Saturday, 31 May 2014

Worries

Aku bimbang andai aku mengaku akan manisnya zikir, walhal aku masih cintakan dunia.
Bimbang bila aku mengaku ikhlasnya beramal, walhal aku masih suka penghormatan manusia padaku. 
Aku masih bimbang bila aku mengatakan aku cintakan-Mu Ya Khaliq, walhal aku masih lagi menurut nafsuku.


Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
Hanya Engkau yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Janganlah sesekali Engkau serahkan diriku pada diriku sendiri
Aku perlukan perlindungan-Mu dari syaitan yang direjam.


Keep Istiqamah (~_^)v


Wednesday, 28 May 2014

Di sebalik

Bismillahirahmanirrahim....


Di sebalik kekecewaan yang bertandang disitulah lahirnya sebuah harapan
Di sebalik kesedihan yang menghuni jiwa di situlah wujudnya ketenangan
Di sebalik kepahitan yang dirasai di situlah terdapatnya kemanisan
Di sebalik kekesalan yang merajai hati di situlah hadirnya keinsafan
Di sebalik tangisan yang berlagu di situlah tersimpan erti kebahagiaan
Di sebalik kelukaan yang menghiris di situlah manisnya kesembuhan
Di sebalik kemiskinan yang menghantui di situlah bermulanya kekayaan
Di sebalik kepalsuan yang terjadi di situlah adanya kebenaran 
Di sebalik kekhilafan yang dilakukan di situlah munculnya keinsafan
Di sebalik kebencian yang bernanah di situlah wujudnya kasih sayang
Di sebalik ketidaksempurnaan di situlah permulaan
Dan 'DI SEBALIK' itulah bermulanya segala bentuk ujian kesabaran.


Kehidupan kadangkala terlalu perit untuk dihadapi sendirian
Dan kadangkala kekecewaan akan mengintai dan mencari peluang untuk menjengah di celah-celah kehidupan
Dan ia sangat sukar untuk dihadapi seorang diri tanpa sokongan kuat dari segala sisi.


Keep Istiqamah :)


Sunday, 11 May 2014

Pelajaran Vs Pengajaran

Hidup adalah proses untuk belajar.
Belajar bersyukur walau tak cukup.
Belajar ikhlas walau tanpa rela.
Belajar mentaati walau susah.
Belajar untuk memahami walau tak sehati.
Belajar memaafkan biarpun dizalimi.
Belajar bersabar biarpun terbeban.

Belajar dan terus belajar kelak keyakinan menjadi setegar karang di lautan dalam. Di sebalik kegagalan semalam nyaris menghancurkan impian, namun kerana kegagalan itulah aku membuat satu janji bahawa aku akan terus bangkit biar berapa kali aku bakal terjatuh. Dengan kegagalan itulah aku mula belajar tentang satu perkara bahawa tidak semua yg kita mahukan akan berada di dalam genggaman. Kegagalan itulah yg menjadi guru memberi pengajaran.

Kegagalan itu menyedarkan aku bahawa sebaik mana kita merancang jangan lupa bahawa Allah juga merancang dan perancangan Allah ternyata jauh lebih hebat dan penuh dengan hikmahnya.

Kehilangan demi kehilangan yg terjadi menebuk lubang yg dalam jauh di hati ini. Namun di sebalik kehilangan itu aku belajar sesuatu. Bahawa setiap yg hidup pasti akan mati dan setiap yg datang pasti akan berlalu. Tiapa apa yg kekal di dunia ini kecuali Allah Yang Satu. Lalu kucantumkan kembali hati yg telah pecah menjadi satu, dengan Cinta-Nya. Cinta-Nya menyegarkan hati yg telah layu.

Terima Kasih Ya Allah.

Keep Istiqamah :)

Sunday, 15 December 2013

Tolong yer

Bismillahirahmanirrahim..

Bersyukur ke hadrat-Mu Ya Allah kerana dengan segala kuasa-Mu kami masih lagi bernafas hingga ke hari ini dan iman kami masih lagi Engkau jaga. 

Sekarang masa untuk berintenet memang langsung takde. Asyik berulang alik dari Pahang ke Terengganu. Sekembalinya kami dari bercuti hari tu, terus dapat panggilan yg abah tengah tenat. Dari hospital Jerantut dan sekarang berpindah ke hospital Temerloh namun keadaan abah tetap sama. Langsung tiada tanda2 yg dia akan sedar. 

Keadaan sama bagaikan ditayang balik di depan mata. Keadaan abah sama dengan keadaan ayah dulu. Itu yg buat aku sedih. Dalam tak sanggup nak tengok tetap juga bersama2 mak mertua, suami dan ipar duai bergilir menjaga abah di hospital. Dengan bau ubat yg kadang2 meloyakan terpaksa di tahan demi seorang ayah. 

Sungguh aku sayangkan abah dan umi walaupun baru 2 bulan berada dalam keluarga ini. Mertua yg memang sporting habis. Namun keadaan ini memberikan kesan kepada semua orang. Namun kita sebagai manusia tidak akan pernah terlepas dari ujian dan dugaan. Semuanya dari Allah. Apa yg terbaik buat kita hanya Allah yg tahu kerana Dia Yang Maha Mengetahui. 

Dulu aku kehilangan ayah dan aku di ganti dengan kehadiran ayah mertua, namun kini adakah aku akan hadapi sebuah lagi kehilangan? Mintak dijauhkan. Semoga semuanya baik2 belaka. 

Ya Allah 
Engkau Maha Mengetahui akan segala perkara
Kami memohon kepada-Mu, 
sembuhkanlah bapa kami seperti dulu
Sungguh kami tidak sanggup untuk melihat penderitaannya
Sungguh kami tidak tega untuk membiarkan dia sakit
Namun tiada apa yg kami dapat lakukan melainkan berdoa kepada-Mu
Sesungguhnya hanya Engkau yg dapat menyembuhkan penyakit.

Kami semua sayang abah!!!!!

HeartNote : Hati tolonglah kuat macam dulu yer. Tolong doakan ayah mertua saya sembuh seperti dulu agar kami dapat bersama2 lagi. Semoga Allah redha. 

Keep Istiqamah :)