itu buta namun janganlah butakan mata hati kita kerana cinta itu. Bersyukurlah kerana dianugerahkan oleh Allah rasa cinta itu dan bersyukurlah kerana dikecewakan kerana itu mengajar kamu menjadi lebih matang dalam kehidupan ini.

Ketika cinta semalam menghilang
Ketika cinta itu mula menghilang bukan bermakna berahirnya hidup kita. Kebahagiaan perlu dicari bukan hanya menunggu. Perginya dia dari hidup kita mungkin ada hikmah disebaliknya. Siapa tahu mungkin dia bukanlah orang yang terbaik buat kita. Orang yang sebenar-benarnya untuk kita mungkin sekarang sedang menunggu kita cuma masanya belum sampai. Semuanya di tangan Allah.

Lupakanlah kisah lama yang telah berakhir, mulakan hidup baru kerana kita juga berhak bahagia seperti orang lain. Mungkin dia akan lebih bahagia bila tidak bersama kita so lepaskanlah ia dari jiwa dan hatimu dan jangan sesekali menyalahkan diri sendiri dan berkata, kenapa harus kita yang melalui semua ini namun katalah bahawa aku adalah insan terpilih untuk merasakannya. Belajar untuk memaafkan kerana kita akan menjadi lebih tenang. Ingat, Allah sentiasa bersama kita. Teruskan tersenyum kerana ia dapat menghilangkan segala gundah di hati.

Aku tidak mencari seorang yang sempurna namun cukuplah kamu menerima aku seadanya kerana tiada siapa yang sempurna di dunia ini. 


Keep Smile (^_^)

Wednesday 4 April 2012

Lakaran Sebuah Pertemuan

Teman...
Kau hadir tika aku memerlukan
Kau penawar tika duka dan tawa,
Segala semangat yang kau hulurkan,
Terpahat utuh bersemadi di minda,
Seterusnya menjadi aku tidak gentar,
Dalam menghadapi ranjau hidup ini.

Teman...
Namun hatiku sering tertanya,
Adakah kau teman sehaluan,
Dalam memperjudikan sebuah kehidupan,
yang aku sendiri tidak dapat membalasnya.

Teman...
Mindaku juga sentiasa terfikir,
Adakah harapan menjadi suatu realiti,
Ataukah hanya fantasi yang
Berlandaskan imaginasi semata-mata

Teman...
Hingga kini aku tidak pasti,
Masihkah mentari muncul lagi buat kita,
Ataupun ' aku masih di sini '

Keep Smile (^_^)

Sunday 1 April 2012

Kita hanya pelakon

Hidup ini bagaikan roda
Kadangkala kita di atas 
kadangkala kita dibawah 
Dan tidak akan pernah berhenti berputar
Hingga tiba masanya nanti

Aku adalah pelakon
Begitu juga dirimu
Pelakon yang akan melakonkan 
seberapa banyak watak yang ingin dimainkan

Namun corak lakonan terletak pada hati kita sendiri
Hanya kita yang akan mencorakkan kehidupan kita sendri
Kita yang memilih arah jalan hidup kita
Samada baik atau buruk atas pilihan kita

Kita semua adalah pelakon
Pelakon di pentas dunia ini
Baik, jahat, iri , hasad, dendam dan benci
Kita yang memilih watak kita sendiri

Tapi aku kini masih mencari
Mencari watak aku sendiri
Kerana di pentas ini aku keliru
Tapi kau tetap gah dengan lakonanmu

Namun Allah tidaklah kejam
Dugaan yang datang untuk mengingatkan
Sebagai peringatan agar tidak merana
Bahawa kita semua hanya pelakon di pentasNya



Walau setinggi manapun darjatmu,sehina manapun keturunanmu,secantik manapun wajahmu,sehodoh manapun rupamu,sebanyak manapun hartamu,sedaif manapun hidupmu...namun kita semua sama saja sebagai pelakon dunia yang hanya sementara...Pujian dan cacian lumrah dunia janganlah kita leka dan terluka......

Keep Smile (^_^)