Pejam celik pejam celik rupanya 13 hari sudah kita menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah, tahun ni masih lagi diizinkan Allah untuk berterawih. Dan tanpa kita sedar sudah berlalu fasa pertama Ramadhan dan kita menginjak ke fasa kedua, fasa keampunan.
Di dalam satu hadis menyebut :
شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ
Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api neraka
Bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu :
Fasa Pertama : 10 hari yang awal merupakan fasa rahmat
Fasa Kedua : 10 hari berikutnya merupakan fasa keampunan
Fasa Ketiga : 10 hari terakhir merupakan fasa keselamatan daripada api neraka
Macam biasa di hari2 permulaan Ramadhan ramai yg menginjakkan kaki untuk berterawih, tiba di pertengahan jemaah makin berkurang. Apatah lagi bila memasuki fasa ketiga, lagilah berkurang. Tinggal 1 or 2 saf je kot kat surau tuh. Tak kisah lah berapa saf yg tinggal tapi sape2 yg setia beribadah hingga ke akhirnya itulah yg benar2 menikmati kelazatan beribadah pada bulan Ramadhan dan insyaAllah akan diganjari dengan sebaik2 ganjaran.
Moga kita semua tergolong dalam golongan ini, golongan yg sentiasa berlumba-lumba untuk melakukan ibadah dan mengejar kebaikan. Semoga kita bisa terus melangkah memburu 10 malam terakhir dan termasuk dalam golongan hamba-Nya yg diberikan Lailatul Qadar dan menjadi hamba yg terus istiqamah dalam mengabdikan diri hanya kepada-Nya. Janganlah kita termasuk dalam golongan yg rugi kerana tidak mendapat keampunan Allah.
HeartNote : Masih bertemukah kita Ramadhan yg seterusnya? Itu semua rahsia Allah. Jadikan Ramadhan ini Ramadhan yg terbaik dalam memburu redha Allah. Bukan hanya menahan lapar dan dahaga di siang hari. Semoga kita sama-sama beroleh kemenangan di akhirnya. InsyaAllah. Semoga Allah redha.
Keep Smile :)