Sunday, 22 February 2015

Bahagiaku

Bahagiaku bukan kerana memiliki segalanya,
Tapi kerana bersyukur dengan apa yang ada.

Bahagiaku bukan kerana emas permata,
Tapi kerana punya cinta dan kasih sayang yang melimpah.

Bahagiaku bukan kerana aku sempurna,
Tapi kerana aku belajar menjadi yang terbaik semampuku.

Sungguh  kita tidak akan merasa bahagia hingga mampu menikmati, mensyukuri, menghargai dan menjaga segala kurniaan-Nya.

Ya Allah.. Atas rasa syukur ini kurniakanlah kami kebahagiaan untuk selamanya di dunia dan akhirat
Amin...