Wednesday, 30 November 2011

Adakah Untukku???


I just want the 'HALAL' relationship.If not I must remove immediately and stop this feeling from my heart before it go any further. Kepada Allah ku serahkan segalanya. Hanya Dia mengetahui segalanya. Cinta yg abadi hanya cinta kepadaNya. 

Ya Allah,
Jika dia bukan untuk ku,
Jika dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya.
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku ini.
Ya Allah,
Bila ini bukan masanya untuk aku memikirkannya,
Bila ini belum saatnya untuk aku bersamanya,
Maka jarakkan kami.
Pisahkan kami.
Agar kami jauh dari dosa dan perkara sia-sia.
Agar kami tidak mengundang murkaMu.
Agar kami dapat lebih menjaga hati kami dengan baik.
Dan
Bila doaku didengari,
Bila permintaanku KAU kabulkan,
Bila masa membina jarak yang memisahkan,
Bila waktu membina tembok yang merenggangkan,
Bila kami semakin jauh,
Ingatkan aku tentang doaku yang lalu.
Ya Allah,
Bila itu terjadi,
Yakinkan aku,
Bahawa doaku didengari,
Bahawa KAU sedang merencanakan yang terbaik buat aku,
hambamu yang kerdil dan serba kekurangan ini.
Bantulah aku menjalani hari,
Bantulah aku menerima ketentuan dengan ketabahan.
Agar terhapus semua kesedihan dan kekecewaan.
Agar dapat ku pujuk hati ;
“kerana ALLAH lebih tahu…”

Sekian ~~

Tuesday, 29 November 2011

Donia Belog

Alhamdulillah krn kt mula melangkah ke tahun baru 1433h dan sebulan lg akan melangkah ke tahun 2012. Di penghujung tahun ni aku mulakan dengan berblog krn aku ingin menulis sesuatu tentang hidup ini. Bukan utk tatapan dan pengetahuan semua orang tp utk diri aku sendiri yang kadang aku perlu meluahkan sesuatu tanpa perlu bercakap dengan seseorang. 
 Mungkin ini juga adalah 1 jalan untuk kita meluahkan semua yg terbuku di hati dengan cara penulisan.

Hidup ini kadang2 penuh dgn kejutan.Kalau aku ni ade sakit jantung sure aku dah gol!!!haha~ Mcm pemain bola sepak yg bjaya golkan bola. apa yg aku duk mengarut ni ntah.huahua~

Bermulanya tahun baru hijrah ni aku berazam utk menjadi lebih baik tp mampukah aku???soalan tu sering bermain di minda.InsyaAllah aku boleh!! Malaysia kan boleh!!!

Azam untuk menjadi lebih baik dari tahun2 sebelumnya, insyaAllah dengan izin Allah akan dapat aku capai. Sesungguhnya hidupku dan matiku hanya untuk Allah.

Hari ini, aku berkesempatan untuk melawat ke Melaka atas pelawaan seorang kawan.
Sampai di Melaka kami di sambut dengan pantun ni :

Kelas gitu orang Melaka..hehehe~~tp disebabkan terslh timing krn pergi di waktu cuti sekolah maka bermulalah episod jalan jam. kah2~ Masa byk di habiskan dalam kereta jer, parking full, jalan jam. Perut lapar terpaksa kami tahan, ssh betul nk cari kedai Melayu kt Banda hilir mungkin disebabkan kami memang bukan orang Melaka dan tidak tahu jalan kt sini, terpaksala ikut je signboard. 

Kwn aku plak nak makan asam pedas, so keliling Banda Hilir. Berpandukan signboard kami mula menjelajah Bandar melaka tp 1 kedai melayu pn x terlintas kt mata ni...

Akhirnya setelah puas pusing2 dan xtahan kelaparan terpaksa kami menapak di Jusco Melaka utk mencri fastfood jer, lawak giler bile ingatkn balik.. Asam pedas jdi 'Pizza Hut' kahkahkah~ Moral of the story, mkn dlu kt R & R yer.hahaha.

Akibat terlalu lama pusing2 di tgh2 Bandar melaka utk mencari asam pedas, xckup masa utk kami melawat tempat2 kt melaka ni. Tp kwn aku kte, xkire cmne pn kami mesti naik Menara Taming Sari tu. Bersungguh2 dia nk aku naik. i follow ker!! Tp memang terkejut bile dh smpai atas. Memang view melaka yg begitu indah di malam hari. sampai terdiam aku. Bukan terdiam sebab gayat tp terdiam sebab indahnya cahaya lampu di Melaka.Patutla beria sangat nk aku naik dan tengok sendiri, rupanya memang cantik, pemandangan malam yg indah dengan cahaya2 lampu yg menerangi Bandar Melaka.

Lepas tu kami terus bergerak balik krn perjalanan yg masih jauh. Alhamdulillah, dah lama aku xrasa sebahagia ini walaupn hnya seketika cuma. Terima kasih sahabat~