Monday 25 August 2014

Semua ketentuan-Nya

Bismillahirahmanirrahim

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. Mulut tidak pernah berhenti mengucapkan syukut di atas anugerah dr Allah kepada diri ini. Bukan senang utk percaya namun segalanya adalah hadiah dari-Nya. Anugerah di bulan Syawal.

What?? I'm pregnant. Yes, you're. Dah 6minggu. Padahal dah test sendiri kat rumah pun masih tak percaya.hahaha. Pergi pulak cek kat klinik pun masih tak percaya. Pelik sungguh aku ni.hahaha. Alhamdulillah, akhirnya doa kami suami isteri dimakbulkan Allah.

Patutlah rasa semacam jer perut ni. Dahla tu perangai pun turut pelik sama. Ada ke patut disuruhnya encik suami pergi cari buku mewarna yg princess2 lawa punya. Sekali dgn pensel warna luna nak besar punya. Pening encik suami nak layan. Orang nak g cari baju raya kita suruh dia g cari buku mewarna.hahhha

Lawak sungguh la sebab boleh tak sedar. Dah mana nak tau, tak pernah ada pengalaman lagi.huhuhu. Masa raya semua makanan dibantai. Tak kira ape, skrg ni tanggung la. Asyik loya je dah xboleh nk makan. Adoiii.

NoteHeart: Semoga kandungan ini dilindungi Allah dan semoga anak ini menjadi anak yg soleh dan solehah. Mohon doa kalian juga ye. Terima kasih

Keep Istiqamah :)

Friday 1 August 2014

Ajarkan aku

Ya Allah..
Ajarkan aku untuk redha,
Redha akan segala apa yg telah Engkau tetapkan untukku
Ajarkan aku untuk sabar,
Sabar atas segala dugaan yg datang dalam hidup ini
Ajarkan aku untuk senyum,
Senyum walau keadaan sulit sekalipun
Ajarkan aku untuk kuat,
Kuat dalam menempuh setiap cubaan yg Engkau hadiahkan untukku
Ajarkan aku untuk yakin,
Yakin bahawa segala yg Engkau berikan tersimpan 1001 hikmah

Ya Allah...
Aku hanya insan kerdil yg menumpang di bumi-Mu
Hanya pada-Mu aku sandarkan segalanya..
Pinjamkan aku sedikit ketabahan dan kekuatan untuk aku melaluinya segalanya...

HeartNote: Hati tolonglah terus tabah dan teruskan tersenyum kerana hidup ini terlalu indah untuk kita bersedih.

Keep Istiqamah :)