Monday 22 July 2013

Hanya kerana-Nya

Bismillahirahmanirahim...

Pejam celik pejam celik rupanya 13 hari sudah kita menjalani ibadah puasa.  Alhamdulillah, tahun ni masih lagi diizinkan Allah untuk berterawih. Dan tanpa kita sedar sudah berlalu fasa pertama Ramadhan dan kita menginjak ke fasa kedua, fasa keampunan.

Di dalam satu hadis menyebut :
شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka
Bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu : 
Fasa Pertama : 10 hari yang awal merupakan fasa rahmat
Fasa Kedua : 10 hari berikutnya merupakan fasa keampunan
Fasa Ketiga : 10 hari terakhir merupakan fasa keselamatan daripada api neraka

Macam biasa di hari2 permulaan Ramadhan ramai yg menginjakkan kaki untuk berterawih, tiba di pertengahan jemaah makin berkurang. Apatah lagi bila memasuki fasa ketiga, lagilah berkurang. Tinggal 1 or 2 saf je kot kat surau tuh. Tak kisah lah berapa saf yg tinggal tapi sape2 yg setia beribadah hingga ke akhirnya itulah yg benar2 menikmati kelazatan beribadah pada bulan Ramadhan dan insyaAllah akan diganjari dengan sebaik2 ganjaran.

Moga kita semua tergolong dalam golongan ini, golongan yg sentiasa berlumba-lumba untuk melakukan ibadah dan mengejar kebaikan. Semoga kita bisa terus melangkah memburu 10 malam terakhir dan termasuk dalam golongan hamba-Nya yg diberikan Lailatul Qadar dan menjadi hamba yg terus istiqamah dalam mengabdikan diri hanya kepada-Nya. Janganlah kita termasuk dalam golongan yg rugi kerana tidak mendapat keampunan Allah.

HeartNote : Masih bertemukah kita Ramadhan yg seterusnya? Itu semua rahsia Allah. Jadikan Ramadhan ini Ramadhan yg terbaik dalam memburu redha Allah. Bukan hanya menahan lapar dan dahaga di siang hari. Semoga kita sama-sama beroleh kemenangan di akhirnya. InsyaAllah. Semoga Allah redha.


Keep Smile :)

Sunday 14 July 2013

Sweet 27

Bismillahirahmanirahim..

Salam mahabbah buat semua hamba-hamba Allah yg tidak pernah kenal erti penat dan lelah dalam meraih redha Allah. Yeay, it's my birthday. Alhamdulillah, alhamdulillah and alhamdulillah..Thank you Allah for bring me the new life and still breathing until today.


Opsss, betul ke dah 27 ni?? Tapi kenapa rasa macam baru 18 jer. Ok, Perasan. Tak nak ngaku tu dah tua, ape2 pun just a number k. Yg penting hati tetap mude belia.kihkih~ Anyway, i am little bit happy! yela, takkan nak sedih2 pulak on my besday ni. Eventhough no celebrate, no surprise and no present but i'm still happy when all people around me wish to me. 

Kalau masa mude2 dulu selalu mintak hadiah tapi sekarang semua tu dah tak penting sebab tiada hadiah yg paling berharga selain nikmat iman yg diberikan Allah.
Hari ini hari lahirmu, hari ni bertambahnya usiamu, dan hari ini juga menyaksikan pertambahan tanggungjawabmu. Hari ini menjadikan kamu lebih matang kerana ujian yg seringkali mendatang, hari ini menyaksikan ketabahan dirimu dalam mengharungi onak duri kehidupan. Dengan pertambahan usia ini semakin dekat pula jarak kamu untuk bertemu dengan PenciptaMu. Tempoh untuk beramal semakin berkurang namun amalan tidak pernah bertambah. Jadikan pertambahan usia ini seiring dengan pertambahan usia kamu.

Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,
Terima kasih untuk usia dan setiap rezeki yg telah Engkau berikan kepada ku. Terima kasih juga untuk segala cobaan dan dugaan yg telah Engkau turunkan buatku. Sesungguhnya terlalu banyak nikmat yg telah Engkau berikan kepadaku, tetapi terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tidak pernah jauh dariku walaupun terkadang aku alpa, aku lupa, aku silap dan khilaf menafsir hikmah disetiap dugaan dan kurniaan-Mu. Engkau melindungi aku di kala aku rebah dan jatuh. Engkau hadirkan insan2 baik di sekelilingku ini untuk menyedarkan aku kembali. Begitu besar kasih-Mu ya Allah.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yg telah Engkau tentukan untukku. Aku bersyukur atas segala kurniaan-Mu buat diri yg hina ini. Engkaulah Yang Maha Kuasa. Jadikan aku hamba-Mu yg sentiasa redha menerima segala ketentuan-Mu. Peliharakanlah aku yg lemah ini agar terus berpegang teguh pada tali-Mu.
Amin....



Keep Smile ^_^


Tuesday 9 July 2013

Sometimes

Bismillahirahmanirahim...

Kadang-kadang kita lupa yg manusia mempunyai hati
Kadang-kadang kita lupa yg manusia mudah disakiti
Kadang-kadang kita lupa yg manusia sukar melupakan
Kadang-kadang kita lupa yg luka manusia sukar diubati
Kadang-kadang kita lupa yg memaafkan lebih mudah dari melupakan
Kadang-kadang kita lupa bahawa kita tidak sempurna

Dan disebabkan

Kadang-kadang jugalah kita sering melakukan perkara yang sama
Walau kita sudah sedari akan kepahitannya....



Heartnotes : SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA. Semoga amalan kita semua diberkati oleh-Nya. InsyaAllah. Jangan lupa g terawih :)