Friday 30 March 2012

Life Is A Journey Not A Destination


Life is a journey that must be traveled no matter how bad the roads and the accomodations - Oliver GoldenSmith

Dalam suatu perjalanan hidup, cita-cita terbesar adalah untuk menjadi lebih baik. Adakalanya kita terpaksa berjuang untuk menyingkap rahsia kehidupan. Tanpa kita sedari kita telah berada di fasa kehidupan sekarang yang kita sebutnya suatu ketika dulu 'Future @ masa depan'. Waktu yang terus berputar, tidak pernah berhenti dan sekaligus telah meninggalkan masa lalu. Adakah keadaan sekarang merupakan masa depan yang pernah kita impikan atau masa depan yang kita tidak pernah menyangka bahawa kita begini.

Dalam perjalanan hidup ini kadang kita berduka, kadang kita gembira. Apabila kita jatuh kita bisa bangun kembali kerana rahmat dari-Nya. Kadang dalam satu masa boleh terjadi sedih dan gembira kerana kasihnya Allah kepada kita. Jalan yang bakal kita pilih samada baik atau buruk semuanya terletak di tangan kita sendiri kerana kita yang memandu arah hidup kita. 

Tapi tidak semua yang kita lakukan akan berhasil. Kadang kita akan jatuh, sakitnya mula terasa. Apabila menghadapi kesulitan seringkali kita terduduk dan menangis memikirkan bagaimana cara untuk lalui semua ini. Tapi kita tetap terus berjalan menurut sang waktu yang terus berputar dan tanpa kita sedari semuanya berubah. Kita bukan yang dulu lagi, kita menjadi kita yang baru. 

Setelah susah akan datang senangnya kerana semua ini sudah ada Pengatur terbaik iaitu Allah. Berusaha berjuang untuk mencapai tujuan kita dengan baik dan percaya segalanya akan berakhir dengan baik. Perjalanan di dunia ini adalah untuk menuju ke akhirat kelak. Kerana itu hidup ini adalah perjalanan bukannya destinasi. Destinasi kita adalah di akhirat kelak. Kehidupan ini adalah untuk mengumpul seberapa banyak amal dan menjalankan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah. 

Life is just a mirror, and what you see out there you must first see inside of you.


Lewatilah hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah. 


Keep Smile  (^_^)

Wednesday 28 March 2012

Am I a stranger??

I JUST DON'T UNDERSTAND OUR RELATIONSHIP.
SOMETIMES I FEEL LIKE WE'RE FRIENDS,
SOMETIMES I FEEL LIKE WE'RE MORE THAN FRIENDS,
BUT SOMETIMES I FEEL LIKE I'M JUST A STRANGER TO YOU.

  

Keep Smile (^_^)

Tuesday 27 March 2012

Silence

I MIGHT IGNORE YOU,
BUT IT DOESN'T MEAN THAT
I DON'T LIKE YOU ANYMORE,
IT'S JUST MEAN THAT 
I AM TIRED.

 
Keep Smile (^_^)

Thursday 22 March 2012

Alhamdulillah

Kesakitan yang kembali menjengah membuatkan hati makin sakit. Namun tersedar dari lena bahawa ini bukan mimpi namun sebuah kenyataan yang harus dihadapi. Namun kuatkah aku untuk melaluinya sekali lagi, hanya kepada Allah aku bergantung. 

Kali ini aku tidak akan jatuh lagi kerana aku yakin akan ada tangan yang akan membantu. Cermin yang kini ku pandang kosong, kuamati dalam-dalam. Walaupun berjuta kali tersenyum namun senyuman itu tetap tidak berseri. Kesakitan yang cuba disembunyikan dengan senyuman tetap tidak dapat menghilangkannya.

Namun bibir ini akan tetap terus tersenyum walau tidak seindah dulu, walau telah menjadi sumbing malah kelihatan sinis tapi hati berkata, teruslah cuba untuk mengukir seikhlasnya sebuah senyuman. 

Air mata yang sering dihamburkan kini seakan-akan kering setelah bak hujan yang tiada hentinya. Susah payah ayat-ayat cinta Allah dibaca bersulamkan tangisan yang tiada sudah. Sudah puas jari mengira tiap butir tasbih dengan diiringi zikir kepadaNya meniti di bibir. Hati tetap terus berdoa agar diringankan segala beban.



Hanya kesakitan yang dirasakan kini. Sakit. Biarlah hanya Dia yang mengetahuinya. Biarlah hanya Dia yang mendengar tangisan ini. Biarlah hanya Dia yang menjadi pendengar setia. Biarlah hanya Dia yang bersimpati pada diri hina ini. Biarlah hanya Dia yang sentiasa di sisi ini. Bukan manusia yang lainnya.

Bersyukur kerana menjadi insan terpilih untuk merasakan kesakitan ini. Bersyukur kerana Dia masih menyayangi. Bersyukur kerana Dia seringkali mengingatkan bila saja diri alpa. Bersyukur kerana kasih sayangNya diri masih lagi di sini. Bersyukur kerana Dia menjadikan diri masih kuat. Alhamdulillah.

Kata ibu : "Allah uji kerana Allah sayang, Allah uji kerana nak uji kesabaran, Allah uji kerana Dia tidak mahu kita alpa, Allah uji kerana Allah nak tingkatkan iman, Allah uji kerana Dia rindukan pengaduan dari kita, Allah uji kerana Dia rindu kita bercakap denganNya. Allah tidak akan menguji di luar kemampuanNya dan Allah tahu kita kuat untuk melalui segalanya".

Wahai hati tetaplah bersabar dalam ketaatan. Jangan biarkan aku rebah sebelum masanya. Aku masih perlu teruskan melangkah. Andai aku rebah bangunkan aku kembali. Kerana perjuangan aku masih belum sampai ke penghujungnya. Hati, terimalah ujian ini dengan redha kerana segalanya kehendak Yang Esa. Senyuman yang ikhlas akan terus menghiasi bibir ini esok. Akan muncul pelangi setelah hujan. InsyaAllah.



Keep Smile (^_^)

Di sebalik

"JIKA AKU SELALU TERSENYUM DI HADAPANMU, BUKAN BERERTI AKU TIDAK PERNAH MENANGIS DI BELAKANGMU"

 


Keep Smile (^_^)

Sunday 18 March 2012

Allah..Jagakan dia untukku



Ya Allah..
Walau siapa pun dia
Jagalah dia untukku
Seperti mana aku Engkau menjaga aku untuknya

Ya Allah..
Diri ini tidak sempurna
Begitu juga dia
Namun bantulah kami untuk menjadi sempurna
dan saling melengkapi

Ya Allah..
Perjalanan dalam mencari siapa dia
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahuinya 
Walau aku tidak pernah tahu siapa dia
Namun jagalah hatiku hanya untuknya

Ya Allah..
Tetapkanlah hatinya dalam mencintaiMu
Kerana cinta kami hanya untukMu
Jagalah imannya kerana kelak dia akan menjadi imamku

Ya Allah..
Kukuhkan sabar di hati dia dan aku
Agar kami nanti bersatu di bawah redhaMu
Pupukkanlah kasih sayang di hati kami hanya keranaMu

Ya Allah..
Berikanlah dia kekuatan dan kesihatan
Kurniakanlah kepadanya kesenangan dan kegembiraan
Agar aku turut senang melihat dia seandainya Kau izinkan

Ya Allah...
Jagakan dia untukku
Kerana aku tidak pernah tahu siapa dia
Satukan kami apabila tiba masanya
Kerana kami inginkan keredhaanMu

Ya Allah..
Dalam sujud ku berdoa
Jagakan dia untukku
Lindungi dia untukku
Redhailah dia disetiap langkahnya

Keep Smile (^_^)

Friday 16 March 2012

Wow, Single???

Bismillahirahmanirrahim.. In The Name of Allah of The Most Gracious and The Merciful.



Sesiapa yang masih lagi single mesti dah boringkan menjawab soalan2 seperti ini, "Bila nak kahwin?, Tak takut jadi andartu ker?, Tak boring ke hidup sorang2?" dan macam2 lagilah yg dipersoalkan.

Dan ini jawapan yg skema selalu dijawab, " Belum ada jodoh lagi, tak ada orang nak, nak wat camne kan jodoh tak sampai lagi, malaslah nak kahwin".

Is it a sin for still being single at the age of 26? Kalau zaman2 dulu mungkin orang pelikla kot, tapi zaman sekarang ni wanita sibuk mengejar kerjaya dulu. Even bagi aku sendiri pun walaupun terasa gatal nk kahwin tapi bila fikir balik still rasa belum bersedia. Masak pun tunggang terbalik lagi, kang tak pasal hari2 suami aku makan biskut kering cicah air teh je. sadis~ wakakaka. 

Teringat kata2 dari anak sepupu semalam, " Cik Onn, fiza dah putus ngan pakwe fiza, lelaki tu penipu".  Kata aku, "kan dah kata usahla main cintan cintun ni, buang masa je pun. Bila Cik onn kata fiza taknak dengar last2 kita jugak sakit hati, see me i'm happy with myself now." Dia menjawab lagi, "Fiza tak nak jadi macam cik onn, dah 26 tapi belum ada sesapa lagi, kan kahwin lambat pulak tambahan pulak nanti fiza bosan takde sesapa. Orang lain sume ade couple, so fiza pun nak ada jugak peneman untuk sms, call nanti tak la fiza sunyi". Alahai, nasib baik la aku sayang dia kalu tak lama dah aku pelangkung.hahaha~~ Umur pun baru mencecah 22 tahun dah fikir nak kahwin segala bagai, masih muda lagi aku rasa. Ayoyoyo~~

Hmmm, sometimes you thought that you are alone but you forgot one thing, Allah will always there for you. Kita je yang sombong dengan Allah, kita butakan mata hati kita dengan cintaNya kerana bagi kita cinta manusia itu lebih bernilai. Aku senang dengan keadaan sekarang ini, hati aku di jaga Allah. DIA lebih tahu siapa pemilik hati ini. Buang masa jer duk sayang pada yang belum halal. Belum tentu dia pun sayang kita dan belum tentu dia akan jadi milik kitakan?. So bila sampai masanya nanti Allah akan permudahkan segalanya. InsyaAllah

Terasa indah bila terbaca tentang kisah percintaan antara Fatimah Az-Zahra dan Saidina Ali. Cinta Dalam Diam. Mereka memendam perasaan cinta di hati masing-masing sehinggalah Allah menyatukan mereka setelah berbagai dugaan yang dilalui oleh Saidina Ali. Allah Maha Mengetahui atas segala-galanya dan kerana itu Allah menyatukan mereka di bawah redhaNya.

Sudah fitrah wanita ingin disayangi dan menyayangi namun ia menjadi complicated bila saja berbicara pasal hati, bagi aku la. Orang lain mungkin tak. Sebab hati ni mudah sangat terusik bila saja ada lelaki yang cuba mengambil berat. Cukuplah cinta dalam diam kerana Allah Maha Mengetahui, serahkan segalanya pada Allah. Itu lah yang sepatutnya.

Jika dia benar untuk kita, insyaAllah Allah akan permudahkan segalanya untuk kita. Tak payah la nak bersedih bagai nak rak kalau awak tu single...Bukannya hancur pun hidup kita kalu kita ni takde pakwe. Kita masih ada Allah, family dan kawan2 yang sentiasa di sisi bagi support kat kita ni.

Seringkali seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup dilalui, curam dan jurang sabar ditempuh. Namun apabila dia memilikinya, dia dapati insan yang dikejar hanya dedaun kering cuma.

Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tidak disalur dengan suluhan petunjuk Al-Quran dan As-Sunnnah. Urusan jodoh di tangan Allah, sudah sedia tercatat seungkap nama di Luh mahfuz buat kita. Apa yang pasti samada cara kita mendapatkannya diberkati atau sebaliknya. Wallahu'alam.

Untuk awak yg saya sayang walau siapa pun awak. Awak, saya sikit pun tak jeles if diorang semua ada boypreng coz i'm lucky, Allah sedang menjaga saya. Awak, saya langsung tak kisah bila diorang story kisah cinta diorang yang sweet tu sebab saya tahu Allah sedang mengatur something yg sweet sangat for both of us. Biarlah Allah menemukan kita di saat kita betul2 bersediakan? Sekarang ni azam saya just to be a better muslimah untuk agama, family dan diri sendiri dulu. Barulah boleh berazam untuk menjadi isteri yang solehah untuk awak nanti. I know Dia writes our loves story and its amazing because Dia knows the best for us sebab tu kita tak jumpa lagi. Awak, kalau orang lain sibuk mencari cinta biarlah kita sibuk mencari iman kerana saya tidak mahu awak hanyut dalam dunia yang sementara ini. Awak, letakkan Allah di tempat tertinggi sekali dalam hati awak. Jangan cintakan saya lebih awak cintakan Pencipta kita. Bila awak utamakan Dia, awak dah dapat segala-galanya dalam hidup ini. Biarpun awak keseorangan dalam dunia ini namun Dia sentiasa bersama awak. Semoga Allah melindungi awak walau di mana jua awak berada. TAKE CARE OF YOUR IMAM, HATI and URSELF K.

Single???
Well, ALLAH is looking 
at you right now and saying:
       I'm saving this 
     person for 
             someone special


Kadang-kadang hati tertanya-tanya siapa dia pemilik cintaku selepas Allah dan Rasulku. Jawapannya hanya Allah yang tahu dan yang pastinya Allah adalah cintaku yang Agung.

Keep Smile (^_^)

Wednesday 14 March 2012

Kawan

Kenapa kita mudah melupakan kawan lama bila kita mula dapat kawan baru??
Adakah dia hanya sekadar tempat persinggahan?? 
Jangan sesekali melupakan seseorang yang sentiasa di sisi ketika senang dan susah kerana bila kehilangan baru kita akan sedar betapa bernilainya dia kepada kita......

Keep Smile (^_^)

Monday 12 March 2012

Setiap acuan tidak sama


Bila aku sebut lagu nasyid iman adalah mutiara, semua orang mesti tahu kan. Lagu kumpulan Raihan. Aku paling suka part ni:

Iman tak dapat di warisi
Dari seorang ayah yang bertakwa
Iman tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai


Kenapa lirik lagu dia macam ni ek? Dulu lagu ni keluar aku masih lagi budak2, yela masih lagi di sekolah rendah. Budak yg tak tahu berfikir lagi. Tapi sekarang baru aku mengerti. Sebab tak semestinya ibu dan ayah seorang yang kuat pegangan agamanya maka anaknya jua begitu. Zaman sekarang terlalu banyak dugaan hidup. Zaman dah berubah, dunia makin maju, terlalu banyak anasir-anasir luar yang masuk. Remaja sekarang lebih terdedah dengan budaya yang di bawa masuk ke negara ini tanpa kita sedari. Budak-budak sekarang terlalu senang memberontak. Silap langkah mereka akan mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang tidak baik.

Tapi tidak semestinya kalau kita tengok sebuah family yang open minded, parents dia tak kisah pun dia keluar dengan kawan-kawan sampai larut malam. Kalau kisah pun mereka just tegur biasa jer asalkan anaknya tidak melampaui batas. Then, tidak semestinya mereka tu berperangai buruk dan buat perkara diluar batasan. Tepuk dada tanya iman.

Macam family aku, ibu dan arwah ayah bukan jenis yang control anak-anak. Tambah-tambah aku yang lepas saja habis SPM terus merantau jauh ke negeri orang. But dalam tak control tu, we must respect them. Parents dah bagi kepercayaan kepada kami adik beradik untuk mencorakkan hidup kami. Tak kisah la nak jadi apa as long as kita tak buat perkara yang bukan-bukan. So sebagai anak jangan sesekali hilangkan kepercayaan yang di beri oleh ibu bapa. Sebab tu la sampai sekarang nak ke mana-mana mesti aku inform ibu terlebih dahulu, even aku keluar dengan kawan-kawan perempuan sekalipun.

Tapi bila keluar dengan lelaki tu kena la ingat kita ni ada emak ayah. So jangan cuba-cuba untuk masukkan diri ke lembah hina. Keep remind that as a muslim kita ada yang halal dan haram. Tapi bila kita ada family yang kurang dalam soal agama tak semestinya kita kena ikut mereka. Kita sendiri tahu apa yang halal dan haram then why not kita teruskan niat baik kita untuk menjaga diri kita sebagai seorang islam.

Bila kita rasa kita makin baik dari sebelumnya, jangan kita judge family kita pulak. Buat mereka faham yang kita ingin berubah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah mereka akan faham lagipun kita ingin membuat perkara baik. Pada aku family adalah segala-galanya. Tanpa mereka dan tanpa sokongan dari mereka tidak mungkin aku akan menjadi seperti sekarang, tidak mungkin aku boleh berdiri atas kaki sendiri. Ibu dan arwah ayah yang banyak mengajar aku untuk berdikari sendiri, tidak memanjakan aku even i am the only daughter menjadikan aku seperti sekarang. Alhamdulillah.

So, tak payah la kita sibuk judge orang lain. "eh, budak tukan mak ayah dia baik-baik, tapi anaknya perangai macam s****". Jangan aib orang kita nampak tapi aib kita langsung tidak perasan. So, acuan tidak semestinya sama. Sebagai contoh antara kami adik beradik, semua perangai lain-lain. Ibu pernah kata, 10 orang anak 10 perangai mak kena hadapi tapi anak mak ada 4 jer, so 4 perangai. Masing-masing dengan perangai masing-masing tapi tu la yg membezakan kami. Walaupun salah seorangnya bermasalah sikit tapi alhamdulillah kasih sayang antara kami tidak pernah hilang. Dan jangan sesekali jauhkan diri dari mereka kerana mereka amat perlukan sokongan, nasihat dan bimbingan dari kita. "Dalam setandan pisang tidak semuanya molek-molek belaka, mesti ada yg buruk". Bak kata pepatah 'Air Dicincang Tidak Akan Putus', itulah ibaratnya hubungan adik beradik.
Bila kita dilahirkan ke dunia ini sebagai manusia dan sebagai hamba Allah di muka bumi ini, hanya kita saja yang boleh mencorak arah hidup kita bukannya orang lain. Jika berada di persimpangan antara tiga jalan pilihlah jalan terus kerana itu adalah jalan terbaik. Kanan dan kiri pula akan membawa kita ke arah keburukan. Yang mana bakal menjadi pilihan kita itulah yang akan mencorakkan hidup kita. So tepuk dada tanya iman.

Aku menulis entry ini bukan bermakna aku baik namun aku sentiasa ingin berubah menjadi lebih baik. Entry ini adalah untuk mengingatkan aku sendiri yang kadang-kadang alpa kerana aku juga adalah insan biasa yang sentisa mencuba untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik. InsyaAllah. 

Keep Smile (^_^)

Saturday 10 March 2012

~Keep Silent~

Now it is the time..
Time to let go of everything,
Time to move forward,
Without looking back anymore,
Leave all the pain,
Even though I knew that its hard to forget someone
That give You so much to remember, 
But I know that I can,
And I will keep silence,
This maybe the best for us,
Let it be a beautiful memories,
Time to open a new chapter in life,
Open this heart to a new person,
I'm still able to smile whatever happen,
Because I know that..
Allah will always with me...
InsyaAllah.




Keep Smile (^_^)

Friday 9 March 2012

Dunia vs Akhirat


Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana atas nikmat islam dan iman. Kadang-kadang terfikir sejenak kenapa orang islam sekarang ramai yang murtad padahal ramai orang bukan islam makin ramai juga memeluk islam kerana merasakan indahnya islam. Namun kita sendiri sebagai muslim tidak merasa islam itu indah. Dimanakah letaknya keindahan islam itu pada diri kita. Sepatutnya kita bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang muslim. Kehidupan di dunia adalah kehidupan yang sementara. Kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang kekal selamanya. Semua orang islam mengetahui tentang hal ini, namun berapa ramaikah yang bersiap sedia dan memahami nilai dunia di sisi Allah S.W.T?
Setiap hari kita sentiasa sibuk dengan urusan dunia sehingga kita terlupa untuk memikirkan untung nasib kita setelah meninggalkan dunia ini nanti. Sebagai muslim kita percaya bahawa kehidupan di dunia ini adalah sementara dan kehidupan yang kekal abadi adalah di akhirat nanti. Bila di flash back kehidupan aku yang telah berlalu dua dekad lalu, amalan bekalan ke akhirat amatlah sedikit sekali. Di mana bijaknya jika aku lebih banyak bekalan di dunia yang sementara ini berbanding bekalan akhirat yang kekal abadi? Sehabis saja SPM, terus menyambung ke Diploma, habis diploma terus further ke Degree. Walaupun kelas agama dan usrah tidak aku lupakan namun sedikitnya dari masa yang aku luangkan untuk belajar ilmu menuju ke akhirat sana, langsung tiada persiapan untuk menghadapi hari pembalasan nanti. Tanya pada diri, " adakah kita tergolong di kalangan orang bijak atau orang lalai?". 


Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menjadikan akhirat harapannya, Allah akan menjadikan rasa cukup di dalam hatinya serta mempersatukannya, dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan menyerah diri. Tetapi sesiapa yang dunia menjadi harapannya, Allah akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya serta mencerai-beraikannya, dan dunia tidak akan datang kepadanya kecuali dalam sekadar apa yang telah ditetapkan baginya.” (Riwayat al-Tirmizi)

Sepatutnya dunia kita cari dan akhirat yang kita kejar namun yang terjadi sekarang ini adalah sebaliknya. Kita lebih senang mengejar dunia hingga kita melupakan akhirat. Letaklah dunia di tangan dan akhirat di hati, insyaAllah kita akan selamat. Namun bukan mudah bagi kita yang hidup di dunia sekarang ini untuk meletakkan akhirat di hati kita. Pelbagai cabaran dan dugaan akan kita hadapi setiap hari selagi kita berada di dunia ini bermula dari bangunnya dari katil sehinggalah kita dimatikan untuk sementara waktu di malam hari. 

Sesiapa yang sentiasa mengejar dunia tidak akan pernah merasa cukup dengan apa yang diperolehinya. Semakin banyak yang dia dapat semakin banyak pula yang diinginkan kerana dia tidak pernah bersyukur atas rezeki yang Allah beri. Terlalu sibuk dengan hal-hal dunia hingga melupakan akhirat yang kekal abadi dan akan menghalalkan segala cara untuk mendapatkan sesuatu yang diingini. Seseorang yang hidup untuk dunia juga tidak akan memberi peluang kepada orang lain dan sentiasa menyalahkan orang lain sekiranya dia gagal padahal sepatutnya dia redha menerima segala ketentuan dari Allah.

Padahal sesiapa yang beramal untuk akhiratnya, Allah akan mencukupkan dunia untuknya. Kejar akhirat dan dunia akan datang kepadanya, itulah yang diibaratkan dengan 'dunia di tangan akhirat di hati'. Dunia memang penting. Islam tidak pernah menolak dunia seperti dalam firman Allah yang bermaksud "Carilah apa yang dikurniakan Allah terhadap perkara akhiratmu dan janganlah kamu lupa akan urusan duniamu..." 

Seimbangkan lah kedua-duanya kerana hidup di dunia ini adalah sekali dan akhirat pula tempat kekal abadi. Hati kita umpama jari yang mudah dibengkokkan. Apa yang kita boleh buat ialah sentiasa bermohon kepada Allah agar diberi bimbingan dan petunjuk supaya hati kita tidak berpaling ke jalan yang dilarang dan sentiasa berada di jalanNya.

Entry ni just sebagai iktibar untuk mengingat dan mendidik diri. Usia ini sudah hampir ke penghujungnya!! 
Yang Indah Itu Di Hati Bukan Di Mata
Wallahu'alam.

Keep Smile (^_^)

Tuesday 6 March 2012

Ayah, aku rindu padamu

When you are a daughter, you are opens a door for your father to Jannah
When you are a wife, you are a completes half of the deen of your husband
When you are a mother, jannah is under your feet




"If everyone knew the true status of a muslim women, even the men would want to be women" (Syaikh Akram Nadawi)

Sebab itulah aku sangaaaat sayaaaaaang ayahku. Wanita yang baik ketika dia masih menjadi anak, syurga baginya adalah taat kepada kedua orang tuanya. Ini kerana wanita tersebut masih lagi menjadi tanggungjawab seorang ayah sehinggalah tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang lelaki yang bernama suami.  Walaupun ayah kita telah tiada namun apabila sesuatu dosa kita lakukan ayah di sana juga terpaksa menanggungnya akibat dari perbuatan kita. 

Tapi yang kita lihat sekarang ini, wanita-wanita melebihkan lelaki lain yang bergelar kekasih melebihi seorang ayah sehingga sanggup mengenepikan ibu dan ayah. Segala keputusan bukan lagi di bawah kuasa seorang ayah tapi kekasihnya. Ingatlah wahai muslimah, suatu ketika dahulu ayahmu yang membanting tulang untuk menafkahimu bukannya kekasihmu, ayahmu yang menyekolahkanmu hingga ke universiti padahal belum tentu dia merasakan bangku sekolah yang kau duduki namun matamu terus tertutup akibat dari cinta tidak halalmu itu. 

Ayahmu amat menyayangimu kerana dia pun menginginkan kamu menyayanginya, dia amat mengasihimu kerana itu dia bersusah keranamu. Ayahmu tidak mahu kamu mengalami kesusahan sedikit pun dan inginkan hanya yang terbaik buatmu. Menyekolahkanmu membuatkan kamu menjadi pandai agar nanti kamu tidak akan menjadi seperti dia. Apa yang kamu perlukan sebolehnya dia cuba membuatnya menjadi kenyataan. 


Fikiran jauh melayang merindukan kasih sayang seorang ayah. Seorang ayah yang telah meninggalkan dunia ini ketika diri ini masih lagi memerlukan belaiannya, tawanya dikala kegembiraan dan gurauannya seringkali menjadi pemujuk duka.


Pelukanmu ayah masih segar terasa, masih hangat dalam ingatan walaupun ayah sudah lama pergi. Wajahmu yang sentiasa ceria walaupun dalam kesakitan selalu bermain di minda ini membuatkan hatiku rindu selalu. Sungguh diri ini rindu pada setiap bicaranya.

Seperti baru semalam kita bergurau senda, gurauanmu masih terasa dan gelak tawamu masih kedengaran. Seperti baru semalam ayah berada di sisi kami, menjadi imam, menjadi ketua, menjadi nakhoda kapal buat kami namun apakan daya janji Allah itu pasti bahawa mati itu pasti dan yang pastinya Allah menyayangimu ayah. 

Kadangkala hati ini pilu, sedih dan cemburu melihat teman-teman yang masih lagi berpeluang dan diberi kesempatan untuk bermanja-manja dan bergurau senda dengan ayah mereka. Mereka masih lagi mempunyai seorang ayah untuk mereka berkongsi masalah, berkongsi air mata dan berkongsi tawa sedangkan aku telah kehilangan semua itu sejak setahun yang lepas. Namun apalah hak aku untuk cemburu kerana semuanya adalah milik Allah dan hanya Allah yang berhak atas segalanya. 

Jika kau masih lagi di sisi, mungkin kau akan tersenyum puas kerana anakmu ini telah berjaya menjadi seperti yang kau inginkan. Masih kuingat, kau berkata dulu, "ayah percaya kak tak macam perempuan sekarang ni, kak mampu menjaga diri sendiri kerana kak anak ayah yang kuat. Menangis hanya akan membuatkan kita lemah. Apa yang orang nak kata, katalah yang penting kita tahu apa yang kita buat. Ayah nak kak belajar sampai habis, buktikan pada orang lain yang kak pun boleh. Ingat Allah." Itulah kata-kata akhir ayah sebelum dia meninggalkan diri ini selama-lamanya. Kini diri telah redha menerima segala ketentuan dariNYA.


Ayah,
Cintamu tidak akan sesekali aku khianati
Kerana kasih buatmu sentiasa di hati
Dan tak mungkin ditukar ganti
Hingga akhir hayat namamu akan sentiasa terukir di hati

Ayah,
Aku sering meminta darimu
Tapi kau tidak pernah meminta dariku
Berilah aku peluang untuk berbakti kepadamu
Walau hanya bacaan al-Quran dan doa dapat kuhulurkan buatmu

Ayah,
Walau kini kau tiada di mata
Namun tiada saat yang berlalu tanpaku mengenangmu
Kerana kasih sayangmu tiada bandingnya
Kerana hati ini sarat dengan kenanganmu

Ayah,
Selamanya aku tetap bidadari kecilmu
Kerana kasih sayangmu tiada bertepi
Senyuman yang sentiasa di bibir ini adalah untukmu
Kerana gelak dan tawaku kau yang ajari

Ayah, 
Kau akan sentiasa di hatiku
Pesanan akan tetap utuh di minda
Nasihatmu akan tetap di jiwaku
Amanahmu tidak sesekali aku lupa

Ayah,
Pengorbananmu tetap abadi di jiwa kami
Semoga kau tenang di sana
Doa kami sentiasa bersamamu.........

Buat teman-teman di luar sana yang masih merasai nikmat kasih sayang dari seorang ayah, bersyukurlah anda. Sayangilah mereka seperti anda menyayangi diri anda sendiri. Kita seringkali tidak hargai apabila mereka di depan mata namun apabila kehilangan baru kita akan sedari betapa dalamnya kasih sayang kita terhadap mereka. Berbuat baiklah kepada ibu dan bapa kerana tanpa mereka siapalah kita. Pengorbanan mereka kepada kita terlalu besar. 
Allah menguji kita dengan sesuatu yang sangat kita sayang,
Kita diberi cubaan dengan kehilangan,
Allah menguji kita dengan sebuah impian yang amat kita harapkan,
Kita terduduk berlinang air mata saat impian kecundang
Sesungguhnya DIA lah pemberi segala kerana segalanya kepunyaanNYA
Saat ditariknya nikmat yang ada, DIA sedang mengaturkan untuk kita sesuatu yang lebih berharga
Bersangka baiklah dengan Allah sentiasa.....


Keep Smile (^_^)






Friday 2 March 2012

Aku hanya ingin menjadi....



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim...
Kau ampunilah dosa ku yg telah banyak ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal

Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Kau penuhkanlah hatiku ini dengan segala kasih dan sayang


Ya Allah...
Sekiranya dia adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya dia adalah lelaki yang Kau titipkan buatku

Kuatkanlah rasa cinta kami terhadapMu
Sekiranya dia adalah jodohku yg akan membimbing tanganku dititianMu kelak
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya dia adalah peneman untuk ku di Jannah Mu


Satukanlah kami di bawah redhaMu
Sekiranya dia adalah yang terbaik untukku di dunia dan akhirat-Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya dia adalah jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Sekiranya dia adalah jodoh yang Kau tetapkan sejak aku berusia 4 bulan dalam perut ibuku
Kau rahmatikanlah kami dan kuatkanlah rasa kasih dalam hati kami
Kau jauhkan kami dari melakukan maksiat dan dosa kepadaMu
Agar hubungan kami tidak dicemari dengan segala noda dan dosa


Tetapi Ya Allah...
Sekiranya dia ditakdirkan bukan untuk diriku
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Tunjukkan aku jalan untuk menuju redhaMu

Jauhkanlah aku dari kekecewaan
Kau pertemukanlah aku dengan jodoh yang sebenar-benarnya untukku
Agar aku tidak terus dibelenggu perasaan cinta yang tidak halal untukku 


Ya Muhaimin...
Andai cinta ini membuatkan aku lemah Kau hilangkanlah
Andai cinta ini membuatkan aku sedih Kau jauhkanlah
Andai cinta ini membuatkan aku kecewa Kau tariklah
Andai cinta ini membuatkan aku alpa Kau sedarkanlah
Andai cinta ini membuatkan aku jauh dariMu Kau ingatkanlah
Betapa sukar untuk aku menghilangkan dia dari minda
Betapa susah untuk aku kikis dari hati
Berikanlah aku kekuatan untuk menjauhkan diri darinya
Andai ini yang terbaik buat kami
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaan
Kau pandulah aku untuk menarik diri keluar dari terus terlena


Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap dalam berbuat keputusan

Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai khalifah di bumiMu
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu
kerana aku tidak sanggup ke nerakaMu 
Tapi aku juga tidak layak untuk syurgaMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu


Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu

Aku hina tanpa RahmatMu


Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku wanita yang disenangi manusia

Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi wanita solehah


Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku redha dan pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru

Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu


Ya Allah Ya Tuhanku…
Aku hanya ingin menjadi wanita yang dirahmati
Wanita yang dikasihi
Wanita yang berpegang teguh pada agamaMu
Wanita yang solehah

Wanita yang berjasa kepada agama, keluarga dan negara.
Amin Ya Rabbal Allamin..


Keep Smile (^_^)