Monday 29 October 2012

Aku yang tak memahami

Agrhhhhhhhh.. Tolong la jangan tanya soalan-soalan cepu mas lagi. Tension tau tak!!!!!!!!!!! 
"Awak, bila nak makan nasi minyak?". Amboi! Mentang-mentang kamu dah kawin, dah ada anak, kamu boleh tanya aku gitu. Sape yang tinggalkan aku dulu? Sape yang bertunang ngan orang lain? Sape??????????
So no need to ask me la. Kan kena sembur ngan aku baru tau. Ok, fine. Kamu dah dapat cari kebahagiaan kamu so biarlah aku dengan cara aku sendiri. 

Lelaki itu........ Aku kadang-kadang geram, tension pun ada. Apa kamu ingat kamu tu hebat ker??? Kamu ingat kamu sempurna ker?? Kenapa kamu masih ambik tahu pasal aku lagi?? Tak perlukan? Jaga isteri and anak kamu tu baik-baik, tu lagi ok kot dari jaga tepi kain aku yang tak koyak ni. Ce cek kain kamu mesti ada koyak kot. hahahahaha~ Chill cik onn.

If you want the answer for your question, ask Allah directly. If you can la. Sape yang tahu jodoh dia bila?? Sape?? Takde sape kan? Sebab tu bukan kerja kita. Kita kenal lama pun awak kawin ngan orang lain jugak, so memang bukan jodoh kita. Aku dah boleh terima pun, so no need to ask me that question again. Dah berpuluh kali kamu tanya aku setiap kali kamu muncul kembali. Apa penting sangat ke bila aku kawin bagi kamu?? Ke kamu rasa bersalah?? Tak payah nak bersalah sangat la. Aku dah maafkan kamu pun. Tapi nak jumpa kamu balik rasanya tak kot. Kalau berselisih kat tepi jalan pun aku yang akan pusing supaya kamu takkan sesekali nampak aku. 

Nak sangat aku kawin kan?? Cari sorang kat aku boleh?? hahahaha~ Dah gila gamaknya aku ni?? Sabarla cik onn, marah kamu tu tak bawak ke mana pun, bukan kamu tak biasa dengan soalan2 gitu. Chill k~ Masalahnya bila saja orang yang pernah tinggalkan kamu tanya, darah mula naik ke muka. Alah, aku tahu la kamu tu hensem, aku ni tak berapa nak kiut mana la padankan. Ah, lelaki sama aje. Lantak kamula. Yang penting aku happy ngan hidup aku.

Aku bahagia sekarang. Cukup-cukup bahagia walaupun kadang-kadang masalah menjelmakan dirinya namun semuanya datang dan pergi. Alhamdulillah sekarang aku tenang, tenang di samping mereka yang aku sayang. Aku kan tengah bercinta. Yes, bercinta ngan Allah. Sebab suatu masa nanti aku akan dirisik dan dikahwinkan dengan kematian. Bila-bila masa saja. So biarlah Allah yang menentukan segalanya. Aku redha. 

NotaHati : Untuk kamu yang pernah membuatkan hati aku terluka suatu masa dulu. 


Keep Smile ^_^

Friday 26 October 2012

Banyaknya..

Salam semua. Selamat Hari Raya Aidiladha 1433H to all. Semoga korban kali ini memberi 1001 erti dalam hidup kita dan kita hayati erti pengorbanan serta selami dengan jiwa yang merendah diri sebagai hamba Allah. Indah langit kerana awan, Indah laut kerana kebiruan, Indah aidilfitri kerana kemaafan, Indah aidiladha kerana pengorbanan...

Ya Allah.. Jadikanlah setiap helaan nafas kami sebagai bukti cinta kami kepadaMu dan pengorbanan kami sebagai bukti kami mendekatiMu. Semoga amal ibadah kita akan diterima dan makin bertambah berbanding tahun2 sebelumnya.. Amin ya Rabbal Alamin..

Labbaikallahumma Labbaik Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik Innalhamda Wan Ni’mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalak...

******************************************************************

Erm, bulan November bakal menjelang hanya beberapa hari lagi. Memang tersangat2 busy la aku bulan ni. Bukan busy dengan kerja tapi busy dengan majlis kawin kawan-kawan. hohohoho~ Semuanya lain-lain tempat, malah ada yang bertindih tarikh. Sorry guys, kalu muka aku yang tak berapa nak kiut ni takde kat majlis korang.hihihihi~ Ni baru gambar 6 keping kad kawin, tak termasuk lagi kad yang belum aku dapat. Rasanya bulan depan dalam 10 or 11 jemputan kawin aku dapat. Boleh tahan banyak tu.huhuhuhu~ Tapi 4 je yang mungkin aku dapat pergi. InsyaAllah. Kekangan masa dan kewangan menyebabkan aku tak dapat pergi. Sorry kepada kawan-kawan yang memang nak sangat jupe aku di majlis kawin korang. Lagipun kita nak buat reunion kelas kan?? Kelas mase tingkatan 5, kelas mase diploma dulu, kelas mase Uitm. Terlalu banyak sangat dan lain-lain tempat. Nak terbang aku takde sayap pulak. kikiki~ Yang majlisnya aku dah konfirm nak g tu, tunggu kedatangan aku........... here we go!!! hohohoho~














Last but not least, Selamat pengantin baru kepada kawan-kawan yang bakal menamatkan zaman bujang, semoga kalian bercinta hingga ke syurga sana dan semoga menjadi isteri or suami yang soleh dan solehah. Dan kepada kawan-kawan yang akan bertunang, selamat bertunang, one more step closer. Aku doakan semoga hidup kalian dirahmati Allah dan segalanya berjalan lancar. InsyaAllah.

Keep Smile (^_^)

Tuesday 23 October 2012

Dan bila esok

Wow!!!!!!! Dapat update blog lagi harini. Sukanya dia. kikiki~ Alhamdulillah, diri kembali pulih seperti biasa. Rasa macam baby baru lahir pulak. ahaks~ Kita dah jumpa balik diri kita yang dulu dan kita harap kita akan kekal macam kita sekarang ni..hihihihi~

Kisah sedih tu kita buang jauh-jauh k. Tak boleh sedih lama-lama sangat. Not good for your health. Kita buka buku baru. Yela, kita pun dah nak sampai ke penghujung tahun walaupun tinggal 2 bulan lagi.hihihi~ Woi.. Ape kes ngan awak ni cik onn? Ber KITA bagai..hahahaha~ 

Tapi yang tak bestnya tahun depan umo bertambah lagi. Rilek k, just a number.(ayat sedapkan hati). Yela, bila bertambah umo ni, orang-orang akan bising lagi la. Macam baru-baru ni g kat jiran bertunang.

"Orang lain sumenya dah, awak bila lagi? Takkan nak tunggu 30 baru nak kawin?". Mak ai, boleh tahan laser mulut mak cik yer. Hanya mampu senyum jer, padahal dalam hati ni dah menggelegak je. Nasib baik aku masih hormat dia sebagai orang tua kalu tak memang pedas ayat aku bagi.

Sabar cik onn, awak kena sabar. Sabar kan separuh dari iman. Alah macam tak biasa kena sindir macam tuh. Alah bisa tegal biasa kata orang.hahaha~

Mind your own business la and jaga mulut tu. Manusia di taman perumahan ni suka sangat jaga tepi kain orang sampai kan kain sendiri yang terkoyak pun tak sedar. Tu la lain kali jangan duk bercerita pasal orang lain. Not important la.

Sape tak nak kawin kan? Tapi nak buat camne, takkan aku nak g tahan orang giler tepi jalan kot ajak kawin, giler ape??wakakaka~ Mak cik, anak makcik tu jodoh dia cepat so dia kawin la awal. Kalau orang tanya anak makcik macam tu ape perasaan makcik. Mesti bengang jugak kan? macam tu la yang mak saya rasa bila dengar makcik tanya her only daughter ni soalan cepu emas tu. Kita hanya merancang dan sebaik-baik perancang adalah Allah.

Memilih ke tak tu hal saya tapi memilih ke aku ni?? rasanya tak tapi perlu la pilih kan? kan naya nanti kawin ngan orang tak betul.wakakaka. Bagi aku yang tak berapa comel, tak kiut, tak cantik, tak mengancam macam orang lain ni boleh memilih ke?hahahaha~ Perlu ke sume tu??? ah, bagi lelaki yang memilih pada rupa perlu la kot. Lantak ko la. Ada aku kisah??? ahaks~ Cantik tu dari hati not only your face or fizikal semata-mata ok??? Kalau muka je cantik tapi mulut macam longkang buat ape?? huh.

Best ape single mingle ni. Single is the best moment aku rasa. Nak berlari setempat ke, nak marathon ke, nak berjoget ke, nak berdangdut ke, berdondang sayang ke takde orang kisahnya. hahahaha~ Apa kes joget ngan dangdut pulak ni. wakakaka~ Sementara single ni la nak buat apa pun boleh. Takde orang nak marah, takde orang nak bising. Kan2?? Tapi tak boleh nak kata jugak, mana la tau jodoh aku sampai secepat kilat. Semuanya kuasa Allah kan. Dan hari esok masih lagi menjadi rahsia DIA.

Yang penting kita enjoy!!!!!!!!!!!! 

Keep Smile (^_^)

Sunday 21 October 2012

Now i will silent

Begini akhirnya kisah persahabatan kami. Bukan tak boleh teruskan persahabatan ni tapi terlalu sakit bila dipermainkan. Dulu kamu bagi harapan tapi harapan tu sia-sia. Aku yang baru saja nak tersenyum kamu bagi balik kesedihan. Aku ingat kamu berbeza dengan lelaki yang pernah aku kenal sebelum ini namun kamu sama saja. Apa aku tak berhak bahagia ke??? Alasannya "mung terlalu baik untuk aku".

Abih aku kena ubah diri aku jadi jahat la, gitu?? nope. Thats not me. I am who i am. Alah, tu cuma alasan je kan? Cakap je la terus terang aku tak padan dengan kamu. Yela aku ni kan tak up to date, selekeh, tak comel and kolot. Padan muka aku kan? Sape suruh bermain dengan api. Hai, hati kenapala kamu begitu degil. Aku selalu pesan jangan percaya kamu degil. Ni la yang kamu dapat. Tau pun sakit. uwaaaa~

Cukuplah kesedihan yang telah kamu berikan, bagilah aku peluang untuk mencari my own happiness. Kamu dah jumpa kebahagiaan kamu kini tiba masanya aku pula. Tapi kenapa kamu langsung tidak memberi ruang itu kepada aku. Di saat aku mula tersenyum kamu hadir kembali memberi luka itu. Dulu kamu selalu kata kamu akan sentiasa di sisi aku apabila aku perlukan kamu kerana kita adalah kawan baik. Now, apa yang terjadi sebaliknya.

Tolong aku. Kalau kamu tidak mampu untuk membuat aku gembira jangan sesekali membuat aku menangis Sudah terlalu banyak duka yang terpaksa aku tanggung dalam hidup ini. Aku bukan gadis cengeng dan aku bukan juga gadis kental, aku cuma gadis biasa.

Don't ever2 make me cry again kerana ini adalah kali terakhir air mata ini jatuh kerana kamu dan jangan sesekali call me again kerana ia makin membuatkan aku makin terluka. Aku doakan semoga kisah kamu dan dia menjadi kenyataan dan perancangan kalian akan berjalan lancar. Kisah persahabatan kita telah berlalu. Kini kita hidup dengan cara kita sendiri. Tolongla jangan cari aku lagi. Buang aku jauh-jauh dari hidup kamu. Aku merayu pada kamu. Aku letih.

******************************************************************************


I will forget you. Starting from today,
You will be a person that I do not know
Just like a person that I have not met
Even if we meet on the street our paths have never crossed
I am alright, I've already forgotten
I am happy in my busy life
I've met a good person too.
Love is always like this. It fades away after some time.
It will forgotten
When love goes away, another love comes again. It surely will.
Eventhough it hurts now, as time passes
The wounds will heal
I will erase everything.
I definitely will.
When love goes away, another love comes again. It surely will.
Eventhough it hurts now, as time passes
The wounds will heal
It will be like that
It will forget
And I will forget too

~Heartstring~

**************************************************************************
I... am going to do what you told me to
from now on, no matter who you like or how much you're hurting because of her
I won't care anymore
I....don't like you anymore


Monday 15 October 2012

Kawan atau sahabat???

Kawan atau sahabat??? Bunyinya macam sama kan namun perbezaannya terlalu besar. 

Kawan~
Seseorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi dan yang selalu berinteraksi dengan kita. Kita juga menghabiskan masa dan berseronok bersama. Mungkin kerana mempunyai hobi, sikap tabiat dan pemikiran yang sama menjadi kita 'sekepala'. Seorang kawan juga mungkin boleh berkongsi kegembiraan dan kesedihan namun kebiasaannya seorang kawan hanya akan ada bila kita gembira sahaja. Malah sekiranya tidak sependapat hubungan kawan mungkin boleh putus. Hal kecil akan menjadi besar apatah lagi hal yang besar. Seorang kawan bisa melupakan kawannya bila dia senang.

~Dulu terlalu ramai kawan tapi seorang demi seorang menghilangkan diri~

Sahabat~
Berbeza dengan seorang sahabat, biasanya sahabat merasakan mempunyai tanggungjawab terhadap diri kita walaupun tidak sedarah. Seorang sahabat berupaya mewujudkan hubungan persaudaraan just like sisters and brothers. Seorang sahabat adalah seorang yang setiakawan dan boleh membantu apabila berada dalam kesusahan, berkongsi suka duka bersama, menyimpan segala rahsia bersama dan sentiasa melindungi antara satu sama lain. Seorang sahabat tidak semestinya mempunyai minat atau pendapat yang sama tetapi mereka sentiasa boleh bertolak ansur dan akan sentiasa ada di sisi memberi semangat kepada kita. Sabahat adalah seseorang yang benar-benar menyayangi kita dan menerima kita apa adanya. Seorang sahabat adalah kawan dan teman kepada kita. Bersahabatlah kita kerana Allah.

~Alhamdulillah sahabat sentiasa di sisi walaupun kini jarak memisahkan, suka dan duka dikongsi bersama dan yang penting kami sekepala dan masih single. hahahaha~

2 important women in my life. MOM & BFF


"Sebaik-baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik-baik jiran di sisi Allah ialah orang yang baik terhadap jirannya" (HR al-Hakim)


Rasullullah saw prnah berpesan, "Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya". Oleh itu hendaklah kita berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

******************************************************************************
So, persoalan tentang aku terlalu baik untukmu tidak perlu timbul sebenarnya. Kerana bagi aku, aku perlu menjadi diri aku sendiri bukan mengubah diriku mengikut acuan zaman sekarang. Kerana itu kau jauhkan diri, kadang-kadang kepelikan melanda diri.hahaha~ Masihkah kita bersahabat? Jawapan hanya padamu kawan kerana aku tetap juga di sini. 

~Maafkan aku...
Andai aku belum menjadi sahabat dan kawan yang baik buat kalian,
Andai pernah membuat kalian tersisih,
Andai pernah melukai hati kalian,
Terima kasih kerana menjadi kawan dan sahabatku,
Walau hanya di alam maya,
Walau hanya kenal sekadar rupa,
Apatah lagi kawan-kawan lama,
Di alam persekolahan, perkuliahan, pekerjaan dan sebagainya,
Yang paling dekat bahkan pernah tinggal bersama,
Yang mengenali aku,
Yang menerima aku apa adanya,
Sudah cukup membuatkan aku bahagia,
Semoga Allah memberkati hidupku dan hidup kalian,
Semoga Allah sentiasa menyayangi kita...~

Cara untuk kita memperoleh kasih sayang ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.


Keep Smile ~_~



Monday 8 October 2012

Al-Fatihah...

Hari ni 8hb Oktober 2012 genapla usia ayoh 56 tahun kalau dia masih ada di sisi kami. Pejam celik rupanya sudah hampir 2 tahun ayoh pergi. Nobody can be like him. Dialah ayah. dialah teman, dialah sahabat, dialah musuh. Tiada siapa yang dapat gantikan dia dalam hidup aku. Dia tetap di hati hingga ke akhir hayatku. InsyaAllah. Kak sayang ayoh......

The Reason Why Daughter Love Their Dad The Most is..
That there is At Least One Man In The World Who Will Never Hurt Her
Love You Ayoh Lillahi Taala...

Ya Allah..
Kau ampuni segala dosa ayahku
Kau cucurilah rahmat ke atas rohnya
Semoga dia aman di sana
Al-Fatihah.....

Wednesday 3 October 2012

Hati berbicara

Hari ini kita berbicara tentang cinta,
Mungkin saja hari esok sudah tiada rasa...
Hari ini kita berjanji setia,
Mungkin saja hari esok sudah tiada suara...
Hari ini mungkin dia milikmu,
Tapi hari esok tiada siapa yang tahu...

*************************************************************
Aku bukanlah seorang yang pakar dalam cinta. Kerana seringkali terkandas di tengah-tengah jalan. Namun setiap manusia Allah akan titipkan perasaan cinta dalam hati, tak kira lelaki or perempuan. Seringkali mengingatkan diri bahawa cinta yang utama adalah cinta Allah. Dengan cintaNya kita miliki segalanya. Namun sebagai manusia kita tidak pernah lari dari di uji. Bukankah Allah menguji tanda kasih sayangNya kepada kita???

Bagaimana pula dalam menghadapi sakitnya kehilangan orang yang kita sayang?? Ia juga adalah salah satu dari ujian hidup kan???

Terkedu seketika membaca post dari salah seorang anak sepupu yang baru saja kehilangan 'pakwe' akibat dari kemalangan jalan raya. Berita tentang kemalangan tersebut tersiar di TV kerana lelaki tersebut adalah salah seorang pelakon dalam cerita 'masihkah ada Ramadhan' yang disiarkan di ASTRO. Betul ke tak tajuk cite tu aku tak tahu sebab kat umah takde ASTRO..hihihi. 

Dia masih lagi terkejut kerana tiba-tiba kehilangan 'pakwe' dalam sekelip mata masih lagi tidak dapat menerima. Namun tiada siapa dapat menolak apa yang telah berlaku kerana jalan cerita tentang kisah hidup manusia semuanya di tangan Allah. Siapa kita untuk menidakkan Qada' dan Qadar Allah. 

Di harapkan dia tabah menghadapi segalanya kerana mungkin esok dia akan bertemu dengan lelaki yang lebih baik untuknya. Allah mempunyai sesuatu yang lebih baik untuknya di hari esok, mungkin. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. 


Keep Smile ~_~

Monday 1 October 2012

Keluhan

Kadang-kadang langsung tak paham dengan diri.
Apa yang sebenarnya diri ini perlukan. Penat sudah bertanya.
Kebiasaannya apa yang ia inginkan tidak pernah dapat.

Tapi Allah sudah berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 216:


Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

Tak baik mengeluh dengan keadaan kan?

Pandanglah setiap perkara itu dengan kaca mata iman. Tepuk dada tanya iman

Istiqamahlah wahai hati.


Keep Smile ^_^