Tuesday 28 February 2012

Aku ingin melihatnya bahagia


Saat aku mula mengenali dirinya
Diri seakan bahagia
Tiada setitik mutiara yang jatuh ke riba
Kerana hadirnya membawa cahaya

Hadirnya dalam hidupku
Mampu mengubat hati yang pilu
Mampu menghapus kenangan sendu suatu ketika dahulu
Yang membiarkan aku terus hanyut dalam rindu palsu

Cinta bertepuk sebelah tangan
Itulah yang sesuai dijadikan ungkapan
Kerana berperangnya antara hati dan iman
Menyuruhku melupakan segala kenangan

Niat tidak boleh menghalalkan cara
Apa yang haram tetap haram di sisiNya
Aku ingin mencintai dan dicintai dengan redha dariNya
Kerana di situlah hadir segunung rahmat dariNya

Aku bukanlah hamba yang baik dan sempurna
Aku tidak sempurna tanpa cintanya
Namun tanpa cinta Allah hidup lebih tidak sempurna
Haruskah aku melupakan dia

Ya Allah
Aku ingin dia mencintaiMu dan agamaMu
Aku ingin melihat dia bahagia dengan cinta dariMu
Kerana aku juga bahagia dengan cintaMu
Semoga aku dan dia mendapat rahmat dan syurgaMu

Ya Muhaimin
Aku berharap doaku diperkenankan
Agar aku dan dia tidak menyusuri jalan kesesatan
Agar kami bahagia meneruskan kehidupan

Ya Illahi
Andainya dia bukan tertulis untukku
Redhakan aku menerima segala dariMu
Jauhkan aku dari segala rasa kecewa dan pilu
Kurniakan kepadanya seorang layak untuk dirinya dan juga aku

Ya Rabbana
Sampaikan pesananku kepadanya
Kau berikanlah cahaya hidayahMu kepada aku dan dia
Kau berikanlah aku kekuatan untuk hidup tanpa dia
Kau hapuskanlah ingatan aku padanya
Sehingga aku tahu dia adalah jodohku selamanya......

Aku hanya ingin kamu mengerti bahawa aku tidak akan pernah berhenti dari menemani dan menyayangimu selagi diizinkan Allah. Tuhan tolong jaga aku dan dia kerana aku hanya ingin melihatnya tersenyum bahagia.
Aku hanya bisa berharap
Aku hanya bisa menunggu
Aku hanya bisa berdoa
Aku hanya bisa berusaha
Dan akhirnya aku berserah hanya pada-Nya, Sang penentu takdir Yang menentukan segalanya dan maha berkehendak. Cintaku pada manusia terbatas tetapi tidak cintaku pada-Mu Ya Allah...

Jangan cintai seseorang setinggi langit, kerana langit bisa runtuh…Jangan cintai seseorang sedalam lautan, kerana lautan bisa surut…Jangan cintai seseorang sebesar dunia, kerana dunia bisa hancur. Cukup cintai seseorang sehujung kuku, walau kecil, walau selalu dipotong, ia akan selalu tumbuh…

Keep Smile (^_^)

Monday 27 February 2012

Mencari Cinta

800ry9-1.jpg
Saban malam
Hati sering mencerna
Apakah rasa ini adalah anugerah dariMu
Atau sekadar mainan syaitan semata-mata

Lalu diri membawa sejadah menghadapMu
Mengangkat takbir dan bersujud kepadaMu
Kerana cintaku padaMu
Tidak akan kubiarkan cinta yg lain mengatasiMu

Aku serahkan segalanya padaMu
Aku yakin dengan setiap janjiMu
Jika ini belum masanya hindarilah perasaan ini
Jauhkan aku dari segala rasa kecewa

Aku lelah dengan percaturan hidup ini
Lelah dengan mainan perasaan sendiri
Lelah dengan segala yg berlaku
Aku buntu mencari jalan keluarnya
Sesungguhnya aku adalah insan yg lemah

Aku ingin mencari cinta yg sejati
Cinta seseorang yg melabuhkan cintanya kepadaMu
Sesungguhnya cinta yg mula bertapak ini menyakitkanku
Bantulah aku menghilangkannya

Mungkinkah dia jodohku
Mungkinkah dia yang akan menjadi imamku
Adakah dia yang Allah ciptakan untukku
Adakah dia yang akan menemani aku menuju JannahMu
Hanya Engkau yang tahu

Jadikanlah hati ini indah diselubungi cinta
Tanpa mengurangkan rasa cinta kepadaMu
Wahai hati tetaplah bersabar dalam ketaatan
Ia akan indah apabila tiba masanya.....

Keep Smile (^_^)

Friday 24 February 2012

Separation

Forgive me my friends,
If separation I had to give to you,
Although my hearts feels so sad to say it,
But time forces me to give it.


Flowers dropping slowly from the branches,
In the dusking dawn while being blown by the wind,
The flowers that bloom in the early sunset,
Will be the messengers of my heart.


I sent to you with the dawning of the day,
A message of true and friendship,
I give you all of my hope and faith,
But forgive me...


Accept my hands, reaching out for forgiveness,
At this point, we will part from each other,
Living our separate ways,
But don't say goodbye.


Someday and somewhere, we will meet again,
Then there will be memories again,
At the end of our journey,
Don't forget others all around you.



Keep Smile (^_^)

Monday 20 February 2012

Sahabat Selamanya



Kadang-kadang dalam dunia ini kita tidak mempunyai sesiapa kecuali diri sendiri, namun dalam kita bersendiri kita beruntung kerana dikurniakan seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan ketulusan dan kejujuran darinya begitu juga dia tetapi kita sering lupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang perasaan dan harapan kita dan kita rasa dikhianati bila dia mungkir janji. Kita terlupa bahawa kita juga pernah membuatnya tertunggu-tunggu kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. 

Seperti kita, dia juga ada rasa kecewa tapi kita sering terlupa. Untungnya kita mempunyai seorang sahabat yang sentiasa di sisi kita bila kita memerlukannya. Dia mendengar luahan hati kita, segala rasa kecewa dan ketakutan yg kita alami, harapan dan impian kita luahkan, dia membantu kita menyelesaikan di setiap kali masalah bertandang. Kita asyik bercerita tentang kita hingga kita lupa bahawa dia juga mempunyai cerita yang ingin dikongsi bersama kita. 

Pernahkah kita memberi peluang kepadanya untuk menyatakan rasa bimbang dan takutnya? Pernahkah kita menyabarkan dia sepertimana dia menenangkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatan sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita terjatuh dan menyerah kalah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa dia boleh mempercayai kita dan bersandar bila terasa lemah dan ingin rebah?

Sesekali jadilah kawan yang boleh mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia dan dia juga mempunyai rasa kecewa, gembira, sedih, terluka, takut dan bimbang. Kita selalu melihat dia ketawa sedangkan kita tidak pernah tahu bahawa mungkin dia tidak setabah yang disangka. Di sebaliknya senyumannya itu, mungkin tersimpan kedukaan dan cerita sedih yang ingin dikongsikan, dan di sebalik kesenangannya mungkin terselit 1001 kekalutan yang kita sendiri tidak pernah nampak dan tahu. 

Jalan yang kita selusuri ini adalah jalan yang banyak onak duri yang tajamnya tidak terkata, sakitnya menusuk jiwa, air mata akan selalu mengalir, peluh keringat dan pengorbanan akan sentiasa membaluti tubuh kerana itu hidup ini memerlukan dorongan seorang teman. Teman di jiwa adalah iman, teman sepanjang perjalanan adalah Allah, dan teman suka duka adalah sahabat-sahabat yang sentiasa di sisi yang mengerti erti kehidupan. 

"Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati, yang tidak luntur baiknya, dalam suka dan duka, jika aku dapar, aku ingin setia padanya" - IMAM SYAFIE-

Sahabat...
Ingatkan daku 
Seandainya aku lupa dan lalai pada Allah
Di waktu kelapangan dan kesibukan
Di waktu kesenangan dan kesusahan
Ingatkan daku tentang islam
Jangan pula aurat ku didedahkan
Semakin singkat, tipis dan dijarangkan
Ingatkan daku hati dan diri ini milik Yang Maha Kuasa
DIserahkan jiwa dan raga
Ingatkan daku untuk menjadi sahabat yang baik
Cintakan kedamaian
Kisah akhirat menjadi pengakhiran
Ingatkan daku untuk bercinta hanya keranaNya
Mengutamakan sifat orang yg beriman
Supaya menjadi benteng hasutan syaitan
Ingatkan daku apabila aku mula terjatuh
kerana ia adalah permulaan kepada kejayaan

Sahabat...
Persahabatan ini bukanlah milikku
Malah bukan milikmu jua
Persahabatan ini adalah perancangan Allah
Yang Maha Mengetahui segala rahsia yg tersembunyi
Kerana Dialah aku mengenalimu
dan kerana Dia juga telah menetapkan kau dan aku
Mengukir 1001 kenangan bersama
Doaku agar persahabatan ini terisi dengan kasih sayang
Kerana ukhuwah itu indah andai keranaNya
Sahabat..doaku sentiasa mengiringimu

Untukmu sahabat, terima kasih kerana membiarkan aku mengetahui segala rahsiamu dan engkau juga menjadi penjaga rahsiaku. Terima kasih kerana sudi menerima diri ini menjadi sahabatmu. Maaf seandainya diri ini terlalu banyak mengguris hatimu.

Keep Smile (^_^)

Friday 17 February 2012

Sekuntum Senyuman

Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan...    

   Bagi sesetengah orang senyuman kadangkala tidak memberi maksud pun. Tapi bagi sesetengah orang senyuman lah yg menjadi titik tolak dalam perhubungan sesama manusia. Bukan sukar untuk menghadiahkan senyuman namun kita la yang menyukarkannya untuk terpamaer di wajah. 
     Teringat kata-kata seorang kawan sebentar tadi " Mak aku kata dia jumpa kawan kita tadi, Ya Allah masamnya muka xsenyum langsung. Tak macam Cik Onn dari jauh lagi nampak orang asyik senyum jer". Senyuman kadang-kadang menunjukkan keperibadian kita kepada orang yg lebih tua. Alhamdulillah, apa jua yg aku sedang alami saat itu senyuman tidak pernah lekang dari bibir kerana hidup terasa kurang tanpa senyuman. 
      Senyuman itu adalah ciptaan Allah S.W.T, malah senyuman juga adalah kuntuman indah yang sentiasa dipersembahkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Abdullah bin Al-Harist menyatakan,“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW.”(Hadis riwayat At-Tirmizi)

Senyuman juga boleh menyembuhkan luka di hati seseorang. Senyuman yg lahir dari hati yg ikhlas memancarkan sinar ketenangan kepada sesiapa yg melihatnya. Sebab itu aku banyak menyarankan kepada rakan-rakan supaya tersenyum. Senyum itu juga awet muda (Arwah ayah selalu kata).

Senyumlah pada orang lain.

        Susahkah untuk senyum? Tidak. Anda hanya perlu senyum. Senyumlah dengan bahagia. Kerana dengan memberikan senyuman kita tidak perlu mengeluarkan duit pun. Jadi kenapa kita terlalu kedekut untuk senyum.
Senyuman yg kita berikan dengan seikhlasnya mampu menarik orang lain untuk mendekati kita dan melalui senyuman juga seseorang dapat merasakan kejujuran dan sekaligus menunjukkan kita menghormati orang lain.
      Senyuman juga mudah berjangkit, lihat saja apabila kita melemparkan senyuman biasanya pasti berbalas. Walaupun mungkin mereka dalam keada berduka ataupun marah. Senyuman boleh menjadi ubat yang mujarab bagi mengubat duka di hati. Itulah kuasa yang ada pada sekuntum senyuman.

Senyuman itu amat berharga.

       Dengan melemparkan sebuah senyuman yg ikhlas kepada orang lain anda telah membuat satu amalan yg telah mendatangkan pahala kepada anda. Bukan kah senyuman itu merupakan satu sedekah?


Daripada Abu Dzar al-Ghifari r.a, Rasulullah SAW bersabda :
“Kamu senyum kepada saudaramu adalah sedekah, kamu melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar adalah sedekah, kamu menunjuki seseorang yang sesat adalah sedekah dan kamu membuang batu, duri dan tulang dari jalan adalah sedekah.” – Hadis Riwayat Imam Bukhari.

Senyumlah ketika sedih, gembira, berduka kerana dengan senyuman kadangkala dapat membuatkan kita tenang dan hati kita sejuk. Senyumlah kerana senyuman tidak mengurangkan rezeki sesiapa malah dengan senyuman hati merasa tenang dan sentiasa disenangi orang lain. Semoga semuanya terus tersenyum, senyum dan senyum. Masih belum terlambat untuk melatih bibir agar lebih mudah untuk melemparkan senyuman kepada orang lain. Jadi marilah kita sama-sama tersenyum, ceriakan hari anda dengan senyumannnnn....

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa


Keep Smile (^_^)

Thursday 16 February 2012

Roda Kehidupan

Apa ada pada PHD, Master, Degree, Diploma, Sijil, SPM, PMR dan UPSR, sedangkan kita tidak pandai menghormati orang lain. Hormatilah orang-orang di sekeliling kamu walaupun dia adalah kuli, pencacai, pembantu, tukang pembersih atau orang bawahan kamu. Kerana kita berkongsi bumi yang sama, udara yang sama dan berasal dari fitrah yg sama dan yg penting kita adalah makhluk ALLAH. KECANTIKAN dan KEHENSEMAN kamu tidak akan berkurang sedikit pun jika kamu menghormati orang lain. 

Keep Smile (^_^)

Wednesday 15 February 2012

Jawapan kepada satu persoalan

Persoalan yang sentiasa berlegar-legar di fikiran yang sering mengganggu ketenteraman hidup kebelakangan ini sudah ditemui jawapannya.
Persoalan yang selama ini bermain di minda seakan-akan meminta untuk dicari jawapannya.
Persoalan antara hati dan perasaan, persoalan antara jiwa dan minda.
Rasa yg seringkali mengikat hati ini hanyalah satu permainan.
Permainan dalam menentukan arah hidup sebuah kehidupan.
Permainan dalam percaturan sebuah kehidupan.
Jawapan ini akan diterima dengan redha.
Kerana semuanya adalah dari Allah.
Jawapan ini juga membuatkan diri makin tenang.
Tiada lagi gangguan dalam jaga dan lena.
Tiada lagi gangguan dalam kekusyukkan dalam solat.
Antara kami hanyalah sebuah persahabatan yg terikat.
Persahabatan yg diharap akan berpanjangan hingga ke akhir hayat.
Namun siapa kita untuk menolak takdir Allah.
Aku ingin kamu terus bahagia walau tanpa kehadiran aku.
Aku ingin kamu gembira dan terus tersenyum dalam menempuh kehidupan ini.
Aku ingin kamu tahu bahawa kamu amat berharga dalam hidup aku.
Aku ingin kamu sedar bahawa hidup ini terlalu indah untuk dipersiakan.
Aku tahu aku gagal untuk menjadi teman yg terbaik dalam hidup kamu.
Kamu layak untuk mendapatkan seorang teman yg lebih baik dari aku.
Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal kerana kita mungkin akan bertemu lagi.
Jangan pernah mensia-siakan kehadiran teman yg sentiasa di sisi kamu kerana sekali dia pergi selamanya dia akan pergi.
Satu pesanku jangan pernah merasa diri kita hebat kerana tiada yg hebat di dunia ini.
Kita semua masing-masing mempunyai kelemahan.
Cantik dan hensem hanya fizikal, itu tidak melambangkan keperibadian kita.
Oleh itu jangan sesekali memandang orang hanya pada luaran tapi kenali hati budinya terlebih dahulu.
Cinta dan persahabatan datang dan pergi dan yg tinggal hanyalah kenangan.
Setiap pertemuan akan ada perpisahan kerana tidak akan ada perpisahan sekiranya tiada pertemuan.
1001 kenangan yg tidak akan pernah terpadam hingga ke akhir hayat selagi di izinkan Allah.
Kehadiran kamu dalam hidup banyak mengajar diri tentang kesetiaan dalam sebuah hubungan persahabatan.
Namun dalam hidup tidak semua yang kita inginkan akan kita dapat kerana kita hanya merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang.
Terima kasih kerana selama ini sentiasa bersama diri ini dalam susah dan senang.
Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat kepada diri yg penuh kekurangan ini.
Thank you for everything.

Keep Smile (^_^)

Betapa Sulit

Betapa SULIT untuk bisa menghadapi penderitaan dan dugaan yang terus mendera diri tapi akan terasa INDAH ketika semua ini bakal menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur kerana itu adalah sebahagiaan daripada cara ALLAH menyayangi hambaNya.

Betapa SULIT untuk bisa menghilangkan duka akibat dari sebuah kehilangan tapi akan terasa INDAH apabila kita menyedari bahawa ALLAH telah meminjamkan kepada kita beberapa saat untuk kita merasa bahagia.

Betapa SULIT untuk bisa tersenyum di saat hati menangis dan terluka tapi akan merasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagiaan dari kasih ILLAHI agar ALLAH memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita.

Betapa SULIT untuk bangkit apabila kita terjatuh tapi akan terasa INDAH kita menyedari bahawa ALLAH sedang menyapa dengan cintaNya agar kita bisa menjadi kuat dan tabah.

Betapa SULIT untuk memaafkan ketika kita dibenci dan dihina tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian daripada penyucian jiwa dan ikhlas mengharap redha ILLAHI.

Betapa SULIT untuk memberi ketika kita juga dalam kekurangan tapi akan terasa INDAH ketika kita bisa membahagiakan orang lain dan bukannya diri sendiri.

Betapa SULIT untuk melupakan kegagalan ketika kita masih lagi terkurung di dalamnya tapi akan terasa INDAH ketika kita sedar bahawa itu adalah permulaan kepada kejayaan kita.

Betapa SULIT untuk melupakan masa lalu yang menyakitkan tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah jalan yang harus ditempuh untuk mendapatkan kebahagiaan yang akan diberikan ALLAH sebagai penggantinya.

Keep Smile (^_^)

Sunday 12 February 2012

Kekacauan dan kebilauan

Jam telah menunjukkan 3.30am tapi mata masih lagi tiada tanda2 untuk lelap. Poning kepalo den memikirkannya. Mungkin kerana segala kecelaruan yg berlaku menyebabkan kesusahan untuk tidur. Jari mula menari kat keyboard untuk melepaskan sesuatu. 

Betul kata orang, kita hanya akan belajar untuk menghargai sesudah kehilangan dia di sisi.

Kekacauan yg berlaku malam ini benar2 menyesakkan aku dan air mata menjadi peneman lagi walaupun sudah di tahan daripada keluar kerana hakikatnya aku tetap seorang wanita. 

Panggilan daripada nombor yg tidak dikenali pada maghrib tadi benar2 mengganggu aku. Lantas aku mendail nombornya untuk bertanyakan siapa pemanggilnya kerana nombor tersebut terlalu familiar bagi aku. Instinct aku kuat mengatakan dia adalah seorang yg pernah aku kenali. Perempuan yg menjawab telefon bertanya siapa aku tp aku bertanya siapa dia krn dia yg col aku terlebih dahulu.

Jangkaan aku benar bila dia mula menghantar mesej adakah aku ......... yg belajar di uitm Shah alam. Masih kenalkah aku dengan T.... itu pertanyaannya??? Terkejut bukan kepalang dan aku menganggap itu adalah panggilan dari isterinya. Tapi yg menjadi persoalannya kenapa dia mencari aku padahal antara aku dan lelaki itu telah lama menjadi kenangan dan kami tidak pernah berhubung lagi selepas dia tinggalkan aku suatu masa dulu.

Dia mula bertanya keadaan aku skrg dan aku langsung tidak menjawab mesejnya kerana ku kira tidak perlu. Rupanya kawan dia yg menjawab telefon dan bukan isterinya kerana dia berada di tempat kerja. Alhamdulillah, gerak hati selama ini betul tp kenapa dia mencari aku masih lagi menjadi tanda tanya. 

Aku mengucapkan tahniah kepadanya kerana telah berkahwin dan telah mempunyai seorang cahaya mata lelaki kerana sebelum ini aku tidak pernah berkesempatan untuk mengucapkan tahniah. Doa aku untuk melihat dia bahagia termakbul. Alhamdulillah.

Tapi mesej yg seterusnya betul2 mengejutkan aku. " Sampai sekarang sy masih lagi rse menyesal dan bersalah pada awk. Still lagi ingat pada awk dan rindu awk. Isteri saya xsama mcm awk, maaf atas segalanya. Sy menyesal kerana tidak dapat memiliki awk kerana awk adalah cinta pertama sy. Sy dh cuba lupakan awk tp x dapat, perasaan bersalah dan menyesal selalu muncul bila sy teringat kt awk. Sy dah terlambat kerana tidak berjaya memiliki awk, org yg betul2 sy sayang. Sy akan sentiasa merindui dan menyayangi awk kerana awk sentiasa di hati sy."

Apa perasaan isterinya kalau dia tahu suami dia menghantar mesej begitu kepada seorang wanita? Aku pun seorang wanita so aku tahu macamna perasaannya. Antara aku dan isterinya adalah individu yg berbeza dan semestinya perangai pun berbeza jadi dia tidak boleh membandingkan aku dengan isterinya kerana dia adalah wanita yg berhak disayangi oleh seorang suami. 

Cuma yang boleh aku kata, " Sekarang ini isteri awk yg perlu awk letak di hati, antara kita cuma tinggal sejarah, kenangan memang tidak dapat dilupakan. Sy dah maafkan semua salah awk kat sy. Dekatkan diri dengan Allah, minta pertolongan dariNya. Pasal sy jangan bimbang, sy memiliki cinta Allah walaupun sy x ada cinta dari seorang lelaki, itu sudah cukup. Awk sudah mempunyai isteri dan dia yg sepatutnya awk syg. Awk xsygkan sy lg cuma awk simpati dan menyesal je, tu bukan syg namanya. Hargailah isteri dan anak awk kerana mereka adalah amanah dari Allah untuk awk jaga. Berikan syg itu pada yg selayaknya kerana kasih sayang adalah milik Allah, sy sentiasa doakan awk bahagia. Awk xboleh mesej sy lagi kerana awk suami orang dan berdosa sy kalau sy tetap layan mesej awk. Cukup kali ni je."

Alhamdulillah dia memahami dan aku sedikit lega cuma kenangan lama kembali terimbau. Aku harap dia tidak akan mencari aku lagi. Aku tidak mahu menjadi penyebab kepada keruntuhan rumah tangga orang dan aku sentiasa doakan mereka akan bahagia walaupun dia pernah membuat aku terluka suatu ketika dulu namun semuanya telah aku maafkan. Ya Allah, bantulah hambaMu ini kerana aku cuma insan yg lemah yang sentiasa memerlukanMu dalam hidupku.


Ini yg ditetapkan buat kami sepatutnya dia redha bukannya menyesal atas segalanya. Segalanya telah terjadi, tiada guna untuk menyesal. Belajar untuk menyayangi isterinya kerana dia telah memilih wanita tersebut untuk menjadi pendampingnya bukan aku atau sesiapa saja. Untuk menjadi isteri kedua memang perkara yg tidak sesekali aku buat. Cukuplah sekali aku terluka. Aku juga telah redha di saat dia meninggalkan aku. Semuanya yg terjadi ada hikmah disebaliknya. Hanya Allah Maha Mengetahui..

Adakah senyuman yg sama akan terhias di bibir ini esok? dan masihkah ada sinar kebahagiaan untukku esok??Hanya Allah lebih mengetahui.
Wallahu'alam

Keep Smile (^_^)

Wednesday 8 February 2012

Cinta dan Sahabat


Orang kata SAHABAT itu mulia~
Orang kata 
SAHABAT itu lebih dari CINTA~
Orang kata sekali  berSAHABAT selamanya tetap SAHABAT~

Orang kata pilih lah SAHABAT dari CINTA~
Orang kata mereka pentingkan 
SAHABAT dari CINTA~

SEBABNYA???

Mereka kata
 CINTA itu buta dan akan menyebabkan kita JATUH, TERLUKA dan KECEWA~
Mereka kata 
SAHABAT pula akan bantu kita BANGUN, PULIHKAN, GEMBIRAKAN dan sentiasa BERSAMA kita~
Mereka kata 
CINTA boleh di cari tetapi SAHABAT sukar untuk di cari ganti~

MAKA.....

Mereka pilih 
SAHABAT dari CINTA...
Mereka dahulukan 
SAHABAT dari CINTA...
Mereka pentingkan 
SAHABAT dari CINTA...
Mereka sayangkan
SAHABAT dari CINTA...



TETAPI....

Bila mereka mula merasai 
CINTA...
SAHABAT di tinggalkan...SAHABAT mula di lupakan...

CINTA dipilih...SAHABAT terasa dan menjauh...
CINTA boleh menegur tentang SAHABAT...tapi...
SAHABAT tak boleh menegur tentang CINTA...
Kata-kata dan ikrar hanya tinggal kata-kata tanpa makna..

SEBABNYA???

CINTA telah menjadi segala-galanya~

CINTA telefon tgh malam nak masuk pagi pun tak apa~
CINTA merajuk tak apa~
CINTA marah tak apa~
CINTA salah pun tetap betul~
CINTA nak marah pun tak boleh~
CINTA semuanya nampak baik~

BILA...


SAHABAT telefon malam dh nak pagi, talian sibuk...
SAHABAT "CALL WAITING" pun tak kisah...
SAHABAT ada masalah langsung tak di endahkan...
SAHABAT merajuk, dia yang marah...
SAHABAT marah, dia terus putuskan persahabatan...

SEBABNYA???

Dia fikir
 CINTA akan temani dia...
Tapi..dia tak pernah fikir "adakah cinta itu cinta abadi dan sejati?"..
Sedangkan 
SAHABAT sejati sudah ditinggalkan...


AKHIRNYA...


Setelah ditinggalkan dan dilukai oleh 
CINTA...
Dia kembali mencari 
SAHABAT...
Meminta-minta kembali kasih 
SAHABAT..
Luka 
SAHABAT terlalu dalam..
Namun,
 SAHABAT masih menerimanya...
Kerana, bagi sahabat,
 SAHABAT ADALAH SELAMANYA..
Luka yang telah di gores di hati,
 SAHABAT menganggapnya sebagai dugaan dalam PERSAHABATAN..

SAHABAT akan sentiasa menjaga ikatan persahabatan..
SAHABAT suka duka sentiasa bersama..
Kerana bagi 
SAHABAT~~"Sahabat sebenar akan mencapai tangan sahabatnya dan akan menyentuh hatinya"..






~Hidup Itu Indah Jika Kita Tahu Bagaimana Untuk Mencorakkannya~
~Hidup Itu Indah dan Yang Indah Itu Di Hati Bukan Di Mata~

dan paling penting adalah carilah CINTA yang mampu menjadi SAHABAT..


Keep Smile (^_^)

Monday 6 February 2012

Doa Elak Kemudaratan

Doa ini juga disebut sebagai doa penggerak. Mudah-mudahan segala kerja yang dilakukan lancar tanpa sebarang kemudaratan seperti kecederaan, bencana, atau kesilapan. Rasulullah s.a.w mengajarkan kita satu doa yang diamalkan 3 kali di waktu pagi dan 3 kali di waktu petang. InsyaAllah kita akan terhindar dari segala kemudaratan sepanjang hari tersebut.

Doa Elak Bencana
Mudah- mudahan kita mendapat manfaat bersama. Wallahu'alam.

Keep Smile (^_^)

Saturday 4 February 2012

sEorAng SahAbaT..


        Seorang sahabat adalah,
Seseorang yang mulia, simpati dan penyayang,
Boleh diajak berbicara,
Ketika diri dilanda permasalahan.

       Seorang sahabat adalah,
Seseorang yang boleh berkongsi idea dan menjadi pendorong,
Seseorang yang sedia membantu,
Semasa diri hilang pertimbangan.

       Seorang sahabat adalah,
Seseorang yang mengambil berat tentang diri sahabat,
Dan sentiasa cuba memahami perasaan sahabat,
Dan saling boleh percaya dipercayai.

       Seorang sahabat adalah,
Yang sentiasa menjaga ikatan persahabatan,
Dan menyuburkannya dengan kasih sayang,
Seorang insan yang berhati murni,
Suka duka sentiasa bersama,
SUKAR DICARI HINGGA KINI......

Keep Smile (^_^)


Wednesday 1 February 2012

Cerita tentang jodoh


Entry kali ini berkisar tentang jodoh dan cinta. Cinta yang pada perkiraanku perlu selepas aku mencintai Allah dan Rasul-Nya. Kasih yang aku kira perlu aku berikan pada seseorang selepas ibubapa, abang dan adik-adik serta diriku sendiri.
Ya, cinta pada manusia biasa yang bernama lelaki kerana aku diciptakan sebagai seorang wanita. Umur yang makin menginjak jauh meninggalkan alam remaja dan sudah tentunya sekarang berada di fasa kedewasaan memungkinkan aku berfikir tentang urusan jodoh.  
Persoalan jodoh yang meniti di bibir teman-teman sekolah, kawan-kawan sekuliah, jiran-jiran dan keluarga terdekat sekarang lebih senang aku jawab dengan senyuman. 
"Tak ada buah hati ke?"
"Takkanlah tak ada yang minat dengan perempuan pandai macam kau ni?"
"Kau ni jual mahal sangat kot?"
"Kau memilih sangat kot?"
"Bergayalah sikit, bagi cantik, mesti nanti ada yang terpikat kat kau.."
"Aku sudah, kau bila lagi?"
"Aku dah nak masuk anak 3, kau masih lagi sendiri? Nanti anak aku dah besar kau baru nak kawin."
Nak melayan satu-persatu pertanyaan mereka memang tidak terjawabla. Kalau dulu lebih senang kukatakan,
"Belum jodoh lagi.."
"Belum bersedia lagi.. .nanti dah ada calon, akan diberitahu kelak".
Berbicara tentang cinta memang tidak akan pernah habis. Semasa di universiti dulu, seringkali aku melihat pasangan yang kononnya tengah 'hangat bercinta' bergaduh atas perkara-perkara yang kecil. Kadang-kadang aku ketawa sendirian apabila melihat adegan pujuk-memujuk persis filem hindustan di televisyen. Bermacam-macam gaya yang diperlihatkan apabila si lelaki cuba memujuk si wanita atau si wanita yang cuba memujuk lelaki. 
Aku menggeleng kepala melihat gelagat mereka dalam tawa bersama teman-teman. Pada aku tidak wajar perkara tersebut dilakukan apatah lagi pasangan itu masih belum mempunyai ikatan yang halal di sisi islam. 
Bukan aku tidak pernah bercinta, namun perkara sedemikian tidak pernah berlaku kepadaku memandang aku bukan jenis yang cepat melatah sekiranya berlaku perselisihan tambahan pula jarak yang memisahkan . Bak kata orang, hal kecil pun akan jadi besar bila bercinta. Cuma cara untuk menanganinya berlainan bagi sesetengah orang.
Pengalaman lalu banyak mengajar aku untuk menjadi seperti sekarang. Tidak dinafikan, aku ingin mencari seorang lelaki yang mudah tersenyum, tegas dalam kelembutan, dan bisa membuat aku gembira dan yang paling penting dia seorang yang sangat menjaga solatnya dan ibadahnya. Cukup itu padaku dan aku telah bertemu dengannya, tapi seperti yang aku katakan, cerita ini tentang jodoh...
Aku ingin hubungan yang ada matlamat. Hubungan yang terjalin tanpa matlamat yang jelas bukanlah hubungan yang bersungguh-sungguh tetapi hubungan yang terang-terangan berlandaskan nafsu semata-mata.
Ianya soal jodoh. Allah mempunyai perancangan yang lebih menarik untukku, terserah kepadaku sendiri samada mahu mencari hikmah yang tersembunyi atau membiarkan diriku terus-terusan tertanya mengapa kesudahannya begini dan begitu.
Dalam melayari kehidupan, aku belajar pelbagai perkara yang mengajar aku erti kedewasaan. Setiap hari aku belajar dan adakalanya mengajarkan sesuatu kepada yang lain. Benar, semakin bertambah usia, membuatkan aku merasa gusar kerana masih tidak dipertemukan jodoh. Rakan-rakan yang lain ramai yang sudah berumahtangga namun aku masih lagi sendiri.
Perkenalan aku dengan salah seorang temanku sekarang ini mula membibitkan rasa kasih di hati. Aku cuma wanita biasa yang tidak mampu untuk menolak perasaan ini dari terus hadir. Seringkali tertanya, adakah Allah hadirkan dia untukku atau sekadar kawan untuk berbicara. Urusan jodoh yang tertulis kemas di luh mahfuz adalah rahsia Allah yang tersembunyi dari pengetahuan hamba-Nya selain urusan umur, rezeki dan maut.
Namun aku kuatkan hati kerana aku takut ini adalah permainan syaitan semata-mata. Aku takut ianya akan melalaikan dan bisa menghumban diriku ke lembah kehinaan. Tingkahnya kadang-kadang membuat aku tertanya-tanya namun aku positifkan diri mungkin juga kerana aku adalah sahabatnya dan tentu saja dia menghormatiku. Mungkin.
Satu hari dengan izin Allah, tersingkap sebuah rahsia bahawa dia juga merasakan apa yang aku rasa. Telahan aku selama ini benar, firasatku jarang tersasar kerana seringkali aku memohon kepada Allah membimbing hati agar tidak berprasangka buruk kepada orang lain. Hatiku menguntum senyum, tentu saja rasa suka apabila diri disukai oleh lelaki. Namun aku sedarkan diri bahawa aku tidak pantas untuk dia. Terlalu banyak kekurangan diri untuk bergandingan dengan dirinya.
Aku senang berkawan dengannya, setiap kali bertemu jiwaku rasa tenang dan gembira. namun cepat-cepat aku sedarkan diri kerana dia bukan siapa-siapa denganku malah bukan mahramku yang layak untuk aku fikirkan tentangnya. Malu yang masih menebal dalam diri yang menjadi perisai selama ini aku takut makin terhakis. Aku serahkan hati ini kepada Allah kerana Allah yang membolak-balikkan hati ini. 
Kepada rakan-rakan yang masih tidak mempunyai 'pacar' usah bimbang dan khuatir. Kamu tidak perlu merendahkan martabat diri demi untuk meraih cinta seorang lelaki. Ketahuilah, manis dan cantiknya seorang wanita bukan terletak pada kecantikan fizikalnya namun terletak pada taqwanya, hatinya yang sentiasa tunduk dan malu pada perkara-perkara yang tidak sepatutnya. 
Aku tidak menyatakan yang aku ini tidak pernah melakukan dosa namun aku berusaha untuk memperbaiki diri kerana takut tergelincir ke arah itu. Jika ada lelaki menyatakan dia menyukai kamu, tanyakan kembali apa yang dia mahukan darimu. Jika dia sekadar ingin bersuka-suka dan punya pacar seperti teman yang lain maka jauhkanlah dirimu darinya. Sekiranya dia benar-benar serius untuk mengikat tali perkahwinan dan mempunyai latar belakang yang mendamaikan dirimu maka pertimbangkanlah permintaannya untuk menjadikan dirimu suri hidupnya.
Walaupun jodoh itu urusan Allah namun harus diingatkan bahawa kita tidak pula diperintahkan untuk sekadar menanti dan hanya berpeluk tubuh menanti kehadirannya. Carilah jodoh dengan cara yang diizinkan dan diredhai Islam atasnya kerana dengan itu moga hubungan kalian juga akan diredhai Allah. InsyaAllah.
Moga Allah membantu aku dalam urusan yang berkaitan dengannya kerana ianya masih samar-samar. Jika benar lelaki itu jodoh yang dikirim Allah untukku meraih cinta yang lebih besar iaitu cinta Illahi maka aku redha.
Ketahuilah bahawa Allah memberikan apa yang kita perlukan dan bukan apa yang kita mahukan kerana mungkin saja apa yang kita suka itu akan menjadi kebencian suatu hari nanti. Buat rakan-rakan yang mungkin sedang menanti jodoh atau telah bertemu jodoh, aku doakan agar kamu memperoleh jodoh sepertimana yang diingini. Semoga pasangan kita terdiri daripada si dia yang akan 'melengkapkan' kekurangan yang ada pada diri masing-masing agar kita lebih mudah berjuang meraih cinta-Nya.  Amin...

~✿..Ketika cinta datang MENYAPAMU, jangan kagum dengan indahnya ia tetapi LIHATLAH apakah cinta itu akan membuatmu SEMAKIN DEKAT kepada Allah atau tidak..✿~

>>> UNIKNYA cinta yang diredhai Allah, semakin mencintai..semakin MENGINGATI ALLAH, semakin menyayangi..semakin MENDEKATI Allah..itulah sebenar-benarnya cinta..♥♥


Keep Smile (^_^)